Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 87/131: Terjadinya Fenomena Al-Masakh ( Perubahan Manusia )

TKK 87/131: Terjadinya Fenomena Al-Masakh ( Perubahan Manusia )

192
0
Iklan

Dalil hadith:

فعن عمران بن حصين رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«في هذه الأمة خسف ومسخ وقذف»فقال رجل من المسلمين :يا رسول الله ومتى ذلك ؟قال :«إذا ظهرت القيان والمعازف> رواة الترمذي وصححه الألباني في صحيح الجامع 4273

 

Dari Imraan bin Hushain ra, bahawa Nabi saw bersabda,”
“Di akhir zaman nanti akan ada (peristiwa) khasaf (di mana orang-orang ditenggelamkan ( ke dalam bumi ), fenomena masyakh ( dirubah rupanya ) dan Qazaf ( dilempari batu ),”lalu seorang laki-laki dari kalangan kaum muslimin bertanya, “Kapankah hal itu terjadi.” Beliau menjawab, “Ketika para penyanyi dan alat-alat musik telah bermunculan dan telah diminum minuman-minuman keras.”

( HR Termidzi , disahihkan oleh syaikh albani, sahihul Jaami’ no 4273 )

 

Fenomena berubahnya rupa manusia

Di sini ada dua pendapat , pendapat pertama , manusia akan berubah bentuk fizikal menjadi haiwan atau makhluk yang lain.

Dalil :


وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, ‘Jadilah kamu kera yang hina.’”

( Al-Quran Al-Baqarah 2: 65 )

 

Pendapat Pertama : Dari Ibn Abbas

Maka ada manusia diakhir zaman yang akan diubah menjadi kera atau haiwan yang lain.


Pendapat Kedua : Pendapat muridnya Mujahid dan Qatadah

Manusia akan diubah secara maknawi , batinnya menjadi haiwan yang buas.

( Tafsir Ibn Katsier , 1/151 )

 

Komen dan Soalan