Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Terjemahan Harfiyyah dan I’rab – Surah Al-Fatihah (Ayat 6 dan 7)

Terjemahan Harfiyyah dan I’rab – Surah Al-Fatihah (Ayat 6 dan 7)

1105
0
Iklan

اهْدِنا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ ٦

Tunjukkan kami jalan yang lurus

Makna Harfiah
اِهْدِ : Tunjukkanlah
نا : Kami
الصِّرَاطَ : Jalan
المُسْتَقِيمَ : Lurus

I’rab:
اٌهـدِ : فعل تضرع والدعاء بلفظ الطلب مبني على حذف أخره – الياء حرف العلة ، والفاعل ضمير مستتر فيه وجوبا تقديره ” أنت ”
Kata kerja yang menunjukkan kerendahan hati ketika berdoa dengan menggunakan lafaz الطلب ( memohon ) atau dengan lafaz kata perintah فعل أمر dibina dengan membuang huruf akhir iaitu huruf ياء yang dikategorikan sebagai huruf i’llah ( huruf lemah ) dan pelaku perbuatan الفاعل ialah ganti nama bersambung ضمير متصل yang wajib ditaqdirkan kepada أَنْتَ

نا : ضمير متصل للمتكلمين مبني على السكون في محل نصب مفعول به أول لأن الفعل الثلاثي ” هدى ” يتعدى إلى مفعولين.
Naa : Ganti nama bersambung ضمير متصل bagi orang pertama yang menunjukkan ramai ( kami ) dibina dengan baris mati السكون berkedudukan nasab نصب sebagai objek مفعول به yang pertama kerana kata kerja tiga huruf iaitu هدى memuta’dikan dua objek مفعول به.

الصِّرَاطَ : مفعول به ثانٍ منصوب بالفعل ” هدى ” و علامة نصبه الفتحة الظاهرة في آخره وهو مضاف
Siraat : Objek yang kedua مفعول به ثان yang hukum i’rabnya mansub منصوب dan tanda nasabnya baris atas فتحة yang jelas diakhirnya dan ia berkedudukan mausuf موصوف ( sesuatu yang disifatkan )

المُسْتَقيمَ : صفة – تعت للموصوف ” الصراط ) منصوب مثله وعلامة نصبه الفتحة الظاهرة أخره
Al – Mustaqiima : Sifat kepada yang disifati iaitu الصراط hukum i’rabnya mansub منصوب sepertinya (sama seperti yang disifati iaitu الصراط dan tanda nasabnya baris atas فتحة yang jelas diakhirnya.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat ke atas mereka

Makna Harfiah:
صِرَاطَ : Jalan
الَّذِينَ : Orang2 yang
أَنْعَمْتَ : Engkau beri ni’mat
عَلَيهِمـ : Keatas mereka

I’RAB :
صِرَاطَ : بدل ( بدل كل من كل) من ” الصراط ” الأولى منصوب مثله وعلامة نصبه الفتح في آخره لأن البدل التوابع يتبع المبدل منه في حركاته وهو مضاف.

Sirotho : Kata susulan ( البدل ) dari kalimah ( الصراط ) yang pertama hukum i’rabnya mansub ( منصوب ) sepertinya iaitu الصراط yang pertama, tanda nasabnya baris atas فتحة diakhirnya kerana kata susulan mengikut baris perkataan yang disusuli ( المبدل منه ) iaitu الصراط , dan ia berkedudukan mudzof (مضاف )

الَّذِينَ : اسم موصول – جمع الذي – مبني على الفتح في محل جر مضاف إليه
Allaziina: Kata penghubung jamak kepada الَّذِي dibina dengan baris atas فتحة berkedudukan jar جر lantaran ianya mudzof ilaih مضاف إليه.

أَنْعَمتَ : فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير الرفع المتحرك – ضمير المخاطب سبحانه و التاء ضمير متصل مبني على الفتح في محل رفع فاعل و الجملة
( أنعمت عليهم ) صلة الموصول ” الذين ” لا محل لها من الإعراب.
An’ amta : Kata kerja yang menunjukkan masa lepas dibina dengan baris mati السكون kerana bersambung dengan ganti nama berkedudukan rofa’ yang berbaris : Ganti nama bagi yang dihadapkan bicara iaitu Allah سبحانه ,dan huruf التاء yang berbaris atas ialah ganti nama bersambung ضمير متصل dibina dengan baris atas berkedudukan rofa’ kerana ianya pelaku perbuatan الفاعل dan ayat ” أنعمت عليهم” adalah penghubung kepada isim mausul ( صلة الموصول ) iaitu الذين yang tiada tempat disudut i’rab.

عَلى : حرف جروكتبت بالياء لأن ألف المقصورة اتصل بها ضمير فصارت ياء مثل ” عليك أو إليك ”
A’laa: Huruf jar dan ditulis dengan huruf الياء kerana alif maqsurah ( ى ) diakhirnya bersambung dengan ganti nama ضمير maka jadilah huruf الياء seperti إليك atau عليك.

هِمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر بعلى والجر و المجرور ” عليهم ” متعلق بالفعل ” أنعم ” و أصل الهاء في ” هم ” الضم إلا إنها كسرت لمجاورتها ياء.
Him : Ganti nama bersambung ضمير متصل bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati سكون berkedudukan jar dengan على , jar dan yang dijarkan للجر و المجرور iaitu عليهم ada hubungan متعلق dengan kata kerja أنعم , pada asalnya huruf هاء berbaris atas ضمة kecuali bersebelahan dengannya huruf ياء maka ia berbaris bawah كسرة.

Wallahu’alam.

Komen dan Soalan