Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 86/131: Bumi Memuntahkan Khazanahnya (إخراج الأرض كنوزها )

TKK 86/131: Bumi Memuntahkan Khazanahnya (إخراج الأرض كنوزها )

742
0
Iklan

 

Dalil hadith:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«تقيء(1) الأرض أفلاذ كبدها أمثال الأسطوان من الذهب والفضة فيجيء القاتل فيقول :في هذا قتلت ويجيء القاطع فيقول:في هذا قطعت رحمي ويجيء السارق فيقول :في هذا قطعت يدي ثم يدعونه فلا يأخذون منه شيئا> رواه مسلم

 

Dari Abu Hurayra ra, bahawa Nabi saw bersabda, “bumi akan memuntahkan isi perutnya dari emas dan perak. Maka datanglah golongan pembunuh, “aku datang membunuh untuk mendapatkan yang ini. Datang golongan pemutus hubungan berkata, aku memutuskan hubungan kerana berebut harta ini. datang golongan pencuri, aku sanggup dipotong tangan kerana harta ini. Namun mereka meninggalkan harta tersebut tidak jadi mengambilnya.”

(HR Muslim)

Kata Dr al-Mubayyad, maksud bumi memuntahkan isi kandungan bermaksud ia cecair dan kemungkinan paling besar ialah petroleum.

Ia adalah hasil bumi paling berpengaruh dalam menentukan situasi ekonomi global.Minyak menjadi indeks utama dan antara penentu kepada pelbagai indikator bagi logam dan pasaran saham.

Penemuan minyak di arab saudi 1932 menjadikan ia komoditi terpenting di rantau tersebut dan kemudian menjadi bahan utama untuk revolusi industri khususnya otomotif.

Komen dan Soalan