Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Hadis Aisyah RA Mengahwini Rasulullah SAW di Usia Muda

Hadis Aisyah RA Mengahwini Rasulullah SAW di Usia Muda

2230
0
Iklan

Kita dalam Bab Peringkat Ketiga Dakwah diluar Kota Mekah.

Hadis Aisyah RA Mengahwini Rasulullah Dalam Usia Muda

Selama 10 tahun berdakwah di Mekah, 6-7 kali (tolak 2 tahun boikot) musim haji Rasulullah SAW telah memanfaatkan musim haji bagi tujuan dakwah. Bolehlah dikatakan hampir seluruh kabilah arab diziarahi Rasulullah SAW.

Pada tahun ke 10 Baginda SAW buat kali pertama keluar dari Mekah.

Bab kronologi ni memang ada khilaf yang besar di kalangan ahli sirah. Kronologi dalam kitab Rahiiqul Makhtum bolehlah dikatakan kebanyakan ahli sirah menyusun peristiwa seperti dalam kitab ini. Dari kronologi ini Ruqayya dan Ummu Kalsum lahir ketika umur Rasulullah SAW 33 dan 34. Jika mereka dikahwinkan sebelum peristiwa di Bukit Safa katakan Rasulullah SAW berumur 42. Berapakah umur Ruqayyah dan Umm Kalsum ketika bernikah?

Begitulah yang diriwayatkan oleh ahli sirah kurang 10 tahun. Bernikah sebelum berumur 10 tahun.

Adakah benar usia Aisyah RA 6 tahun ketika dinikahi Nabi SAW, dan rumah tangganya dibina pada usianya 9 tahun? Kerana ada beberapa pihak yang menyangkal fakta ini dan mengatakan usia Aisyah RA sebenarnya sudah dewasa 16 tahun. Hujah yang diberi (berdasarkan mesej pesanan ringkas yang diterima):

Hujah Pertama – Bertentangan dengan fitrah manusia

Hujah Kedua – Bertentangan dengan akal yang waras

Hujah Ketiga – Tiada contoh ditemui di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat – Riwayat Ini bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini diriwayatkan oleh Hisham selepas fikirannya bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq yang menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah RA masih ingat Ayat Al-Quran yang diturunkan di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah RA masih ingat dengan jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar RA ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah RA mengelap luka dan hingus Usamah Bin Zaid RA yang dikatakan sebaya dengannya.

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah RA turut serta di dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah RA menyertai Perang Uhud sedangkan kanak-kanak lelaki berumur Empat Belas Tahun tidak dibenarkan menyertai perang.

Hujah Ke-12 – Aishah RA lebih muda 10 Tahun dari kakaknya Asma, dan semasa Peristiwa Hijrah Asma RA berumur 27 atau 28 tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari mengatakan Aishah RA lahir di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah RA adalah antara orang-orang yang terawal memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar RA bercadang mengahwinkan Aishah RA sebelum berhijrah ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah RA disebut sebagai gadis dan bukan kanak-kanak semasa dicadangkan untuk bernikah dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW tidak tinggal bersama Aishah RA kerana masalah mendapatkan mahar, bukan kerana umur Aishah yang terlalu muda

Hujah Ke-18 – Hadis yang mensyaratkan mendapat persetujuan seorang gadis sebelum dikahwinkan memerlukan gadis tersebut telah cukup umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan luar biasa Aishah RA mengingati syair yang biasa disebut di zaman Jahiliyah membuktikan beliau lahir di zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran dalam Sastera, Ilmu Salasilah dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan mendapatkan anak dan naluri keibuan tidak mungkin timbul dari kanak-kanak bawah umur.

Hujah Ke-22- Aishah RA sebagai Ibu Angkat kepada Bashar RA yang berumur tujuh tahun selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah perkahwinan gadis bawah umur di Tanah Arab dan dalam masyarakat bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) umat dalam amalan.

Bagi yang mencurigai fakta ini perlu diingati bahawa Aisyah RA sendiri yang menceritakan perihal umurnya ketika berkahwin dengan Nabi SAW iaitu ketika usianya 6 tahun, kemudian membina rumah tangganya ketika usianya 9 tahun, dan wafatnya Nabi SAW ketika usianya 18 tahun. Siapa lebih arif dari empunya kisah yang tiada keraguan pada sanad dan matannya?? Bukan Aisyah RA sahaja yang mebuat kenyataan ini, malah pihak lain dari kalangan sahabat lain seperti Ibn Mas’ud RA (al-Tabraniy), Khaulah bin Hakim RA (Ahmad) ada menceritakan perkara yang sama dengan Aisyah RA.

