Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.04.04 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 04)

06.04.04 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 04)

207
0
Iklan

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum, nota terbaru siap. Semoga bermanfaat.

#271216 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.04.04 Faedah-faedah dari Mengetahui Sabab an-Nuzul (Bhg 04) – فَوَائِدُ مَعْرِفَةِ سَبَبِ النُّزُولِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

5. Pengetahuan sebab penurunan sesuatu ayat dapat menjelaskan tentang siapa yang disebabkannya ayat itu diturunkan, sehingga tidak disalah gunakan dengan menujukan ia kepada orang lain.

Seperti apa yang diriwayatkan dari Yusuf ibn Mahak, katanya:

كَانَ مَرْوَانُ عَلَى الْحِجَازِ اسْتَعْمَلَهُ مُعَاوِيَةُ،

Marwan telah dilantik oleh Mu’awiyah sebagai wakilnya di Hijaaz,

فَخَطَبَ فَجَعَلَ يَذْكُرُ يَزِيدَ بْنَ مُعَاوِيَةَ، لِكَىْ يُبَايِعَ لَهُ بَعْدَ أَبِيهِ،

Lalu, (pada suatu hari) dia memberi khutbah lalu menyebutkan tentang Yazid ibn Mu’awiyah, supaya (semua orang) berbai’ah kepadanya (sebagai khalifah) selepas ayahnya,

فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ شَيْئًا، فَقَالَ خُذُوهُ‏.‏

Lalu, ‘Abdur-Rahman ibn Abi Bakr menyebutkan sesuatu kepadanya (sebagai bantahan).

Maka Marwan berkata: Tangkap dia!

فَدَخَلَ بَيْتَ عَائِشَةَ فَلَمْ يَقْدِرُوا ‏{‏عَلَيْهِ‏}‏

Diapun masuk ke rumah ‘Aisyah. Maka, Marwan tak dapat melakukan apa-apa.

فَقَالَ مَرْوَانُ إِنَّ هَذَا الَّذِي أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِ ‏{‏وَالَّذِي قَالَ لِوَالِدَيْهِ أُفٍّ لَكُمَا أَتَعِدَانِنِي‏}‏‏.‏

Lalu, Marwan pun berkata: Dia inilah yang Allah turunkan kepadanya ayat ini..

وَالَّذِي قَالَ لِوَالِدَيْهِ أُفٍّ لَّكُمَا أَتَعِدَانِنِي أَنْ أُخْرَجَ وَقَدْ خَلَتِ الْقُرُونُ مِن قَبْلِي

Dan orang yang berkata kepada kedua orang tuanya, ‘Celakalah kalian, adakah kalian menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan kembali, sedangkan telah berlalu banyak kurun sebelumku (di mana ramai orang telah mati, dan tiada yang dibangkitkan)?’

[al-Ahqaf(46):17]

فَقَالَتْ عَائِشَةُ مِنْ وَرَاءِ الْحِجَابِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِينَا شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ إِلاَّ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ عُذْرِي‏.‏

Lalu, Aisyah pun menjawab dari sebalik hijab: ‘Tidaklah Allah menurunkan disebabkan kami (anak-anak Abu Bakr) sesuatupun dari al-Quran kecuali yang Allah turunkan membebaskan aku dari fitnah (iaitu ayat-ayat dari surah an-Nur).’

[HR al-Bukhari]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan