Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Rahiqum Makhtum – Sifat Rasulullah SAW dalam Hadis Sahih Al-Bukhari

Rahiqum Makhtum – Sifat Rasulullah SAW dalam Hadis Sahih Al-Bukhari

381
0
Iklan

Sifat Rasulullah SAW dalam Hadis Sahih Al-Bukhari

“Telah bercerita kepada ku ‘Amru bin ‘Ali, telah bercerita kepada kami Ibnu Fudlail, telah bercerita kepada kami Isma’il bin Abu Khalid berkata, Aku mendengar Abu Juhaifah radiallahu’anhu berkata; “”Aku pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan Hasan bin ‘Ali ‘alaihimas salam sangat mirip dengan beliau””. Aku katakan kepada Abu Juhaifah; “”Cuba ceritakan ciri-ciri sifat beliau kepada ku!””. Abu juhaifah berkata; “”Beliau berkulit putih dan rambut beliau sudah banyak yang beruban dan beliau pernah memerintahkan untuk memberikan kami tiga belas anak unta””. Dia melanjutkan; “”Selanjutnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meninggal dunia sementara kami belum sempat mengambil pemberian beliau tersebut’.”

“Telah bercerita kepada ku Ibnu Bukair berkata, telah bercerita kepadaku Al Laits, dari Khalid, dari Sa’id bin Abu Hilal, dari Rabi’ah bin Abu ‘Abdur Rahman berkata, aku mendengar Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, sedang menceritakan sifat-sifat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya; “”Beliau adalah seorang laki-laki dari suatu kaum yang tidak tinggi dan juga tidak pendek. Kulitnya terang tidak terlalu putih dan tidak pula terlalu kecoklatan. Rambut beliau tidak terlalu keriting dan tidak lurus. Kepada beliau diturunkan wahyu saat usia beliau empat puluh tahun lalu menetap di Makkah selama sepuluh tahun kemudian diberikan wahyu lagi dan menetap di Madinah selama sepuluh tahun lalu beliau meninggal dunia, dan ada rambut yang beruban pada kepala dan jenggot beliau dengan tidak lebih dari dua puluh helai””. Rabi’ah berkata; “”Aku pernah melihat sehelai rambut dari rambut kepala beliau berwarna merah lalu ku tanyakan. Maka dijawab; “”Warna merah itu berasal dari minyak rambut’.”

“Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Sa’id Abu ‘Abdullah, telah bercerita kepada kami Ishaq bin Manshur, telah bercerita kepada kami Ibrahim bin Yusuf, dari bapaknya, dari Abu Ishaq berkata; Aku mendengar Al Bara’ berkata; “”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling baik akhlaknya. Beliau tidak berbadan terlalu tinggi dan juga tidak pendek””.”

“Telah bercerita kepada kami Hafsh bin ‘Umar, telah bercerita kepada kami Syu’bah, dari Abu Ishaq, dari Al Bara’ bin ‘Azib radliallahu ‘anhuma berkata; “”Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang berdada bidang, jarak antara kedua bahunya agak panjang. Beliau mempunyai rambut hingga menyentuh ujung telinga. Dan aku pernah melihat beliau mengenakan baju merah dan tidak pernah ku lihat ada yang lebih bagus dari baju itu””. Yusuf bin Abu Ishaq berkata dari bapaknya; “”Rambut beliau terjuntai hingga menyentuh pundak beliau””.”