Kenyataan Aisyah RA ini direkodkan dari sumber paling sahih nilainya iaitu Sahih al-Bukhariy dan Sahih Muslim menerusi jalan-jalan riwayat yang paling kuat selain dari banyak lagi sumber rekod hadith yang panjang untuk disenaraikan. Manakala kenyataan pihak lain pula ada direkodkan dalam sumber-sumber lain seperti Musnad Ahmad, al-Tabraniy.

Hadith Aisyah RA tersebut diriwayatkan menerusi jalan Hisyam bin ‘Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah RA. ’Urwah bin al-Zubayr merupakan antara orang yang paling arif dengan Aisyah RA kerana beliau merupakan ahli keluarganya yang terapat iaitu anak saudaranya. Ibunya Asma’ binti Abu Bakr merupakan kakak ‘Aisyah RA. Manakala Hisyam bin ‘Urwah pula merupakan orang yang paling arif dengan hadith bapanya sehinggakan hadith tersebut disebutkan oleh al-Humaydiy dalam Musnadnya sebagai riwayatnya yang paling baik dari ayahnya dari Aisyah RA.

Dakwaan kononnya salah seorang periwayat hadith Aisyah RA tersebut iaitu Hisyam bin ‘Urwah berseorangan (tafarrud) dalam meriwayatkannya dari ayahnya ‘Urwah bin al-Zubayr, dan tidak diriwayatkan darinya melainkan perawi-perawi ‘Iraq yang pada riwayat mereka kritikan adalah tidak benar, malah ramai lagi perawi-perawi berkredibiliti tinggi termasuk dari kalangan ahli Madinah yang meriwayatkannya dari ‘Urwah selain dari Hisyam seperti: al-Zuhriy, begitu juga riwayat ‘Urwah bin al-Zubayr disokong oleh ramai perawi-perawi lain seperti: al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman, al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr, al-Aswad bi Yazid, dan lain-lain.

Antara hujah yang digunakan mereka yang mengesyaki hadith ini ialah dakwaan Ibn al-Qattan al-Fasiy yang mengatakan Hisyam bin ‘Urwah berubah serta bercelaru ingatannya pada akhir usianya (mukhtalit). Dakwaan ini telah disangkal oleh al-Dzahabiy melalui katanya dalam al-Mizan: “Hisyam bin’ Urwah merupakan salah seorang cendekiawan dan imam yang menjadi hujah, akan tetapi pada usia tuanya ingatannya berkurangan, namun tidak pernah ingatannya bercelaru. Tiada nilainya kata Abu al-Hasan bin al-Qattan (al-Fasiy) bahawa beliau dan Suhayl bin Abi Salih berubah dan bercelaru ingatannya. Ya, ingatan lelaki tersebut (Hisyam) memang ada sedikit perubahan, bukan seperti usia mudanya, lalu dia terlupa sedikit hafalannya atau melakukan sedikit kesilapan.

So what?? Adakah beliau maksum dari sikap lupa manusia? Ketika beliau datang ke ‘Iraq pada akhir hayatnya beliau meriwayatkan hadith yang banyak dengan kesilapan kecil sahaja, hal sebegitu berlaku juga kepada Malik (bin Anas), Syu’bah (bin al-Hajjaj), Waki’ (bin al-Jarrah), dan lain-lain dari kalangan yang sangat dipercayai (thiqat), Hisyam adalah syeikh al-Islam”.
Hadith tersebut tidak pernah diingkari oleh para ilmuwan terdahulu, bahkan ilmuwan-ilmuwan hadith yang kepakarannya dalam ilmu ‘Ilal al-Hadith (kecacatan hadith) sendiri termasuk al-Darqutniy yang mengarang karya al-Tatabbu’ dalam mengkritik beberapa hadith Sahihayn pun tidak mengkritik riwayat ini, hinggalah akhir-akhir ini yang timbul mereka yang curiga dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti sumber tertinggi dalam Islam, atau berasa tertekan dengan tohman-tohmahan musuh-musuh Islam sehingga berusaha menegakkan benang yang basah dengan mencabul dua kitab paling sahih selepas al-Qur’an, atau cuba menimpulkan prasangka terhadap Aisyah RA bahawa seolah-olah beliau tidak ingat dengan tarikh perkahwinan dirinya sendiri!

