Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Apabila Bumi Menjadi Saksi Kita

Apabila Bumi Menjadi Saksi Kita

354
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1437H~

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

“Pada hari itu (kiamat) bumi pun menceritakan khabar beritanya”[Surah az-Zalzalah 4]

#Imam at-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw telah membaca ayat diatas. Selepas membaca ayat tersebut Baginda saw bertanya kepada para sahabat:”Tahukah kamu apakah perkhabaran yang diceritakan oleh bumi itu? Jawab para sahabat:”Hnya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Bersabda Nabi saw: “Yang dimaksudkan bumi menceritakan beritanya iaitu bumi akan bersaksi terhadap apa-apa yang telah dilakukan oleh manusia dimuka bumi ini. Kata bumi: “Bahawa si polan itu telah melakukan sesuatu di atas belakang aku” (Hadis Hasan Sahih)

#Di mahsyar kelak, selain malaikat yang mencatat segala amal baik buruk yg akan menjadi saksi segala kerja buat kita di dunia, maka Bumi juga akan menjadi saksi untuk menceritakan apa jua kejahatan dan kebaikan yang dilakukan manusia di dunia dulu.

#Bumi adalah tempat manusia bergelanggang dan umpama pentas untuk melakonkan pelbagai watak baik atau jahat. Di dunia bumi tak pernah membantah apa-apa pun yang dibuat manusia di atasnya. Bumi hanya memerhatikan sahaja. Namun di akhirat akan terdedah segala perangai sebenar.

#Ingatlah…setiap kali kaki melangkah di atas bumi maka kita sedang diperhatikan dan dirakam segala perilaku kita.. Biarlah yang ditayang di mahsyar hanya yang baik-baik sahaja.

♡Ramai saksi-saksi yang akan datang untuk mendakwa kita di mahsyar termasuk malaikat raqib atid, bumi, tangan, kaki, kulit, hari dan sebagainya. Oleh itu, carilah peguambela untuk membantu kita seperti solat, zakat, al-Quran, zikir, sedekah, ulamak dan amal-amal soleh yang ikhlas dilakukan. Berwaspadalah dengan segala tingkahlaku kita di dunia♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan