Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits MAQLUB Bhg. 01

MAQLUB Bhg. 01

111
0

Panel: BroSyarief
#250417 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.14.01 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Percanggahan Riwayat Tsiqah dan Jenis-jenisnya (مخالفة الثقات وأنواعها).

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

MAQLUB (المقلوب) Bhg. 01

Dari sudut bahasa, perkataan al-Maqlub (المقلوب) berasal dari al-Qalb (القلب) yang bermaksud membalikkan sesuatu.

Adapun secara istilah, ia merujuk kepada perubahan yang berlaku sama ada pada sanad atau matan, menyebabkan terbalik dan tertukarnya nama atau kalimah.

1. Maqlub pada sanad, mempunyai 3 bentuk:

i – Apabila seorang periwayat menyebutkan nama seorang periwayat secara penuh beserta nama ayahnya, lalu dia tertukar dengan menyebutnya secara terbalik.

Seperti hadits yang diriwayatkan oleh Ka’b ibn Murroh (كعب بن مرة), lalu terdapat periwayat yang menyebutkan Murroh ibn Ka’ab (مرة بن كعب).

ii. Seorang periwayat tertukar nama seorang periwayat dengan periwayat yang lain yang juga terdapat pada peringkat tobaqat yang sama.

Contohnya seperti sebuah riwayat oleh al-Hakim, dari Ya’qub ibn Abi Salamah, dari ayahnya, dari Abu Hurayrah – radhiyalLaahu ‘anhu -, katanya: RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – bersabda:

لَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ

“Tiada wudhu bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah padanya”

[Mustadrak]

Hadits ini sebenarnya diriwayatkan oleh Ya’qub ibn Salamah al-Laytsi (يعقوب بن سلمة الليثي), bukan Ya’qub ibn Abi Salamah (يعقوب بن أبي سلمة), tetapi mereka pada peringkat tobaqat yang sama.

iii. Seperti yang dilakukan oleh beberapa ulama Baghdad ketika ingin menguji al-Imam al-Bukhari ketika beliau datang ke Baghdad, lalu dicampur adukkan sekitar 100 hadits, di mana sanad dan matan ditukar-tukarkan di antara satu sama lain.

walLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.
__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan