Utama Bilik (100) CR HUKUM BERAMAL HADIS DHAIF

HUKUM BERAMAL HADIS DHAIF

4328
0
Iklan

Soalan:
Saya bukan apa tuan… saya nak lebih jelas lagi soal penggunaan hadith dhaif di dalam fadhail amal.. adakah tuan-tuan terima? Sebab yang saya nampak bila sebut jer hadith dhaif seakan-akan tidak diraikan dalam bab fadhail amal. Kita faham bahawa keutamaannya adalah yang lebih sohih.

Cikgu Rahim:
Ada orang tolak ada orang terima… jangan kita pukul rata semua orang tolak hadith dhaif… ulama hadith pun ada yang tegas ada yang sederhana dan ada yang lembut sikapnya terhadap status hadith.

Realitinya kuliah-kuliah di masjid para penceramah tidak peka dengan status hadith. Ramai juga yang sebarkan hadith palsu.

Ulama sepakat menolak hadith dhaif dalam bab aqidah, tetapi mereka berbeza pendapat dalam bab:

1) Fadha ‘ilul A’mal (Keutamaan-Keutamaan Amal) : Yaitu hadits-hadits yang menerangkan tentang keutamaan-keutamaan amal yang sifatnya sunnah ringan, yang sama sekali tidak terkait dengan masalah hukum yang qath’i, juga tidak terkait dengan masalah aqidah dan juga tidak terkait dengan dosa besar.
2) At-Targhiib (Memotivasi) : Yaitu hadits-hadits yang berisi pemberian semangat untuk mengerjakan suatu amal dengan janji Pahala dan Surga.
3) At-Tarhiib (Menakut-nakuti) : Yaitu hadits-hadits yang berisi ancaman Neraka dan hal-hal yang mengerikan bagi orang yang mengerjakan suatu perbuatan.
4) Al-Qoshos : Kisah-kisah Tentang Para Nabi Dan Orang-Orang Sholeh
5) Do’a Dan Dzikir.

Adli Khalim: ISU ZIKIR REKAAN
Kena letak syarat jugak:
1. Utamakan yang shahih (kena amalkan yang shahih terlebih dahulu). Kalau yang shahih ditinggalkan tapi yang rekaan diamalkan, bererti yang rekaan wajib ditinggalkan.
2. Jangan promote kepada orang lain atau ajak orang lain join.
3. Jangan amal depan orang lain, sehinggakan orang awam anggap ni betul ajaran Nabi.
4. Kena bagitau orang lain yang zikir ni bukan sunnah Rasulullah, dan berdosa sesiapa yang sandarkan kepada Nabi.
5. Kalau nak baca, tak boleh ada apa-apa i`tiqad bahawa zikir rekaan ni ada kelebihan, even sedikit pun.

Soalan:
Kalau tak salah ni pun syarat-syarat untuk mengamal hadis dhaif yang ringan?

Adli Khalim:
Lebih kurang la macam tu lah.

Hukum Beramal Dengan Hadits Dha’if

Susunan: BroSyarief

Terdapat perbezaan pendapat berkaitan ini, yang mana ia terbahagi kepada 3 pendapat utama:

1. Pendapat Pertama : Tidak boleh beramal dengan hadits Dha’if secara mutlak, walaupun lemah yang paling ringan. Tidak dalam hukum-hakam, atau selainnya.

Ini adalah pendapat Ibn Ma’in, Ibnul ‘Arabi dan Ibn Hazm. Prof Dr Abullaits menambah: Dan bersama mereka ialah Ahmad Muhd Syakir dan al-Albani.

2. Pendapat Kedua : Boleh beramal dengannya secara mutlak. Dalam hukum-hakam Syara’, Fadhilah, dan lain-lain.

Dengan syarat:

i) Tidak terlalu Dha’if
ii) Fokus pengajaran hadits tersebut tidak ditemui di tempat lain

Ini adalah pendapat Ahmad, Abu Dawud dan sebilangan ulama hadits yang lain. Ia juga pendapat Abu Hanifah dan Malik.

3. Boleh diamalkan pada bab Fadhail (Kelebihan), Galakan dan Ancaman SAHAJA, dan BUKAN pada urusan halal haram, apa lagi bab akidah.

Ini adalah pendapat JUMHUR, dan mereka menyebutkan beramal dengan hadits Dha’if ada SYARAT-SYARATNYA yang perlu dipenuhi, iaitu:

a) Dha’if yang ringan, tidak kuat. Seperti sekadar kurangnya hafalan salah satu perawi. Akan disebutkan contoh-contohnya kemudian dengan butiran mendalam.

b) Fokus hadits berkaitan kelebihan beramal, ganjaran beramal, ancaman amalan, yang mana amalan-amalan tersebut mempunyai asal pangkal yang disyariatkan dari alQuran dan/atau alHadits yang Maqbul.

c) Hadits tersebut tidak merangkumi hal-hal yang mengkhususkan, membutirkan, menetapkan sebagai tambahan terhadap apa yang tsabit dari Hadits yang Maqbul.

d) al-‘Izz ibn Abdis Salam menambah: Hadits tersebut tidak popular di kalangan ramai, supaya tidak menyebabkan manusia beramal dengan hadits Dha’if tersebut dan kemudian mereka menetapkan apa yang tidak ditetapkan oleh agama. Atau dianggap oleh sebahagian yang jahil bahawa ianya benar-benar Sunnah yang Sahih.

e) Ibn Daqiq menambah: Tidak meyakini dengan teguh ketika mengamalkannya, supaya tak menisbahkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam apa yang tidak diucap/dibuatnya.

f) Ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan dalil-dalil lain yang lebih kuat darinya, kerana jika terdapat pertembungan, hendaklah beramal dengan dalil yang lebih kuat.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan