Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Apakah Itu Talaqqi, Khilaf, Ijma’ Dan Mujtahid?

Apakah Itu Talaqqi, Khilaf, Ijma’ Dan Mujtahid?

664
0
Iklan

Panel: Ustaz Azlizan Nueq

Dalam mazhab Malik, kalau sentuh dengan bernafsu, baru batal (Wudhuk).

Benar, mazhab syafie ketat dalam hal ini. Tapi dari segi dalil yang sampai kepada kita, sentuh lelaki dan perempuan walau bukan mahram tidak membatalkan wuduk.

Tapi haram sentuh, tetap haram. Kena bezakan hukum. Contohnya, lelaki pakai emas adalah haram. Tapi kalau pakai emas dalam solat, solat tetap sah. Allahu a’lam

Boleh sahaja pegang pendapat yang mengatakan sentuh lelaki perempuan batal wuduk. Kalau sentuh atau tersentuh, ambil semula wuduk 👍. Kerana ada dalil juga untuk pendapat ini. Dan keluar dari khilaf.

S1: Khilaf tu apa makna nya?

Perbezaan pendapat.

S2: Kalau ada beza pendapat, kita boleh ambil antara dua yang berbeza ke?

Kita sebagai manusia yang boleh mengkaji dan menilai hujah dan dalil, kena berusaha untuk memilih manakah pendapat dan hujah yang kuat berdasarkan dalil yang ada.
Tapi dalam masa yang sama, kalau ada yang berlainan pendapat dengan kita, kita terima dan jangan salahkan dia. Asalkan ada dalil.
Kerana untuk khilaf pun, kedua duanya kena ada dalil. Tapi pemahaman dalil berbeza antara satu sama lain. Dari dalil yang sama, boleh keluar beberapa pendapat.

Boleh fahamkah dengan penerangan ringkas ini?

S3: Atau sekejap kita guna pendapat pertama, sekejap kita guna pendapat kedua

J3: Kita pilih pendapat yang kuat. Tapi pegangan kita mungkin berubah dari masa ke semasa.

Ini biasa berlaku. Ulama pun ada bertukar pilihan mereka.

S4: Jadi asalkan kita tahu kenapa kita buat tu bersandarkan dalil, so kita boleh buat dan amal la, ini fahaman sy, correct me if I’m wrong

J4: Ini sudah memudahkan sangat. Kita pilih pendapat yang kuat hasil dari usaha kita mendapatkan fahaman.

Tapi kalau kita tahu ada pendapat yang lain, kita tidak cepat menuduh orang lain.

Sebagai contoh, kalau kita tidak amalkan qunut, tidaklah kita menghukum orang lain sebagai pengamal bidaah pula kalau mengamalkan qunut. Kita senang berlapang dada.

S5: Ok dalam situasi ni, boleh tak saya ambil macam ni, sekiranya saya tersentuh isteri sendiri, saya ambil whuduk balik sebelum solat, tapi bila saya tersentuh isteri sendiri sebelum tido, saya tak ambil whuduk dan saya masih beranggap saya ni dalam keadaan masih berwhuduk

J5: Pilih satu dan stick to it.

S6: Boleh kah saya pilih macam ni, saya pilih sekiranya bersentuh dengan isteri tak batal whuduk, tapi dalam hati ni berkata saya pilih macam ni pasal benda ni menyenangkan saya?

J6: Tidak. Kita bukan pilihan sesuatu pendapat ikut senang atau tidak.

Kita pilih ikut dalil dan hujah. Kalau pilih ikut senang, maka itu bukanlah caranya.

S7: Ok boleh tak situasi macam ni, saya pilih sentuh isteri tak batal because saya ada dengar kawan cakap, ada satu kisah nabi cium dahi Aishah ra lalu mengerjakan solat tanpa ambil whuduk baru, so bagi saya, saya ada dalil sentuh isteri tak batal whuduk

J7: Boleh. Ini dalil.

S8: So saya kena tahu lah kisah tu betul atau tidak, barulah saya boleh jadikan ianya dalil yang betul dan saya boleh pakai, janji dalil tu betul, betul ke pahaman saya ni?

J8: Benar. Begitulah usaha utk mencapai pendapat yang betul.

S9: Yang tak tahu sekarang, ijma’ dan dalil-dalil tafsili. Maaf banyak bertanya.

J9: Ijma adalah apabila sepakat semua ulama Mujtahid dalam sesuatu hukum agama.

Khilaf : Perbezaan pendapat.

Tafsili bermaksud khusus. Ada dalil khusus untuk sesuatu hukum.

Mujtahid adalah ulama yang layak buat ijtihad. Ijtihad pula adalah usaha untuk mencapai sesuatu hukum.

Tidak mengapa rasanya, kalau nak belajar, kami yang ada sedikit sebanyak ilmu ini sanggup membantu.

Istilah bahasa arab memang agak mengelirukan bagi pelajar baru. Lama lama boleh faham. Asalkan ada usaha.

Bacaan sebagai tambahan maklumat. Tetap kena pergi talaqqi di kelas pengajian.

Ada barokah apabila ke kelas pengajian. Boleh bertanya terus kalau tidak faham. Penjelasan secara lisan kadangkala lebih memberi kefahaman.

S10: Talaqqi tu apa?

Kelas di depan guru. Belajar di hadapan guru

S11: Sekiranya saya tengok live streaming tu dikira talaqqi ke?

Tidak pada saya. Kerana talaqqi dari laqiya, berjumpa. Tidak berani nak kata barokah sama macam ke kelas live.

Cuma kalau ada kekangan apa-apa, boleh lah sebagai alternatif.

S12: Adakah perbualan saya dengan Azlizan nueq ni dikira talaqqi juga? Pasal saya tak tahu saya tanya dan dia pun jawab

J12: Tidak. Ini bukan kelas. Ini sebagai penjelasan sahaja.

Apabila dalam kelas, penjelasan lebih teratur. Persoalan yang kita sedang lakukan ini adalah untuk menjelaskan mana-mana yang kurang faham setelah belajar di kelas pengajian. Tidak sama. Kerana takut ada kurang faham. Macam kata pepatah : Half a knowledge is very dangerous.

Komen dan Soalan