Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Terjemahan Harfiah – Al-Fatihah

Terjemahan Harfiah – Al-Fatihah

872
0
Iklan

بسم الله
الباء : حرف جر و هو با ء الاستعانة.
اسم : اسم مجرور بالباء و علامة جره الكسرة الظاهرة على آخره وهو مضاف ‘ بسم ‘ في محل نصب محذوفة تقديره : أبدأ بسم الله. أو في محل رفع خبر مبتدأ محذوف تقديره : بدئي بسم الله. أو أبتدئ تلاوتي مستعينا باسم الله. و لفظ الجلالة : مضاف إليه مجرور للتعظيم و علامة جره الكيرة الظاهرة في آخره.

رحمن ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

الباء
huruf jar berfungsi istia’nah (dengan pertolongan Allah)
اسم
isim yang dimajrurkan dengan huruf jar باء dan tanda jarnya baris bawah كسرة yang jelas diakhirnya dan ianya sebagai mudzof مضاف . bismi itu syibhul jumlah ditempat nasab fi’il yang dibuang yang taqdirnya: saya mula memcaca dengan pertolongan allah. atau ditempat fofa’ khabar bagi mubtadak yang dibuang taqdirnya: bermulanya bacaan saya dengan بسم الله . atau saya mulakan bacaan saya dengan pertolongan Allah dengan namanya dan zatnya. lafz jalalah الله sebagai مضاف إليه majrur dan tanda jarnya baris bawah ﻛﺴﺮﺓ

الحمد لله رب العالمين
الحمد : segala pujian dan sanjungan
ل : hanya bagi / hanya untuk
الله –
رب – tuhan pentadbir
العالمين – sekelian alam

اعراب:
الحمد : اسم مرفوع على الابتداء و علامة رفعه الضمة.الظاهرة في آخره
isim marfu’ kerana di permulaan ayat ( mubtadak ) dan tanda rofa’nya ialah dzommah ( baris depan ) jelas di akhirnya.

لله – شبه الجملة ( لله ) في محل رفع بخبر المبتدأ أو لله خبر شبه الجملة
lillah itu ialah khobar syibhul jumlah bagi mubtadak الحمد
و اللام – ( لله ) تسمى لام التخصيص لأنها مختصة بالله عز وجل
dan huruf lam pada lafaz jalalah dinamai lam pengkhususan kerana segala puji adalah khusus bagi Allah عز وجل.

رب : صفة للفظ الجلالة أو بدل منه مجرور للتعظيم و علامة الجر الكسرة الظاهرة في آخره لأن الصفة تتبع الموصوف أو البدل يتبع المبدل منه و هو مضاف.
sifar bagi lafaz yang maha agung ( Allah ) atau boleh di kategorikan juga sebagai kata susulan hukumnya majrur ( baris bawah ) jelas di akhirnya oleh kerana sifat mengikut baris yang disifati atau kata susulan mengikut kata penyusul ianya pula berkedudukan sebagai mudzof ( sandaran )

العالمين : مضاف إليه مجرور بالإضافة وعلامة جره الياء لأنه جمع مذكر السالم و هو جمع ( عالم )
al a’lamiin berkedudukan sebagai mudzof ilaih ( yang disandarkan kepada rab رب العالمين ) majrurun dan alamat jarnya islah huruf ya di mana huruf sebelum ya iaitu mim berbaris kasroh ( bawah ) kerana العالمين itu ialah jamak muzakkar salim iaitu jamak kepada عالم. manakala huruf nun dihujungnya ganti kepada tanwin iaitu baris ketika isim mufrad.

