Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Salat Tarawih – 8 dan 20 Rakaat

Salat Tarawih – 8 dan 20 Rakaat

264
1
Iklan

πŸŒΊπŸ‚πŸŒΊπŸ‚πŸŒΊπŸ‚

πŸ”΄ Berapakah rakaat tarawih sebenarnya mengikut sunnah Nabi SAW dan ada dalilkah?

πŸ”΄ Witir yang sebaiknya selepas tarawih berapa rakaat?

❇️
1. Tarawih mengikut sunnah Nabi SAW adalah 8 rakaat. Sunnah pada zaman Umar RA juga adalah 8 rakaat. Apabila tiba zaman mazhab, menjadi 20 rakaat.

Sebab utama 8 rakaat zaman salaf adalah terlalu lama dan umat zaman dahulu kuat. Tiba zaman mazhab umat tidak lagi kuat, mereka memendekkan rakaat dan menambah rakaat menjadi 20 supaya lebih rehat. itu maksud tarawih.

Lenguh menjadi punca salat tarawih diubah dari 8 rakaat kepada kepada 20 rakaat.

Di Masjidil Haram, tradisi 20 rakaat diteruskan hingga kini. Jika anda umrah Ramadhan, ia dilaksanakan sebanyak 20 rakaat.

2. Solat witir Ramadhan adalah sebanyak 3 rakaat seperti yang dilakukan oleh imam sekarang.

πŸ”΄ Semasa Umar RA memerintah, Umar RA telah menghimpunkan orang ramai supaya mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah tetapi rakaatnya tetap 8 rakaat bukan 20 rakaat. Benarkah begitu?

✳️
Ada dua versi mengenai solat tarawih di zaman Umar al-Khattab. Dalam Muwatta Malik, dinyatakan Umar melakukan 8 rakaat sebagaimana asal di zaman Nabi SAW dan Abu Bakar RA. Dalam Riwayat Baihaqi, Umar RA memerintahkan salat tarawih dilakukan 20 rakaat.

Kedua versi ini sahih. Maka dikompromikan keduanya sahih dan boleh dilakukan 8 rakaat atau 20 rakaat dengan kualiti solat yang sama yakni, habis serentak. Masjid yang buat 8 rakaat habis jam 11 malam, masjid yang buat 20 rakaat pun habis jam 11 malam juga.

Perlu dilakukan seperti itu kalau kita hendak kompromi dua riwayat Umar RA tersebut.

✳️ NOTA TAMBAHAN
——————————–

~Secara umum, empat mazhab memang lakukan 20 rakaat. Terbukti, kerajaan Saudi mengekalkan format salat tarawih 20 rakaat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

~8 rakaat pula adalah pendapat Muhaqqiqin, seperti Ibnu Taymiyah RH dalam Fatawa al Kubra.

Asalnya pada zaman Nabi SAW cuma 8 rakaat dengan panjangnya bacaan. Umar RA yang menjadikan 20 rakaat untuk menghilangkan lenguh dengan banyakkan rakaat, kemudian penduduk Madinah menambah 36 rakaat.

~Pendapat yang sahih ia tidak ditentukan jumlah rakaat.

~Muhaqqiq lain seperti al- Syun’ani, AlBani, al- Mubarakfuri, dibolehkan 8 rakaat.

~Bila empat mazhab ittifa’, bersetuju dengan 20 rakaat, bukanlah maksudnya ia wajib dilakukan 20 rakaat.
Cuma sebagai makmum, jika masjid lakukan 20 rakaat, kena ikutilah tanda kerjasama dan muafakat.

~Jika masjid buat 8 rakaat, maka ikutlah sampai witir dan balik ke rumah buat lagi setakat yang mampu dilakukan sebab salafussoleh lakukan 20 rakaat, 36 rakaat dan 40 rakaat.

✳️ RUMUSAN:
BILANGAN TARAWIH
————————————
1. Asal 8 rakaat.
Ia tidak muktamad, zaman Nabi SAW dan Abu Bakar RA tiada solat berjamaah, maka ikut Hadith Bukhari Muslim, memang Nabi SAW lakukan 8 rakaat.

2. Umar al Khattab RA lakukan 8 rakaat atau 20 rakaat, keduanya sahih, tetapi lebih banyak Riwayat atsar kata 20 rakaat.

3. 4 mazhab menetapkan 20 rakaat.

4. Masjidil Haram kiblat umat Islam di bawah Hanbali Saudi, melakukan salat tarawih 20 rakaat.

5. Muhaqiqiqin seperti al Albani, Syun’ani, al-Mubarakfuri, Ibn Taimiyyah berhujah yang asal adalah 8 rakaat.

6. Perlu dan yang kurang diberi perhatian ialah kualiti solat. Bacaan kena panjang, ada rehat, tanpa selawat, doa jamaiy dan menjerit-jerit antara dua rakaat.

Masjid yang lakukan 8 rakaat perlu bacaan yang panjang dan sepatutnya habis solat hampir sama dengan masjid yang lakukan 20 rakaat.

Lakukan salat tarawih 8 rakaat bukan alasan untuk balik awal ke rumah dan menonton televisyen.

✳️ MUKTAMAD:
———————–
Tiada batas minima dan maksima. Sebagai makmum, kena ikuti masjid dan ahli kariah. Jika mereka lakukan 20 rakaat, maka lakukan 20 rakaat.

#SolatTarawih

1 KOMEN

Komen dan Soalan