Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 9 DAN 10

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 9 DAN 10

48
0

Doa Mustajab

9. Berdoa sebelum berakhirnya solat.

Selepas membaca tasyahud akhir dan sebelum memberi salam, hendaklah kita berdoa apa saja, kerana ia mustajab.
Dalil hadith:
Dari Ibnu Mas’ood ra,
عن ابن مسعود قال: كنتُ أصلي والنبي صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمرمعه، فلما جلستُ بدأتُ بالثناء على الله ثم الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ثم دعوت لنفسي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: «سل تعطه سل تعطه» رواه الترمذي، حسن صحيح
Terjemahan:
Kata Ibnu Mas’ood ra: aku solat dengan Nabi saw, Abu Bakar serta Umar (duduk berdekatan denganku). Semasa aku duduk (tasyahud) dan bersalawat atas Nabi saw, aku berdoa untuk kebaikan diriku. Sabda Nabi saw: “berdoalah, engkau akan diberi, berdoalah, engkau akan diberi”
(HR Tirmizi, hadith ini hasan sahih)
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 593 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
(Tahqiq Syaikh al-Albani, hadith ini sahih, sahih Tirmidzi, no 593)
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: silahul mukmin.

10. Doa selepas solat.

Terdapat khilaf di kalangan ahli hadith dan fuqaha mengenai isu berdoa selepas solat. Persoalannya, adakah ia bermaksud selepas tasyahud sebelum salam atau selepas salam.
Ini kerana kalimah (دُبُرُ الصَّلَواتِ) ” dubur solat” itu membawa dua makna (iaitu selepas tasyahud akhir atau selepas salam)
Dalil hadith:
Dari Abu Umaamah, Rasulullah saw
وقد روى الترمذي (3499) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال : قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الدُّعَاءِ أَسمَعُ ؟ قَالَ : (جَوفُ الّليلِ الآخِرِ ، وَدُبُرُ الصَّلَواتِ المَكتُوبَاتِ)     أخرجه أبو داود (1277)، والترمذي (3499)، وحسنه، والنسائي (108)، وحسنه الألباني في الترغيب والترهيب (1648).
Terjemahan:
Dari Abu Umaamah, ia berkata : Dikatakan : ‘Wahai Rasulullah, bilakah waktu terbaik saat doa dikabulkan ?’. Beliau bersabda : ‘Akhir waktu malam dan akhir solat-solat yang diwajibkan”
(HR Abu Daud, 1277, at-Tirmizi no. 3499 dan dia berkata :
Hadith ini hasan; an Nasa’iy 108. Menurut Syaikh al-Albani, hadith ini hasan, sahih at-targheeb, no 1648. Penilaian Syaikh al-Albani: hadith ini hasan lighairihi)
قيلَ يا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ أيُّ الدُّعاءِ أسمَعُ قال جوفَ اللَّيلِ الآخرِ ودُبُرَ الصَّلواتِ المكتوباتِ
الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3499 | خلاصة حكم المحدث : حسن
Pendapat ulama mutaqaddimin, hadith ini dhaif. hasan bagi at-Tirmizi adalah indikasi cacatnya.
Berdoa selepas salam bukan bid’ah kerana ianya khilaf.
Ulama yang mengatakan doa sebelum salam ialah Ibnu Taimiyah, (rujuk zaad al maad, 1:248)
Manakala fuqaha lain berpendapat boleh dibaca selepas salam berdasarkan hadith di atas.
Fatwa Arab Saudi (Ibnu Uthaimin rhm):
وإذا كان الرَّسول صلّى الله عليه وسلّم أرشدنا بأن ندعو بعد التشهُّدِ صار الدُّعاء المقيَّد بالدُّبُر محلَّه قبل السَّلام آخر الصَّلاة. أما بعدَ الصَّلاة فهو الذِّكر
Terjemahan: Apabila Nabi saw membimbing kita untuk berdoa setelah tasyahud, maka doa yang ditaqyid dengan ‘dubur’, tempatnya adalah sebelum salam di akhir solat. 
Adapun setelah solat, yang ada adalah zikir”  (Asy-Syarhul-Mumti’, 3/62)
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: Silahul Mukmin.

Komen dan Soalan