Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Hafal dalam Solat, Minum bila Azan

Hafal dalam Solat, Minum bila Azan

493
0
Iklan

1. Apakah hukum jika kita sedar kita memang tidak hafal dan tidak bersungguh untuk menghafal ayat Al-Quran? Semasa solat pula ayat yang kita baca secara tidak tentu arah atau semborono.
2. Adakah dalil bila kita terlupa bacaan ayat ketika solat, maka kita terus melakukan sujud sahwi dan betulkah perbuatan saya ini?
1. Haram menyebut Al-Quran dengan tidak tentu arah membacanya. Ditakuti anda menyebut kalimah asing atau merubah makna asalnya. Kita kena taqwa dalam benda-benda seperti ini dan tidak boleh semborono dengan solat dan Al-Quran.
2. Fiqh sujud sahwi anda pun tidak betul juga. Jika salah membaca ayat selepas bacaan Al-fatihah tidak dikenakan sujud sahwi, sebab ia benda sunat sahaja. Sujud sahwi juga tidak boleh dilakukan serta-merta.
Takhrij:

قال الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 102 :
أخرجه البخاري ( 7 / 79 ، 10 / 350 – فتح ) و الترمذي (4 / 369 – 370 ) و أحمد (2 / 92 ، 114 ) عن محمد بن أبي يعقوب عن عبد الرحمن بن أبي نعم أن رجلا سأل ابن عمر ( و أنا جالس ) عن دم البعوض يصيب الثوب ؟ ( فقال له : ممن أنت ؟ قال : من أهل العراق ) ، فقال ابن عمر : ( ها ) انظروا إلى هذا ! يسأل عن دم البعوض و قد قتلوا ابن رسول الله صلى الله عليه وسلم ! ! سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : فذكره . و الزيادات لأحمد و السياق للترمذي و قال : ” هذا حديث حسن صحيح ” .

Al-Albani berkata dalam Silsilah al-Sahihah 2:102, dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Tirmizi, Ahmad.

3. Adakah masih sah puasa jika masih teruskan minum bila azan di TV berkumandang sedangkan di masjid atau surau kawasan kita dan masjid atau surau-surau sekitar rumah kita masih belum berkumandang azan?
1. Untuk waktu solat kawasan anda, kena lihat jadual waktu solat dalam telefon, software waktu solat Jakim atau muat turun di Playstore dan kunci jam azan. Jika anda tinggal diAmpang, maka kena set Ampang.
2. Jika tidak menggunakan telefon mudahalih atau tidak tahu cara muat turun dari Playstore/App store waktu solat tempatan, maka kena dengar azan dari masjid yang berdekatan rumah anda. Ikut azan.
3. Jika ikut Mazhab Shafie kena berhenti 10 minit sebelum azan. Ini mazhab yang teliti supaya anda menjauhi syubhat masuk waktu.
4. Jika anda ikuti aliran sunnah atau salafi, berhenti sebaik sahaja mendengar azan subuh baik dari telefon mudahalih atau dari masjid berdekatan anda.
Jika waktu Ampang sama dengan Kuala Lumpur, maka boleh sahaja ikut azan kat TV, sebab ia waktu Ampang juga.

Komen dan Soalan