Utama UiTO Bicara THTL NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 7 DAN 8

NOTA FIQH DOA MUSTAJAB 7 DAN 8

279
0
Iklan
Waktu Doa Mustajab
7. Ketika Membaca al-Fatihah.
Dalil hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah ra,
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول : قال الله تعالى :
( قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ولعبدي ما سأل ، فإذا قال العبد : الحمد لله رب العالمين ، قال الله تعالى : حمدني عبدي ، وإذا قال : الرحمن الرحيم ، قال الله تعالى : أثنى علي عبدي ، وإذا قال : مالك يوم الدين ، قال : مجدني عبدي ، وقال مرة : فوض إلي عبدي ، فإذا قال : إياك نعبد وإياك نستعين ، قال : هذا بيني وبين عبدي ولعبدي ما سأل ، فإذا قال : اهدنا الصراط المستقيم ، صراط الذين أنعمت عليهم ، غير المغضوب عليهم ولا الضالين ، قال : هذا لعبدي ولعبدي ما سأل )
Terjemahan:
Allah Ta’ala berfirman: “Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk-Ku dan untuk Hamba-Ku. Separuh untuk-Ku dan separuh untuk hambaKu dan hamba-Ku akan mendapat bahagian dari permohonan yang diucapkannya.”
(Rasulullah meneruskan): “Bila hamba membaca Alhamdulillahirabbil’alamiin, Allah Ta’ala menyahut ‘Hamba-Ku memuji-Ku’. Bila hamba membaca Arrahmaanirrahiim, Allah Ta’ala menyahut ‘Hamba-Ku menyanjung-Ku’. Bila hamba membaca Malikiyawmiddiin, Allah Ta’ala menyahut, ‘Hamba-Ku memuliakan-Ku. Bila hamba membaca Iyyaakana’budu Waiyyaakanasta’iin,
(Allah menyahut): ‘Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya.’ Bila hamba membaca Ihdinashiraathal mustaqiim Shiraathaldzina an’amta’alaihim ghairilmaghdhuubi ’alaihim waladhdhaaliin, (Allah menyahut): ‘Itu adalah hak hamba-Ku, dia akan dapat apa yang dimintanya.”
(HR Muslim no 395)
8. Ketika bacaan “aamin”
Selepas Imam membaca al-Fatihah di dalam solat, makmum digalakkan mengucapkan “amiin” dengan kuat.
Dalil hadith:
إِذَا أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Apabila imam mengucapkan ‘amiin’ maka ucapkanlah ‘amiin’, kerana siapa yang ucapan amiinnya bersamaan denganucapan ‘amiin para malaikat maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari no. 111 dan Muslim 410, perawi akhir, Abu Hurairah )
إِذَا صَلَّيْتُمْ فَأَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ ثُمَّ لْيَؤُمَّكُمْ أَحَدُكُمْ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَالَ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ فَقُولُوا آمِينَ. يُجِبْكُمُ اللَّهُ
Apabila kalian solat, maka luruskanlah saf (barisan) kalian kemudian hendaknya salah seorang di antara kalian menjadi imam. Apabila imam bertakbir maka kalian bertakbir dan bila imam mengucapkan “ghairil maghdhub bi’alihim walaadh-dhaaliin” maka ucapkanlah: ‘amiin, niscaya Allâh mengabulkannya.”
(HR Muslim, no 404, perawi Abu Musa al-Asya’ari)
Fiqh hadith:
Ucapan ‘amiin jika bersamaan dengan malaikat akan diampuni dosa-dosa dan juga diterima doanya (apa yang dipinta di dalam bacaan surah al-Fatihah.
Nota:
Disalin dari Dr Abu Ammar Yasin Qadhi, kitab doa: silahul Mukmin.

Komen dan Soalan