Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary Al-Syaikh Syuaib, Ahli Hadith Besar Zaman Kita

Al-Syaikh Syuaib, Ahli Hadith Besar Zaman Kita

320
0
Iklan

UiTO Kelas Hadith Dr.Fathi Al-Sakandary:

Oncall di surgical wad malam ini. Twitter notis muncul bahawa telah wafatnya al-Syaikh al-Muhaddith Syuaib al-Arnauth. Jiwa berasa sedih dan menangis sambil melakukan rondaan malam. Moga Allah mengampuni dan merahmati al-Syaikh Syuaib. Al-Syaikh Syuaib adalah salah seorang ahli hadith besar zaman kita, tahqiqan beliau atas manuskrip al-Karukhi Jami’ al-Tirmizi sering saya manfaatkan, tidak lupa Tahrir Taqrib al-Tahzib amat bermanfaat dalam amali kajian hadith saya. Al-Syaikh Syuaib adalah antara contoh ulama hadith yang awalnya aqidah bermazhab ‘Asyaerah namun kembali kepada mazhab Salaf dan Allah wafatkan beliau atas manhaj Salaf.

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

Komen dan Soalan