Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah)

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah)

351
0
Iklan

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.3 Hadith-hadith seputar dabbah

10.8.3.1 Hadith Abdullah bin Amr رضي الله عنه,

Bahawa Nabi ﷺ bersabda,

إنَّ أوَّلَ الآياتِ خُرُوجًا، طُلُوعُ الشَّمْسِ مِن مَغْرِبِها، وخُرُوجُ الدَّابَّةِ علَى النَّاسِ ضُحًى، وأَيُّهُما ما كانَتْ قَبْلَ صاحِبَتِها، فالأُخْرَى علَى إثْرِها قَرِيبًا.

الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2941

Sesungguhnya tanda-tanda Kiamat yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat dan keluarnya binatang (Dabbah) kepada manusia pada waktu Dhuha. Antara keduanya tidak diketahui mana yang terkemudian keluarnya tetapi keluarnya secara berturutan. Yang satu mengikuti yang satunya dalam jangka waktu yang singkat.”

(HR Muslim No. 2941)

Fiqh hadith:

Abu Zur’ah Ar Radzi (w. 264H) berkata, Marwan bin Al Hakam (khalifah ke 4 daulah Ummayah) ketika berada di Madinah, beliau memberi kuliah tentang tanda kiamat dan beliau memberitahu, tanda kiamat pertama ialah Al Dajjal. Maka ada orang bertanyakan Abdullah bin Amr, kemudian Abdullah mengeluarkan hadith di atas, bahawa tanda pertama kiamat ialah terbitnya matahari dari barat dan keluarnya dabbah.

Al hafidz Ibn Hajar meluruskan khilaf antara Khalifah Marwan dan sahabat Abdullah bin Amar bahawa dajjal yang pertama terjadi untuk 10 tanda besar kiamat, manakala terbitnya matahari dari barat dan keluarnya dabbah menandakan tertutupnya pintu taubat. Maksudnya apabila keluar dajjal, pintu taubat masih terbuka.

Kemudian isu, antara dua: matahari terbit dari Barat dan keluarnya dabbah, yang mana lebih dahulu menurut Imam Al Hakim, penyusun kitab Al Mustadrak Al Jaakim, yang terlebih dahulu terjadi ialah terbitnya matahari dari Barat dan selepas itu barulah keluarnya dabbatul ardh.
Kata Ibn Hajar Asqolani رحمه الله, hikmah terbitnya matahari dari barat menandakan tertutupnya pintu taubat dan keluarnya dabbah untuk melakukan pengasingan antara golongan beriman dan kufur.

Rujukan:
Ibn Hajar, Al Fath, 11/361
Syeikh Maher Ahmad Al Shufi, Asyrat Al-Sa’ad: Al-‘Alamat Al-Kubra 2/172
Dr Muhammad Al Mubayyad, Al Mawsuu’ah Fi Al Fitan, 832

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.3 Hadith-hadith seputar dabbah

10.8.3.2 Hadith Abu Umamah رضي الله عنه (sahih)

تخرُجُ الدَّابَّةُ تَسِمُ النَّاسَ على خراطيمِهم ثُمَّ يُعمَّرونَ فيه حتَّى يشتريَ الرَّجلُ البَعيرَ فيقولُ ممَّن اشترَيْتَه فيقولُ اشترَيْتُه من أحدِ المُخطَّمينَ وفي روايةٍ ثُمَّ يَعمُرونَ فيكم

Daripada Abu Umamah رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

“Akan keluar Ad Dabbah kemudian memberikan tanda pada hidung-hidung mereka (yakni orang-orang kafir – pent) maka mereka akan hidup di antara kalian, sehinggakan ketika seseorang membeli binatang ternak kemudian dia ditanya: “Daripada siapa engkau membelinya? Maka dia menjawab: Daripada orang yang memiliki tanda pada hidungnya.”
Takhrij/tahqiq:
HR Ahmad, 22,362, Abu Nuaim Tarikh Isfahan 2/88, Al Bukhari, At Tarikh Al Kabir 6/172.

Dinilai sahih oleh Al Haithami, majma’ 8/9.

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد

الصفحة أو الرقم: 8/9 | خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح غير عمر بن عبد الرحمن بن عطية وهو ثقة | انظر شرح الحديث رقم 120891
التخريج : أخرجه أحمد (22362)، وأبو نعيم في ((تاريخ أصبهان)) (2/88) باختلاف يسير، والبخاري في ((التاريخ الكبير)) (6/172) مختصراً.

Dinilai sahih oleh Al Arnaout, takhrij al Musnad, 22,308.

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 22308 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Juga sahih di sisi Al Albani, sahihul Jaami’ 2927

المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع ; الصفحة أو الرقم: 2927

Fiqh Hadith:

Kata Dr Al Mubayyad (Mausu’ah Fi Al Fitan), kemunculan dabbah adalah untuk membezakan orang mukmin dan orang kafir sebelum kiamat. Caranya adalah dabbah akan mentatoo hidung orang kafir.

