Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.02 Apa (Sumber/Sandaran) yang Dipegang bagi Mengetahui Sebab Penurunan (Ayat alQuran)

06.02 Apa (Sumber/Sandaran) yang Dipegang bagi Mengetahui Sebab Penurunan (Ayat alQuran)

528
0
Iklan

Panel: BroSyarief

Nota 06.02 siap. Harap baca dengan teliti dan fahami. Berikan respon anda walau sekadar ๐Ÿ‘Œ selepas membaca. #NoStickerPlease

#240616 Bilik (09) Ulum al-Quran

06.02 Apa (Sumber/Sandaran) yang Dipegang bagi Mengetahui Sebab Penurunan (Ayat alQuran) – (ู…ุง ูŠูุนู’ุชูŽู…ุฏ ุนู„ูŠู‡ ููŠ ู…ุนุฑูุฉ ุณุจุจ ุงู„ู†ุฒูˆู„)

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Para ulama, dalam usaha mengetahui sebab penurunan sesuatu ayat atau surah, mereka bergantung kepada kesahihan periwayatan dari RasululLah sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam atau dari para sahabat.

Jika ianya dari sahabat, dengan pernyataan yang jelas, bukan sekadar pandangannya, ia dinilai dengan hukum Marfuโ€™. (Boleh lihat nota ringkas tentang Hadits Mawquf dengan hukum Marfu di https://uito.org/2015/07/24/02-02-03080415-al-marfu-mawquf-dan-al-maqthu/)

Kata al-Wahidi (w.468H),

ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุญูู„ู‘ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู„ู ูููŠ ุฃูŽุณู’ุจูŽุงุจู ู†ูุฒููˆู„ู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุงู„ุฑู‘ููˆูŽุงูŠูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุนู ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ุดูŽุงู‡ูŽุฏููˆุง ุงู„ุชู‘ูŽู†ู’ุฒููŠู„ูŽ ูˆูŽูˆูŽู‚ูŽูููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ุจูŽุงุจู ูˆูŽุจูŽุญูŽุซููˆุง ุนูŽู†ู’ ุนูู„ู’ู…ูู‡ูŽุง

โ€˜Tidak halal (bagi sesiapa, mengeluarkan) kata-kata tentang sebab-sebab penurunan alQuran, kecuali (mesti dibawakan bukti dari) periwayatan dan (sanad) yang didengar dari orang-orang yang menyaksikan penurunan al-Quran, mereka juga memperhatikan sebab-sebab (penurunan) dan mengkaji kefahaman tentangnya’

[Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul]

Demikianlah manhaj para salaf, mereka berhati-hati dari menyebutkan sesuatu tentang sebab-sebab penurunan tanpa kepastian sumbernya.

Muhammad ibn Sirin (w.110H) menyebutkan,

ุณูŽุฃูŽู„ู’ุชู ุนูุจูŽูŠู’ุฏูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุขูŠูŽุฉู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ุงุชู‘ูŽู‚ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽู‚ูู„ู’ ุณูŽุฏูŽุงุฏู‹ุง ุŒ ุฐูŽู‡ูŽุจูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ ูููŠู…ูŽุง ุฃูู†ู’ุฒูู„ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู .

Aku bertanya kepada โ€˜Ubaydah tentang satu ayat di dalam al-Quran, lalu dia berpesan:

Bertaqwalah kepada Allah, dan berkatalah yang benar, (kerana) telah pergi mereka (yakni: para sahabat) yang mengetahui tentang apa (sebab atau peristiwa) diturunkan al-Quran

[Asbab an-Nuzul]

Itu adalah nukilan dari Ibn Sirin yang terkenal di kalangan Tabiโ€™in yang berusaha keras mencari periwayatan dan sangat teliti dalam penukilan.

Ia menunjukkan wajibnya kita bergantung sepenuhnya kepada periwayatan yang sahih tentang sebab-sebab penurunan.

Oleh itu, yang menjadi sandaran utama pada topik ini adalah apa yang diriwayatkan dari perkataan-perkataan para sahabat di atas jalur sanad, dalam bentuk yang jelas menyebutkan ianya adalah sebab penurunan.

as-Suyuti (w.911H) pula menambah pandangan bahawa kata-kata Tabiโ€™in yang jelas menyebutkan sebab penurunan juga diterima walaupun ianya Mursal.

Dengan syarat sanadnya sahih dan dia merupakan dari kalangan imam-imam tafsir yang mengambil dari sahabat, seperti Mujahid, โ€˜Ikrimah, Saโ€™id ibn Jubayr; ditambah dengan sokongan riwayat atau sanad mursal yang lain.

al-Wahidi turut mengecam ulama sezaman dengannya kerana sikap bermudah-mudah mereka pada periwayatan Sabab Nuzul, dan dia melemparkan tuduhan fitnah dan pembohongan, dan memberi amaran kepada mereka akan ancaman yang berat (kerana kecuaian itu).

Katanya,

ุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ููŽูƒูู„ู‘ู ุฃูŽุญูŽุฏู ูŠูŽุฎู’ุชูŽุฑูุนู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุŒ ูˆูŽูŠูŽุฎู’ุชูŽู„ูู‚ู ุฅููู’ูƒู‹ุง ูˆูŽูƒูŽุฐูุจู‹ุง ุŒ ู…ูู„ู’ู‚ููŠู‹ุง ุฒูู…ูŽุงู…ูŽู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู‡ูŽุงู„ูŽุฉู ุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ู…ูููŽูƒู‘ูุฑู ูููŠ ุงู„ู’ูˆูŽุนููŠุฏู ู„ูู„ู’ุฌูŽุงู‡ูู„ู ุจูุณูŽุจูŽุจู ุงู„ู’ุขูŠูŽุฉู

Adapun hari ini (di zamannya), setiap orang mereka sesuatu, mencipta fitnah dan pembohongan; melemparkan dirinya kepada kejahilan, tak memikirkan ancaman bahaya pada kejahilan tentang sebab penurunan ayat

walLaahu aโ€™lam

Ruj: Mabahits fi โ€˜Ulum al-Quran, karangan Ust Mannaโ€™ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan