Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Sakit Tapak Kaki

Soal Jawab Bersama Doktor: Sakit Tapak Kaki

1990
0
Iklan

Soalan:
Apakah yang dikatakan sakit tapak kaki?
Jawapan:
Merasa sakit di tapak kaki pada waktu pagi apabila bangun daripada tidur dan semasa mengambil langkah pertama selepas tempoh berehat yang panjang atau juga mungkin mengalami bengkak dan kesakitan apabila menyentuh tisu tapak kaki dengan kuat.

Soalan:
Apakah punca sakit tapak kaki?
Jawapan:
Sakit tapak kaki selalunya disebabkan gaya hidup yang salah sehingga menyebabkan tekanan pada kaki. Ia juga boleh berpunca daripada penyakit lain. Antara punca yang selalu menyebabkan sakit tapak kaki adalah seperti berikut:

1) ‘Plantar fasciitis’– seperti yang dijelaskan di atas, ia adalah disebabkan oleh inflamasi yang terjadi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki di tapak kaki. Selalunya, tapak kaki akan berasa sangat sakit pada waktu pagi apabila bangun daripada tidur.

2) ‘Heel spur’ – Ia adalah lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit. Ia boleh terjadi apabila anda memakai kasut yang tidak betul saiznya, jalan atau postur badan yang tidak betul atau daripada aktiviti yang lain seperti berlari. Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri. Sesiapa yang mempunyai tapak kaki yang rata cenderung untuk mempunyai ‘heel spur’ yang menyakitkan.

3) Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan tekanan tidak dapat disebarkan secara sama rata di permukaan tapak kaki. Ini menyebabkan sesetengah kawasan tapak kaki akan menerima tekanan yang lebih. Kawasan tersebut sudah tentu akan mengalami kesakitan.
Memakai kasut tumit tinggi juga akan menyebabkan sakit kaki kerana ia menyebabkan tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.
Bagi mereka yang selalu bersukan dengan terlampau aktif juga mempunyai risiko untuk mendapat sakit pada tapak kaki.

4) Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan pesakit mengalami masalah tersebut seperti berikut:
 Berlebihan berat badan
 Mengandung
 Terlalu aktif bersukan menyebabkan otot merasa sengal

Soalan:
Apakah rawatan yang sesuai untuk sakit tersebut?
Jawapan:
Sakit tapak kaki yang boleh dirawat di rumah adalah sakit kaki yang tidak terlalu serius. Sebagai contoh sakit kaki yang disebabkan terlalu banyak berjalan, terlebih bersenam, terlebih berat badan dan sebagainya.
Jika sakit tersebut disebabkan perkara yang serius ataupun tidak boleh dirawat di rumah, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor.

Antara rawatan yang boleh dicuba sendiri di rumah adalah seperti berikut:
 Meletakkan ais pada kawasan yang terlibat. Sesuai untuk sakit tapak kaki yang disebabkan trauma.
 Mengambil ubat tahan sakit di farmasi.
Menggunakan pad tapak kaki supaya tapak kaki tidak ditekan pada permukaan yang keras.
 Ketika baring ataupun tidur, naikkan sedikit tapak kaki dengan meletakkannya di atas batal supaya keradangan pada kawasan tersebut dapat dikurangkan.
 Kurangkan berjalan ataupun bersukan ketika sakit.
 Menggunakan kasut yang sesuai seperti Medifeet.

Komen dan Soalan