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.3 Hadith-hadith seputar dabbah

10.8.3.3 Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه (dhaif)

تَخرجُ الدَّابَّةُ ومعها عَصَا موسَى علَيهِ السَّلامُ، وَخاتَمُ سُلَيْمانَ عليهِ السَّلامُ، فَتَخْطِمُ الكافِرَ قال عفَّانُ: أَنْفَ الكافِرِ – بالخاتَمِ، وَتَجْلُو وجهَ المؤْمنِ بِالعَصا، حتَّى إنَّ أهلَ الخِوانِ لَيَجْتَمِعُون على خِوانِهم، فيقولُ هَذا: يا مؤمِنُ، ويقولُ هَذا: يا كافِرُ

Dabbatul Ardh akan keluar dan bersamanya tongkat Musa عليه السلام dan cincin Sulaiman عليه السلام. Ia akan mengecop/mentatoo kepada orang kafir. Kata Affan *, pada hidung orang kafir dengan cincinnya dan jelaslah keceriaan wajah orang beriman (dan) dengan tongkatnya sehingga ahli khiwan (yang sedang makan) berhimpun pada dulang hidangan masing-masing. Salah seorang berseru “Hai yang beriman” dan berkata: “Hai yang kafir.”

(HR Tirmidzi, 3187, Ibn Majah, 4066, Ahmad, 7924, ini merupakan lafaz Ahmad).

Tahqiq:

Syeikh Ahmad Syakir, sanadnya sahih

الراوي : أبو هريرة | المحدث : أحمد شاكر | المصدر : مسند أحمد
الصفحة أو الرقم: 15/80 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

التخريج : أخرجه الترمذي (3187)، وابن ماجه (4066)، وأحمد (7924) واللفظ له

Didhaifkan oleh Imam Tirmidzi (وقال: حسن غريب), didhaifkan juga oleh Al Albani (وضعفه الألباني في ضعيف سنن الترمذي) perawi dhaif ialah Ali bin Zayd atau Ibn Jud’aan (فيه علي بن زيد، وهو ابن جدعان)

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.3 Hadith hadith seputar dabbah

10.8.3.4 Rumusan Al Areefi mengenai nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith seputar Dabbah

ولم يثبت في صفة هذه الدابة حديث صحيح

وقد ذكر الماوردي والثعلبي في صفتها أعاجيب , لم يدل عليها دليل مثل: أن رأسها رأس ثور, وأذنها أذن فيل…الخ.

لكن نعلم من صفاتها:

* أنها دابة حقيقية…
* أنها تكلم الناس…
* أنها تخرج من الأرض…

1⃣ Tidak ada hadith yang benar-benar sahih mengenai ciri-ciri Dabbah.

2⃣ Al Mawardi (Basrah, w.450H) dan Tsa’labi (Naisabur, Farsi, w.427H, mufassir) menyebut ciri-ciri Dabbah dengan sifat-sifat yang ajaib seperti berkepala lembu, bertelinga seperti gajah dan sebagainya.

3⃣ Akan tetapi ciri-cirinya yang pasti:

👁‍🗨 Sejenis haiwan melata yang hakiki (“real animal”)
👁‍🗨 Komunikasi yang “real” (haiwan boleh berkomunikasi sebenar dengan manusia)
👁‍🗨 Keluar dari perut bumi

🐉🐉🐉🐉

10.8 Tanda Kiamat Besar No. 8: Keluarnya Binatang Melata (Dabbah) (خروج الدابة)

10.8.4 Tempat keluar Dabbah (dari mana) (من أين تخرج؟)

Rumusan Dr Al Areefi:

– قيل من جبل الصفا بمكة..
– وقيل من أسفل الكعبة….
– وقيل من البادية أي الصحراء…

ولم يثبت موضع خروجها حديث صحيح…

فنقول : نؤمن بأنها ستخرج كما أخبر الله عز وجل لكن لا نعلم من أين ستخرج

Khilaf, ada tiga pendapat masyhur:
1⃣ Ia keluar di bukit Shafa di Mekah
2⃣ Ia keluar dari bawah Kaabah
3⃣ Ia keluar dari padang pasir

Dr Al Areefi berpendapat tidak ada hadith sahih akan tempat keluarnya. Maka kesimpulan (terbaik) ialah: Ia memang akan keluar sebagaimana yang Allah ‎ﷻ khabarkan, tetapi tempat keluarnya tidak diketahui secara pasti.

Rumusan daripada ulama’ lain:
1. Imam Ibn Jarir Tobari, (Tafsir Tobari, 10/14), dabbah keluar di tanah Mekah, khususnya Bukit Safa)

2. Ibn Kathir (Tafsir Ibn Kathir, 6/210 (keluar di Mekah dan mungkin juga di tempat lain)

3. Imam Al Syaukani (Faidul qadir,4/151), ada 7 pendapat:
i) Bukit Safa, di MasjidilHaram
ii) Bukit Abu Qubais (Mekah)
iii) Dari bawah Kaabah
iv) Lembah Tihamah (pesisir laut Merah)
v) Di Thaif
vi) Bukit Ajyad, Mekkah
vii) Di Kufah, Iraq

4. Menurut Ibn Abbas, keluar di Lembah Tihamah

5. Menurut Abu Hurairah, Aisyah, Ibn Umar, Bukit Ajyad, Mekah

🔏 Kesimpulan muktamad, memang terdapat khilaf yang begitu banyak, akan tetapi majoriti pendapat mengatakan tempat keluar dabbah adalah di Mekah, umumnya di Saudi Arabia sekarang.

Komen dan Soalan