Utama Tazkirah Admin AL-FATIHAH : DIALOG HAMBA DENGAN TUHAN

AL-FATIHAH : DIALOG HAMBA DENGAN TUHAN

32
0

AL-FATIHAH : DIALOG HAMBA DENGAN TUHAN

Dari Abu Hurayrah radhiyallahu ‘anhu:

سَمِعْتُ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ:

Aku mendengar Nabi ﷺ‎ berkata bahawa: Allah ‘azza wa jalla berkata:

قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

Telah Aku bahagikan as-Solat (yakni Al-Fatihah) di antara Aku dan hambaKu kepada 2 bahagian. Dan bagi hambaKu, apa yang dia minta.

فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ:{ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: حَمِدَنِي عَبْدِي

Apabila sang hamba menyebut ‘AlHamdu lilLahi Rabbil ‘Alamiin’, Allah menjawab: HambaKu memujiku.

وَإِذَا قَالَ:{ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ } قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي

Apabila dia menyebut ‘arRahmaanirRahiim’, Allah menyebut: HambaKu kembali memujiku.

وَإِذَا قَالَ:{ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ } قَالَ اللَّهُ: مَجَّدَنِي عَبْدِي

Apabila dia menyebut ‘Maliki yaumiddin’, Allah menyebut: HambaKu menyanjungKu.

فَإِذَا قَالَ:{ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } قَالَ: هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

Apabila dia menyebut ‘Iyyaaka Na’budu wa Iyyaaka Nasta’in’, Allah menjawab: Ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia pinta.

فَإِذَا قَالَ:{ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } قَالَ: هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ”.

Apabila dia menyebut ‘Ihdinas sirathol mustaqim.. (sehingga selesai)’, Allah menyebut: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang dia pohon.

[HR Muslim]

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan