Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim BANTU MEMBANTULAH DALAM KEBAJIKAN DAN KETAQWAAN

BANTU MEMBANTULAH DALAM KEBAJIKAN DAN KETAQWAAN

147
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

{ Mengejek Orang }

Mengejek orang yang obesitas, takkan menjadikanmu semakin langsing.

Mengejek orang yang buruk muka, takkan menjadikanmu semakin menarik.

Mengejek orang yang lagi gagal, takkan menjadikanmu sukses.

Maka biarkanlah keadaan orang lain dengan Penciptanya. Dan berusahalah memperbaiki dirimu, daripada mengomentari keadaan orang lain!

(Muhammad Al-Arifi)

Musyaffa’ Ad Dariny Lc, MA
Dewan Pembina RisalahIslam.or.id

Oleh: Mutiara Risalah Islam


 

~Tadabbur Kalamullah 30 Safar 1437H~

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”[Surah at-Tawbah 71]

#Menurut Syed Qutb dalam Fi Zilal al-Quran: “Tabiat orang Islam saling bekerjasama dalam meningkatkan keimanan kepada Allah dan Rasul. Selain itu, mereka juga saling membantu bagi mewujudkan kebaikan dan menolak keburukan. Usaha-usaha seperti ini berupaya mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara manusia khususnya dalam hubungan suami isteri”

#Oleh itu, kaum wanita merupakan pembantu kepada kaum lelaki dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Berdiri dalam satu kumpulan untuk menanggung amanah Allah tersebut.

♡Bantu membantulah dalam kebajikan dan ketaqwaan. Jangan sesekali bersekongkol dalam menyemarakkan kemaksiatan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Artikel sebelumnyaMAQLUB Bhg. 01
Artikel seterusnyaTafsir Surah Quraisy – Pengenalan dan Tafsir Ayat Pertama

Komen dan Soalan