Utama Tazkirah Admin Jangan Jahil Mengenai Arak

Jangan Jahil Mengenai Arak

459
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 15 Muharram 1437H~

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”
[Surah al-Baqarah 219]

#Prof.Dr.Mahmud Yunus menukilkan dlm Tafsir Mahmud Yunus: “Jelaslah sebenarnya arak ada manfaatnya seperti memanaskan tubuh, menghilangkan dukacita dan sebagainya. Tetapi mudaratnya jauh lebih besar daripada manfaatnya kerana ia membahayakan kesihatan badan dan fikiran malah ia satu pembaziran”

#Dalam tulisan Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri bertajuk Hukum Berkaitan Arak membawa beberapa info yang wajib difikirkan:

1. Seorang doktor dari Jerman berkata: “Orang yang banyak meminum arak, jika umurnya 40 tahun, maka tubuh dan fikirannya seperti orang yang berumur 60 tahun”

2. Zarro Aga merupakan seorang peladang Turki berusia lebih 100 tahun namun kekuatan tubuh dan fikirannya seperti orang muda. Orang bertanya mengenai amalan di sebalik kesihatannya. Dia mengatakan bahawa dia tidak pernah minum arak sejak kecil.

3. Ramai para doktor bersepakat bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Ini seolah-olah mereka menerima keterangan al-Quran yang diturunkan sudah lebih 1300 tahun dahulu.

4. Dr.Umar Baqir Salih dalam kajiannya berkata: “Berkenaan arak dan kesan-kesannya, data statistik Badan Kesihatan Dunia (WHO) menjelaskan bahawa faktor-faktor kematian yang berpunca daripada pengambilan minuman keras dan hal-hal yang berkaitan arak, menduduki tangga teratas dalam rekod penyebab kematian di Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara lain”

#Sabda Nabi saw: “Semua minuman yang memabukkan itu ialah khamar dan setiap khamar itu haram” (HR Muslim dan Ahmad)

#Sabda Nabi saw lagi: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka janganlah dia bersama-sama dalam satu jamuan yang terdapat peminum arak” (HR Abu Dawud)

~Para ulamak sepakat bahawa HARAM duduk bersama-sama orang yang sedang minum arak dalam sesuatu majlis sekalipun dia tidak meminumnya.

♡Jauhi diri daripada segala larangan-larangan Allah swt moga-moga kita layak dinobatkan sebagai hamba yang soleh♡

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan