Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Hukum Minum Kopi Luwak / Najis Dari Musang

Hukum Minum Kopi Luwak / Najis Dari Musang

61
0

Soalan:
🔴 Salam ustaz tumpang tanya apa hukum minum kopi luwak / najis dari musang.

THTL al-Jazani:
Kita telah beritahu hukum kopi luwak banyak kali…

Siar ulang:
1. Ladang kopi menternak sejenis musang buah di ladang kopi.
2. Pada waktu malam, musang dilepaskan untuk dia makan biji kopi
3. Musang akan pilih kopi terbaik dan makan
4. Kemudian dia akan buang najis, yang keluar ialah tahi biji kopi yang masih tidak rosak
5. Pekerja ladang akan pungut tahi musang dan bersihkan, kemudian jemur panas mentari
6. Kopi kemudian akan diproses melalui proses kilang yang memenuhi piawaian GMP, ISO 22000
7. Terhasillah kopi luwak….

Rumah fatwa Indonesia, MUI, memberi sijil Halal kepada kopi luwak itu.

Komen dan Soalan