Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SESUATU YANG PASTI

SESUATU YANG PASTI

61
0
KONGSI

Dalam keghairahan kita mengejar isi dunia ini, jangan kita lupa suatu hari nanti kita akan pergi dari dunia ini.

Ingat, kaya macam mana pun kita, hebat macam mana sekalipun atau sejauh mana kita cuba melupakan dan menjauh dari memikirkan tentang akhirat, akhirat tetap akan datang kepada kita.

Suatu masa nanti, kita pasti akan berdepan dengan penamat kehidupan itu dan barulah kita akan bertemu kehidupan yang sebenar.

Nabi sallalahu ‘alaihi wasallam berkata dalam hadith riwayat Muslim:

الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagai orang kafir.

Dalam hadith riwayat Ahmad, Baginda mengatakan:

فَإِذَا فَارَقَ الدُّنْيَا فَارَقَ السِّجْنَ وَالسَّنَةَ
Apabila orang Mukmin itu berpisah daripada dunia (mati), barulah dia berpisah dari penjara dan kebiasaannya.

Renung-renungkanlah.

Komen dan Soalan