Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Sirah RasululLah SAW – Peristiwa Fathul Mekah

Sirah RasululLah SAW – Peristiwa Fathul Mekah

1305
0
Iklan

Peristiwa Fathul Mekah

Masuknya Tentera Islam ke Kota Mekah

Sejarah menyebut Rasulallah SAW telah menetapkan laluan manakah yang harus dilalui untuk masuk ke kota Mekah namun ada di kalangan orang Islam yang menyertai pasukan Fathul Mekah telah memilih jalan lain dan mereka telah dibunuh.

Manakalah pasukan Khalid Al Walid telah lalu di kawasan yang mana pihak kafir Quraish telah menghalang laluan tersebut dan terjadilah pertempuran, diberitakan 12 orang kafir telah di bunuh.

Sejurus Rasulallah SAW masuk ke kota Mekah baginda SAW telah berdiri di Bukit Safa yakni perbuatan yang sama baginda lakukan 20 tahun dahulu di awal dakwah baginda SAW ke atas Quraish Mekah dan kaum kerabatnya.

Baginda merapati Kaabah di Hajar Aswad lalu mengucupnya kemudian bertawaf dengan unta baginda di samping busur panah di tangan. Baginda kemudian menusuk nusuk berhala di keliling kaabah yang dikatakan bilangannya 360 buah semuanya.

Berikut Riwayat al Bukhari dalam sahihnya tentang peristiwa Fathul Mekah.

“Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Fadhl, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah, dari Ibnu Abu Najih, dari Mujahid, dari Abu Ma’mar, dari Abdullah, radliallahu ‘anhu, katanya, Nabi SAW memasuki Mekah pada penaklukan Mekah yang ketika itu di sekitar ka’bah ada tiga ratus enam puluh patung, lantas beliau porak-porandakan dengan sebongkah kayu di tangannya seraya beliau serukan “”Sekarang telah datang kebenaran dan kebatilan telah musnah.”” [Isra’: 81], “”Sekarang kebenaran telah datang dan kebatilan tidak akan terulang dan kembali lagi.”” [ Saba’: 49 ].”

“Telah menceritakan kepadaku Ishaq, telah menceritakan kepada kami Abdush Shamad, katanya, telah menceritakan kepadaku ayahku, telah menceritakan kepada kami Ayyub, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, radliallahu ‘anhuma, Rasulullah SAW ketika tiba di Mekah, beliau enggan masuk Baitullah (ka’bah) yang ketika itu banyak arca (patung), maka beliau perintahkan agar semua gambar-gambar dibuang, maka dikeluarkanlah gambar Ibrahim dan Ismail yang keduanya digambarkan mengundi nasib dengan anak panah. Lantas Nabi SAW berkomentar: “”Kiranya Allah membinasakan mereka, mereka tahu bahawa Ibrahim dan Ismail sama sekali tak pernah mengundi nasib dengan anak panah.”” Kemudian beliau memasuki Ka’bah dan beliau bertakbir di seluruh penjuru baitullah, lalu beliau keluar dan tidak shalat di dalamnya. Hadis ini dikuatkan jalur perawinya oleh Ma’mar, dari Ayyub, dan Wuhaib, mengatakan, Telah menceritakan kepada kami Ayyub, dari Ikrimah, dari Nabi SAW.”

Beberapa hadis semasa Rasulallah SAW berada di Mekah semasa hari pembukaannya.

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1290.

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., katanya: “Pada hari penaklukan Mekah, Rasulullah saw. bersabda: “Mekah telah ditaklukkan. Mulai sekarang tidak ada lagi hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakkan agama Allah. Bila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah! Mekah telah ditaklukkan. Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram, kerana diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di negeri ini, baik orang yang sebelumku maupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat di siang hari bagi ku. Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari kiamat. Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu binatang-binatangnya, tidak boleh memungut barang hilang kerana tercicir, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh memotong rumputnya. Maka berkata ‘Abbas, “Ya, Rasulullah! Selain izkhir, kerana izkhir diperlukan tukang besi dan pembangunan rumah.” Maka sabda Nabi saw., “Melainkan izkhir.”