الرحمن الرحيم
صفتان أخريان للموقوف ( الله ) لفظ الجلالة مجروران مثله للتعظيم و علامة جرهما الكسرة الظاهرة في آخرهما و جائت الصفتان للمدح

dua sifat bagi lafaz yang maha agung الله iaitu sifat yang kedua di mana pertamanya rab رب isim majrur dan tanda jar bagi kedua dua sifat itu الرحمن الرحيم dengan kasroh ( baris bawah ) yang jelas diakhir keduanya. Sifat ini adalah sebagai pujian dan sanjungan kepada الله yang mengurniakan nikmatnya yang tidak terhitung banyaknya. Al mufassirin berpendapat bahawa الرحمن yang bermaksud maha pemurah itu adalah bagi semua manusia sama ada beriman atau tidak , mau pun kufur dan munafik serta fasik semuanya dikurniakan Allah nikmatnya.
berbeza dengan الرحيم ianya khusus untuk orang Islam beriman dan bertaqwa sahaja.

ملك يوم الدين

ملك :
yang menguasai pemerintahan
يوم :
pada hari
الدين :
pembalasan ( hari akhirat )

اعراب :
ملك : صفة ثالثة للموصوف لفظ الجلالة ( الله ) و هذا النعت مجرور وهو مضاف .
sifat ketiga bagi lafaz jalalah iaitu ( الله ) dan sifat ini hukumnya majrur ( berbaris bawah ) dan ia berkedudukkan sebagai مضاف dan lafaz ملك adalah اسم فاعل yang disandarkan kepada يوم.

يوم : مضاف إليه مجرور بالكسرة
mudzofun ilaih hukumnya majrur oleh itu tanda jarnya berbaris bawah.

الدين : مضاف إليه ثاني مجرور و علامة جره الكسرة الظاهرة في آخره
mudzofun ilaih thani hukumnya majrur justeru tanda jarnya kadroh ( baris bawah ) yang jelas di akhirnya.

الصفة تتبع الموصوف و النعت يتبع المنعوت
sifat akan ikut mausuf pada semua keadaan
lafaz jalalah االله dlm surah fatihah berbaris kasroh maka sifatnya iaitu
رب
الرحمن
الرحيم
ملك
juga berbaris kasroh ( baris bawah )

mausuf ialah lafzu al jalalah الله dalam ayat pertama dan tanda اعراب nya berbaris bawah. Justeru kalimah :
رب ، الرحمن الرحيم ، ملك
adalah sifat turut berbaris bawah kerana sifat اعرلبnya mengikut mausuf.

إياك نعبد و إياك نستعين
إياك – hanya engkau
نعبد – kami sembah
و – dan
إياك – hanya engkau
نستعين – kami mohon pertolongan
( engkau dalam ayat ini ialah Allah )

إياك – ضمير متصل مبني على الفتحة في محل نصب مفعول به مقدم.للفعل ( نعبد )
dzomir muttasil dibina ( berbaris ) fathah pada kedudukkan nasab kerana
mafu’lum bih (yang dikenali perbuatan ) bagi kata kerja نعبد
mafu’lum bih didahulukan dari kata kerja.

نعبد – فغل مضارع مرفوع بالضمة الظاهرة على آخره لتجرد عن الناصب و الجازم و الفاعل ضمير مستتر تقديره ( نحن )
kata kerja sedang berlaku hukumnya marfu’ kerana ketiadaan amil nasab dan amil jazam dan tanda rafa’ nya dzimmad ( baris depan ) dan pelaku perbuatan adalah ganti nama tersembunyi yang ditaqdirkan kepada نحن (kami)

و – حرف عطف – huruf penyambung

إياك – sama seperti di atas
نستعين – معطوف بواو العطف
dihubungkan dengan waw a’taf . kata kerja sedang berlaku yang mana اعراب nya sama dengan نعبد

ayat ini secara ringkasnya adalah berkaitan dengan konsep aqidah. Beramal atau apa saja kegiatan hidup seharian mestilah berkonsepkan pengabdian diri kepada Allah sahaja tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Seterusnya apabila ditimpa musibah atau kita mempunyai apa apa keperluan, hanyalah kepada Allah kita bermunajat memohon pertolongan.

Wallahu’alam.

Komen dan Soalan