Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: ‘Slipped Disc’ (Cakera Tergelincir)

Soal Jawab Bersama Doktor: ‘Slipped Disc’ (Cakera Tergelincir)

830
0
Iklan

Soalan:

Apa itu ‘Slipped Disc’ atau cakera tergelincir?

Jawapan:

Secara ringkas ia bermaksud penyakit yang melibatkan masalah cakera intervertebral (Intervertebral disc). Ia disebabkan kandungan di dalam cakera intervertebra iaitu nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang.

Selain daripada itu, koyakan pada cakera intervertebra juga sebenarnya menyebabkan keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang. Keradangan ini sendiri akan menyebabkan saraf tersebut dihimpit dan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan juga kebas pada kaki.  Kadang-kadang ada masalah cakera intervertebra yang tidak teruk tetapi masih menyebabkan kebas pada kaki dan sakit belakang. Ia disebabkan keradangan yang berlaku, bukan disebabkan himpitan pada saraf

Soalan:

Apakah punca utama terjadinya ‘Slipped Disc’?

Jawapan:

Biasanya, punca berlaku slipped disc ialah disebabkan ‘wear & tear’ , iaitu apabila usia makin meningkat, ia akan mengalami kerosakan dan mula bengkak/koyak annulus fibrosus. Masalah ini dipanggil Disc Degeneration.

Ketika usia muda, ‘disc’ itu kaya dengan air namun apabila usia meningkat, kandungan air mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel serta akan mula mengecut. Jadi, ia menyebabkan jarak antara vertebra bones semakin rapat dan akan meninggikan risiko berlakunya ‘slipped disc’.

Walaubagaimanapun, penyakit ini boleh terjadi pada sesiapapun tanpa mengira peringkat usia. Pada usia muda pun ramai yang boleh terkena penyakit ini.

‘Slipped disc’ terjadi disebabkan oleh beberapa punca seperti berikut;

  • Perubahan pada ‘disc’
  • Kelemahan otot stabiliti
  • Postur tidak betul
  • Trauma/jatuh/kemalangan
  • Obesiti (berat badan berlebihan memberi tekanan pada disc)
  • Kerja/selalu melakukan aktiviti yang melibatkan belakang, seperti angkat barang atau membongkok.
  • Gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle)
  • Selalu memandu, terutama perjalanan jarak jauh. Anda perlu tahu bahawa, duduk terlalu lama semasa memandu & kesan gegaran dari body kereta pada tulang belakang juga boleh memberi kesan kepada tulang belakang anda.

 Soalan:

Apakah simptom ‘slipped disc’?

Jawapan:

Beberapa simptom akan timbul disebabkan oleh himpitan saraf dan keradangan pada bahagian tersebut adalah:

  • Sakit pada bahagian kaki: Selalunya akan sakit pada bahagian punggung, paha dan betis. Sakit tersebut kadang-kadang berlaku ketika bersin ataupun dalam posisi menunduk
  • Rasa kebas dan menyucuk
  • Lumpuh ataupun lemah pada bahagian kaki
  • Kebas tangan, jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher.

Soalan:

Apakah rawatan bagi ‘slipped disc’?

Jawapan:

Rawatan bagi slipped disc terbahagi kepada dua iaitu rawatan sokongan dan juga pembedahan.

  1. a) Rawatan sokongan

Sebelum ini ramai yang mengamalkan rehat di atas katil untuk beberapa minggu.. Tetapi mengikut kajian, ia hanya bagus untuk 1 hingga 2 hari apabila slipped disc menyerang. Rehat yang lebih daripada itu adalah sesuatu yang tidak produktif.

  • Ubat tahan sakit dan anti-keradangan

Disebabkan slipped disc juga menyebabkan keradangan, penggunaan ubat tahan sakit serta anti keradangan seperti non-steroidal anti-inflammatory drug(nSAID) dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan simptom tersebut. Terdapat pelbagai jenis ubat nSAID seperti mefenemic acid, diclofenac, naproxen sodium dan sebagainya

  • Ubat untuk relakskan otot

Ubat untuk relakskan otot boleh digunakan pada fasa awal serangan slipped disc. Ia disebabkan pada awal serangan, sakit slipped disc akan menyebabkan kekejangan otot di bahagian tulang belakang dan perkara tersebut menyebabkan kesakitan. Ubat itu dapat merelakskan otot tersebut dan membuatkan rasa sakit berkurangan.

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak elok untuk tulang belakang

Pesakit ‘slipped disc’ perlulah menjaga postur dan mengelakkan aktiviti yang akan membebankan tulang belakang. Apabila menundukkan badan, tulang belakang perlulah dalam keadaan lurus. Jika ingin mengangkat barang, bengkokkan lutut dan juga sendi pinggul. Posisi tulang belakang perlulah lurus ketika mengangkat barang.

Duduk perlulah dalam postur menegak. Tidak boleh bengkok ataupun menyandar sehingga tulang belakang menjadi bengkok.

Bagi pesakit yang hendak baring, baring pada sisi terdahulu dan barulah pusing untuk baring secara menelentang. Elakkan baring secara meniarap.

  • Penggunaan Alat untuk Membetulkan Postur


Terdapat beberapa alat seperti bengkung yang digunakan untuk mengelakkan badan berada pada postur yang tidak betul. Alat ini boleh mengelakkan daripada serangan slipped disc berlaku dengan kerap.      

  • Cadangan alat untuk membetulkan postur badan

Original Y-lock Back Bone Support Posture

Medical Lower Back Support

  1. b) Rawatan secara pembedahan

Selalunya rawatan pembedahan diperlukan apabila pesakit mempunyai kriteria ini:

  • Kesakitan pada bahagian kaki dan belakang yang berlaku lebih daripada 4 minggu dan ia mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan memerlukan ubat tahan sakit yang kuat
  • Mempunyai komplikasi kelumpuhan
  • Imej MRI menunjukkan bahawa masalah tersebut boleh dirawat dengan menggunakan pembedahan

Pembedahan yang selalunya dilakukan untuk masalah ini ialah ‘Disectomy’ iaitu melibatkan pengeluaran Cakera intervertebra yang menekan saraf pesakit Slipped disc. Selalunya pesakit akan diberi ubat bius sepenuhnya untuk melakukan pembedahan tersebut.

Komen dan Soalan