Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Natijah Tiada Usaha Larang Kejahatan

Natijah Tiada Usaha Larang Kejahatan

193
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1437H~

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan”[Surah al-Maidah 79]

#Ayat ini menceritakan mengenai golongan Yahudi yang dilaknat oleh Allah disebabkan mereka tidak melarang mungkar dan maksiat yang berlaku dalam kalangan mereka.

#Dalam ayat ini Allah swt bagitau kita bahawa jika mungkar tidak dicegah, dihalang dan dibanteras, maka umat pada hari ini juga akan dihina dan dilaknat sebagaimana golongan Yahudi.

#Sabda Nabi saw:

روى أبو عبيدة بن عبد الله بن مسعود، عن أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : وَالَّذَي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَلَتَأْخُذَنَّ عَلَى يَدِ الْمُسِيءِ، وَلَتَأْطِرُنَّهُ عَلَى الْحَقِّ أَطْراً، أَوْ لَيَضْرِبَنَّ الله بِقُلُوبِ بَعْضِكُمْ عَلَى بَعْضٍ ثُمَّ يَلْعَنَكُمْ كَمَا لَعَنَهُمْ – يعني بني إسرائيل – عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْن مَرْيَمَ.

Abu Ubaidah bin Abdillah bin Mas’ud meriwayatkan dari ayahnya, katanya, telah bersabda Rasulullah saw: “Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, mengambil tangan orang-orang yang bersalah dan mengembalikannya kepada kebenaran dengan sebenar-benarnya atau Allah akan memisahkan hati sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain (berpecah belah), kemudian Allah melaknat kamu sebagaimana Allah telah melaknat mereka iaitu Bani Israil melalui lisan Dawud dan ‘Isa bin Maryam” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

#Sabda Nabi saw lagi:

مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي هُمْ أَعَزُّ وَأَكثَرُ مِمَّنْ يَعمَلُهُ، ثُمَّ لَمْ يُغَيِّرُوا إِلَّا عَمّهُمُ اللهُ بِعِقَابٍ.

“Tidaklah satu kaum yang di kalangan mereka dikerjakan satu perbuatan maksiat, dimana mereka yang tidak mengerjakan kemaksiatan itu lebih kuat dan lebih banyak daripada yang mengerjakannya, namun mereka tidak mengubah kemaksiatan tersebut, nescaya Allah akan menimpakan hukuman azab pada mereka semua”(HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

#Tiada istilah berkecuali dalam amar makruf nahi mungkar. Segala kezaliman, penindasan, penyelewengan, penipuan, pembaziran, salah guna kuasa, ketamakan harta batil, perzinaan, pembunuhan, kemungkaran dan kesyirikan wajib untuk ditegur, dinasihati, dihentikan, dibanteras dan ditegah. Mencegah mungkar ini bermula daripada rakyat bawahan sehinggalah kepada pimpinan teratas dalam sesebuah negara.

#Ingatlah ancaman daripada Nabi saw kepada pelaku kejahatan dan penyokong, pembantu kejahatan:

مَنْ أَحْدَثَ حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ، لَا يُقْبَلُ مِنْهُ صَرفًا وَلَا عَدْلًا

“Barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat atau melindungi pelaku kejahatan, maka baginya laknat dari Allah, para malaikat, dan seluruh manusia. Tidak diterima darinya amal wajib mahupun amal sunnah (yang ia kerjakan)” (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmizi)

♡Jangan disokong orang-orang yang zalim dan rakus. Jangan digalakkan aktiviti dosa dan mungkar, kelak semuanya dilaknat dan dibinasakan Allah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan