Utama UiTO: Soal-Jawab agama bersama ustaz Abu Basyer Sebalik Taqdir ada Hikmah

Sebalik Taqdir ada Hikmah

1296
0
Iklan

Sebalik Taqdir ada Hikmah

Firman Allaah SWT:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ

“Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat)” [ Surah al-An’am: 42 ].

Yang perlu difahami oleh setiap Muslim bahawasanya tidaklah Allah SWT menetapkan (mentaqdirkan) suatu taqdir melainkan di sebalik taqdir itu terdapat hikmah, sama ada diketahui ataupun tidak. Dengan demikian, hati seorang Muslim wajib sentiasa redha dan pasrah kepada ketetapan Tuhan-Nya.

Dengan didatangkan sakit dan apa jua musibah, banyak orang menyedari kesilapannya, ketelanjurannya, kesalahannya, kederhakaannya dan dosanya selama ini sehingga sakit dan musibah itu menyedarkannya, menginsafkannya dan membawanya menuju pintu taubat.

Membimbangkan bagi orang yang sepanjang hidupnya tidak ditimpa sakit dan azab, menyebabkan banyak orang sombong dan bongkak. Lihatlah Firaun yang tidak pernah Allah SWT timpa ujian sakit sepanjang hidupnya, membuatnya sombong melampaui batas sehingga berani menyatakan: “Akulah Tuhan kamu yang tertinggi!” Surah [ An-Nazi’at: 24 ].

Bagi orang beriman selain musibah itu mendatangkan keinsafan dan peluang taubat, maka nikmat sakit dan musibah dapat menghapuskan dosa semaksimum mungkin. Sabda Nabi SAW:

“Bencana sentiasa menimpa seorang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya sampai dia berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan tidak ada kesalahan (dosa) pada dirinya.” (HR Ahmad, at-Tirmizi. Hasan sahih).

♡Allah menjanjikan pelbagai kebaikan kepada hamba-Nya. Hatta musibah yang diberikan juga utk kebaikan hamba-Nya. Namun malangnya, kebanyakan manusia tetap degil, kufur dan tersungkur di sebalik ujian. Bermuhasabahlah…♡

 

Komen dan Soalan