Utama Bilik (16) Bahasa Arab Asas Bahasa Arab Asas – Kata Kerja (الفعل) dan Pembahagiannya

Bahasa Arab Asas – Kata Kerja (الفعل) dan Pembahagiannya

191
0
KONGSI

بسم الله الرحمن الرحيم

KATA KERJA (الفعل)

Seterusnya perbincangan asas kata kerja (الفعل)

الفِعْلُ هُوَ كَلِمَةٌ دَلَّتْ عَلٰى مَعْنًى فِيْ

نَفْسِهَا واقْتَرَنَتْ بِزَمَنٍ وَضْعًا

Kata kerja (الفعل ) ialah perkataan yang membawa makna yang tersendiri yang dalam penerapannya terpengaruh dengan masa. Contohnya:

اِغْتَسَلَ : Telah mandi

نَظَّفَ   : Telah membersihkan

يَفْتَحُ   : Sedang membuka

يُشَاهِدُ : Sedang menonton

اُخْرُجْ   : Keluarlah

اُدْخُلْ   : Masuklah

PEMBAHAGIAN KATA KERJA

وَالفِعْلُ بِالنِّسْبَةِ إِلٰى الزَّمَنِ نَوعَانِ

Kata kerja dinisbahkan kepada masa terbahagi kepada dua bahagian:

١ – الماضي : Bagi masa lepas

٢ – المُضَارِعُ : Bagi masa sedang dan akan berlaku

Contoh kata kerja masa lepas seperti:

١ – قَطَفَ : Dia telah memetik

٢ – رَكِبَ : Dia telah menaiki

٣ – سَمِعَ : Dia telah mendengar

٤ – قَرَأَ : Dia telah membaca

٥ – غَسَلَ : Dia telah membasuh

 

Bagi kata kerja yang menunjukkan sedang berlaku atau yang akan berlaku seperti:

١ أغْسِلُ – : Saya sedang membasuh

٢ – أَلْبَسُ : Saya sedang memakai

٣ – يَلْعَبُ : Dia sedang bermain

٤ – نَكْتُبُ : Kami sedang menulis

وَهُنَاكَ فِعْلٌ أَخَرُ دَلَّ عَلٰى الطَّلَبِ

وُهُوَ فِعْلُ الأَمْرِ وَ فِعْلُ النَّهْيِ

 

Terdapat kata kerja yang menunjukkan Perintah dan Larangan.

Kata Perintah seperti:

١ – اِلْعَبْ : Bermainlah

٢ – اِقْرَأْ : Bacalah

٣ – أَطْعِمْ : Beri makanlah

٤ – قُمْ : Berdirilah

٥ – اِسْتَغْفِرْ : Mohonlah keampunan

Kata Larangan seperti :

١ – لَا تَلْعَبْ : Jangan engkau bermain

٢ – لَا تَأْكُلْ : Janganlah engkau makan

٣ – لَا تَشْرَبْ : Janganlah engkau minum

٤ – لاَ تَذْهَبْ : Janganlah engkau pergi

٥ – لَا تَقُمْ : Janganlah engkau berdiri

Berdasarkan perbahasan di atas maka kata kerja terbahagi kepada empat jenis:

١ – فِعْلٌ مَاضٍ

٢ – فَعْلْ مُضَارِعٌ

٣ – فِعْلُ أمْرٍ

٤ – فِعْلُ نَهْي

والله أعلم

Komen dan Soalan