“Telah bercerita kepada kami Al Hasan bin Manshur, Abu ‘Ali, telah bercerita kepada kami Hajjaj bin Muhammad Al A’war, di Mashishah telah bercerita kepada kami Syu’bah, dari Al Hakam berkata; aku mendengar Abu Juhaifah berkata; Pada suatu hari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada siang hari menuju Batha’, kemudian berwudu’, lalu beliau shalat Zhuhur dua raka’at dan ‘Ashar dua raka’at dan di hadapan beliau diletakkan tongkat’. Syu’bah berkata; dan ‘Aun, menambahkan dalam riwayat hadis ini dari bapaknya, Abu Juhaifah berkata; “”Saat itu lewat dari belakang tongkat tersebut seorang wanita, maka orang-orang pada berdiri lalu memegang tangan beliau, kemudian mengusapkannya pada wajah-wajah mereka””. Dia (Abu Juhaifah) berkata; “”Maka aku pegang tangan beliau lalu ku usapkan ke wajah ku yang ternyata tangan beliau itu lebih dingin dari pada salju dan lebih wangi dari pada minyak kasturi””.”

“Telah bercerita kepada kami Yahya bin Bukair, telah bercerita kepada kami Al Laits, dari ‘Uqail, dari Ibnu Syihab, dari ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah bin Ka’b, bahwasanya Abdullah bin Ka’b berkata, aku mendengar Ka’ab bin Malik, bercerita ketika dia tidak turut serta dalam perang Tabuk, katanya; “”Ketika aku memberi salam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wajah beliau bersinar kerana sangat gembira. Dan memang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bergembira tampak pada wajah beliau bagaikan di antara sinar rembulan dan kami mengenal ciri kegembiraan itu dari wajah beliau””.”

“Telah bercerita kepada kami Yahya bin Bukair, telah bercerita kepada kami Al Laits, dari Yunus, dari Ibnu Syihab berkata telah mengkhabarkan kepada ku ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah, dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dahulunya menyisir rambut beliau ke arah depan hingga kening sedangkan orang-orang musyrik menyisir rambutnya ke bahagian kiri-kanan kepala mereka, sementara itu Ahlul Kitab menyisir rambut mereka ke kening. Rupanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lebih suka bila bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Ahlul Kitab dalam perkara yang tidak ada perintahnya. Namun kemudian hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyisiri rambutnya ke arah kanan-kiri kepala beliau””.”

“Telah bercerita kepada kami ‘Abdan, dari Abu Hamzah, dari Al A’masy, dari Abu Wa’il, dari Masruq, dari ‘Abdullah bin “”Amru radliallahu ‘anhu berkata; “”Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah sekalipun berbicara kotor (keji) dan juga tidak pernah berbuat keji dan beliau bersabda: “”Sesungguhnya di antara orang yang terbaik dari kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya’.”

“Telah bercerita kepada kami Sulaiman bin Harb, telah bercerita kepada kami Hammad, dari Tsabit, dari Anas radliallahu ‘anhu berkata; “”Belum pernah aku menyentuh sutera dan tidak juga dibaj (jenis sutera lain) yang lebih lembut di banding telapak tangan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan belum pernah aku mencium suatu aroma sekalipun atau bau minyak wangi yang lebih wangi di banding aroma atau wangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam””.”

“Telah bercerita kepada kami Hafsh bin ‘Umar, telah bercerita kepada kami Syu’bah, dari Abu Ishaq, dari Al Bara’ bin ‘Azib radliallahu ‘anhuma berkata; “”Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang berdada bidang, jarak antara kedua bahunya agak panjang. Beliau mempunyai rambut hingga menyentuh ujung telinga. Dan aku pernah melihat beliau mengenakan baju merah dan tidak pernah kulihat ada yang lebih bagus dari baju itu””. Yusuf bin Abu Ishaq berkata dari bapaknya; “”Rambut beliau terjuntai hingga menyentuh pundak beliau””.”

 

******************

UiTO memerlukan sumbangan kewangan untuk membiayai laman web uito.org setiap tahun. Sekecil mana pun sumbangan kewangan yang sudi diinfaqkan amatlah dihargai dan diucapkan jazaakumullahu khayran. Infaq boleh disalurkan terus ke Vision Trade Network CIMB Islamic Bank Akaun No. 86-0069756-5.

@@@@@@@@@@@@@@

Komen dan Soalan