Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Membela Rasul dan Al-Quran

Membela Rasul dan Al-Quran

297
0
Iklan

Membela Rasul dan Al-Quran

Kita Mesti Membela Rasul, Nabi dan Al-Quran.

Pada suatu ketika, semasa Ayahaji ziarah sebuah rumah waris, terjumpa seorang Mat Salleh yang kahwin dengan seorang Melayu. Bila dia duduk bersama Ayahaji, dia bertanya tentang agama. Dia bertanya adakah belajar tafsir perlu tahu bahasa Arab? Ayahaji kata dari surah Al-Juma’ah ayat 2, Allah SWT bangkitkan daripada orang-orang ummi seorang utusan daripada kalangan mereka. Terus dia tunjuk pandainya. Ayah Aji kata “ummi” di sini adalah orang-orang yang tidak tahu menulis dan membaca Arab. Kita orang Malaysia adalah termasuk dalam ayat ini:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [ Al-Jumu’ah: 2]

Seorang Rasul akan mengajar dalam bahasa kaum yang dia diutuskan. Ayahaji kata termasuklah Nabi Isa AS. Dia mengajar orang Yahudi dalam bahasa Yahudi bukan dalam bahasa Latin. Mat Salleh terus bela ajaran Kristian yang dia belajar dulu. Dia kata Nabi Isa AS mengajar dalam bahasa Aramaic dan Latin. Ayahaji kata itu salah. Al-Quran kata Nabi Isa AS mengajar dalam bahasa Hebrew. Dia kata tidak. Ayahaji pun baca Al-Quran surah Al-Qasas dan Al-Anbiya. Semua nabi-nabi mengajar dalam bahasa kaum yang dia diutuskan. Dia tidak puas hati dan masih ingin berdebat lagi.

Ayahaji kata Ayahaji hanya boleh mengajar tafsir dalam bahasa Melayu atau Inggeris sahaja kepada orang bukan Melayu dan orang Melayu. Ayahaji tidak boleh mengajar orang Cina, India dan lain-lain yang tidak tahu bahasa Melayu atau Inggeris. Ayahaji pula tidak tahu bahasa Cina, India dan lain-lain. Tidak boleh seorang ulama Arab yang ingin mengajar orang Melayu yang tidak mengerti bahasa Arab atau dia sendiri tidak tahu bahasa Melayu. Bukan menjadi tanggungjawab orang Melayu belajar bahasa Arab untuk belajar tafsir tetapi guru itu yang tahu tentang tafsir Al-Quran mengajar orang Melayu. Dia mula mengangguk-ngangguk.

Tetapi dia kata lagi dalam Bible bahasa Arab ada surah Al-Fatihah di permulaan Bible. Ayahaji kata itu bohong. Daripada hadis Nabi SAW, Nabi kata surah Al-Fatihah hanya diberi pada Al-Quran bukan pada kitab-kitab terdahulu:

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari Al Ala` bin Abdurrahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi menemui Ubay bin Ka’ab, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil: “Hai Ubay!” sementara dirinya tengah mengerjakan shalat, ia menoleh namun tidak menjawab beliau, dan Ubai tetap melanjutkan shalatnya, ia lalu mempercepat shalatnya dan langsung menghampiri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Ubay mengucapkan; “ASSALAAMU’ALAIKUM, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “WA ‘ALAIKASSALAAM, apa yang menghalangimu, wahai Ubay untuk menjawabku saat aku memanggilmu?” Ubay menjawab; “Wahai Rasulullah, aku tadi sedang mengerjakan shalat. Beliau bertanya: “Apa kau tidak menemukan di antara yang diwahyukan Allah kepadaku agar kalian memenuhi panggilan Allah dan RasulNya bila menyeru kalian untuk sesuatu yang menghidupkan kalian?” Ubay menjawab; “Benar, aku tidak akan mengulangi, insya Allah.” Beliau bersabda: “Maukah aku ajarkan kepadamu satu surat yang tidak diturunkan di Taurat, Injil dan Zabur, dan dalam al-Qur`an juga tidak ada yang sepertinya?” Ubay menjawab; “Tentu, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bagaimana kamu membaca saat shalat?” Perawi berkata; “Maka Ubay membaca ummul al-Qur`an (Al Fatehah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah diturunkan di Taurat, Injil, Zabur dan dalam al-Qur`an seperti itu, sesungguhnya ia adalah tujuh (ayat) yang diulang-ulang dan al-Qur`an yang agung yang diberikan padaku.” Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih. Dalam hal ini, ada hadits serupa dari Anas bin Malik dan Abu Sa’id bin Al Mu’alla. [At-Tirmizi: 2800 dan Muwatta’ Malik: 172. Sahih]

Kesimpulannya:
1. Hendaklah kita tabligh manusia tentang Al-Quran.
2. Kita mesti bela mana-mana rasul atau nabi yang disesatkan fahaman tentang mereka.
3. Kita mesti bela Al-Quran.

Allahu ‘alam.

Komen dan Soalan