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1265.

Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya: “Ketika Rasulullah SAW tiba di Mekah di hari penaklukan, beliau turun di halaman Kaabah dan menyuruh ‘Usman bin Thalhah mengambil pisau. Setelah dia datang membawa pisau, lalu dibukanya pintu Kaabah. Nabi SAW masuk ke dalam diiringkan Bilal, Usamah bin Zaid serta ‘Usman bin Thalhah. Kemudian beliau suruh kunci pintu, dan mereka tinggal di dalam beberapa saat lamanya. Kata Abdullah selanjutnya, sesudah pintu terbuka kembali aku segera mendahului orang banyak menemui Rasulullah SAW beliau keluar mengiringkan Bilal. Aku bertanya kepada Bilal, “Apakah Rasulallah SAW solat di dalam?” Jawab Bilal, “Ya!” Tanya ku, “Di mana?” Jawab Bilal, “Antara dua tiang.” Kata Ibnu ‘Dinar, “Aku lupa menanyakan berapa rakaat beliau solat.

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4644.

Ibnu Jad’an menceritakan pada kami, dia mendengar dari Al-Qasim ibnu Rabi’ah dari Ibnu Umar berkisah: “Pada hari ‘Fathu Mekkah’, Rasulullah saw berkhutbah di Ka’bah: “Alhamdu lillaahil ladzii shadaqa wa’dah, wa nashara abdah, wa hazamal ahzaaba wahdah (Segala puji bagi Allah yang telah membenarkan janji-Nya, yang telah menolong hamba-Nya, dan yang membinasakan musuh-musuh-Nya sendirian). Ketahuilah, sesungguhnya orang yang terbunuh kerana suatu kesalahan sama dengan seorang yang dibunuh dengan disengaja oleh pembunuhnya, iaitu kerana dia telah dipukul dengan cemeti atau tongkat, maka diyatnya seratus ekor unta, yang empat ekor dari unta-unta itu adalah unta-unta yang sedang hamil.”

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5190.

Dari Abu Zubair dari Jabir ra berkata: “Pada hari Fathul Mekah, Rasulullah SAW memasuki kota Mekah dengan memakai serban hitam.”

Seperti mana yang kita maklum Fathul Mekah berlaku di bulan Ramadhan. Rasulallah SAW tinggal selama 19 hari di Mekah semasa Fathul Mekah. Dengan kata lain Solat Eidul Fitri dilakukan di Mekah.

Telah disebut dalam sahih Al Bukhari:

“Telah menceritakan kepada kami Abdan, Telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah, Telah mengkhabarkan kepada kami ‘Ashim, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, radliallahu ‘anhu katanya, Nabi SAW pernah diam di Mekah selama sembilan belas hari dan selama itu pula beliau lakukan shalat dua rakaat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh İbn Abbas. Seperti yang pernah disebut sebelum ini İbn Abbas bersama dengan Nabi SAW bermula di Abwa, semasa tentera İslam mahu masuk ke Mekah untuk menaklukinya.

Dari Ramadhan 8H hinggalah Rabi’ul Awwal 11H, kira kira 2 tahun lebih. Itulah masa beliau hidup bersama dengan Rasulallah SAW.

Ibn Abbas RA. antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, bahkan beliau dikenali sebagai Bahrul Ulum, lautan ilmu kerana kemahiran dan kebijaksanaan beliau dalam Tafsir Al-Quran. Semasa beliau menemui Rasulallah SAW umur beliau sekitar 12-13 tahun.

Semasa Fathul Mekah ini juga hukuman hudud seperti qisas dan hukuman ke atas mereka yang murtad dilakukan.

Penjelasan mengenai mengapa ia ditegakkan kerana tanda bahawa Islam telah menakluki Mekah maka mulai pada hari itu semua hukuman adalah berdasarkan Undang Undang / hukum ahkam yang ditetapkan Allah SWT.

Peristiwa Fathul Mekah Ramadhan 8H ini berlarutan hingga 6 Syawal.

 

Komen dan Soalan