Anak saudara Aisyah RA: ‘Urwah bin al-Zubay

Perawi hadith ini sendiri yang mendengar langsung darinya tidak pula mengingkari kenyataan makciknya Aisyah RA, bahkan tidak pula dari kalangan isteri-isteri baginda lain atau para sahabat lain dan generasi seterusnya yang menyangkal kenyataan Aisyah RA tersebut!

Ada yang cuba mengatakan kisah ini bukan hadith Nabi SAW. Tidakkah mereka sedar yang ianya diriwayatkan oleh Aisyah RA sendiri mengenai kehidupan suaminya Muhammad SAW yang disandarkan secara langsung terhadap baginda SAW menerusi sumber-sumber rekod hadith yang sahih, dan baginda SAW pula tidak dinukilkan mengingkari fakta isterinya ini??. Maka hukumnya tentulah marfu’! Apakah ini bukan hadith??

Ada juga yang menimbulkan faktor umur Aisyah RA dan perbezaan umurnya dengan kakaknya Asma’ sebagai bukti Aisyah sudah besar ketika bernikah dengan Nabi SAW. Aisyah RA lahir 4 atau 5 tahun selepas kenabian sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar dalam karya biografi sahabat yang paling baik iaitu al-Isabah. Manakala kakaknya Asma’ RA sebagaimana yang disebutkan oleh Abu Nu’aym dalam Mu’jam al-Sahabah dilahirkan 10 tahun sebelum kenabian. Riwayat-riwayat yang mengatakan perbezaan umur mereka berdua ialah 10 tahun tidak lepas dari kritikan yang menjejaskan keabsahannya. Kerana ia datang dari jalan ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad yang dinilai lemah oleh ramai para pengkritik hadith sehingga Ahmad menilai hadithnya sebagai bercanggah (mudhtarib al-hadith). Beliau bersendirian dalam meriwayatkan kisah ini, bahkan beliau bukan dari kalangan mereka yang mendengar langsung dari Aisyah RA, maka sanadnya terputus. Riwayat-riwayat hadith Aisyah RA tentang umurnya bercanggah dengan riwayat Ibn Abi al-Zinad ini yang mana dari segi kuantitinya tertolak riwayat perseorangan beliau.

Dalam riwayat Ibn ‘Abd al-Bar beliau menambah perkataan: “lebih kurang” selepas menyebut perbezaan 10 tahun yang menunjukkan beliau tidak pasti akan perbezaan umur sebenar mereka. Andainya riwayat tersebut benar sekalipun, barangkali berdasarkan perselisihan terhadap isu tempoh Nabi SAW menetap di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Al-Dzhahabiy dalam Siyar mengatakan perbezaan umur mereka berdua dalam belasan tahun (bidh’ dalam bahasa arab menunjukkan bilangan 3-10). Justeru perbezaan umur mereka berdasarkan riwayat Abu Nu’aym dan Ibn Hajar sekitar 14 atau 15 tahun yang menjadi penanda aras bahawa sememangnya umur Aisyah RA sebelum berhijrah iaitu ketika dinikahi Nabi SAW ialah 6 tahun. Dan umur Aisyah tatkala berhijrah dan seterusnya hidup berumah tangga dengan nabi SAW pada tahun ke-2 hijrah ialah 8 atau 9 tahun.

Fakta ini bertepatan dengan kenyataan Aisyah RA sendiri seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dan bertepatan dengan fakta bahawa usianya mencecah 18 tahun tatkala kewafatan baginda SAW yang berlaku sekitar 10 tahun selepas mereka berumah tangga.

Begitu juga bertepatan dengan fakta yang menyebut bahawa Aisyah RA wafat ketika berumur 63 tahun iaitu pada tahun 57 hijrah. Maka umurnya sebelum berhijrah ke Madinah sekitar 6 tahun.

Ada juga yang mengatakan bahawa Aisyah RA merupakan antara yang terawal memeluk Islam sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah. Namun tiada teks seumpama ini yang saya jumpai pada kitab beliau. Yang wujud hanya nama Khadijah RA yang merupakan wanita terawal memeluk Islam.

Antara bukti “kekanakan” Aisyah RA ketika perkahwinannya sebagaimana yang direkodkan oleh Abu Dawud tatkala di akhir-akhir usia baginda SAW iaitu selepas pulang dari peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun ke-9 atau peperangan Khaybar yang berlaku pada tahun ke-7 hijrah baginda SAW mendapati Aisyah RA sedang bermain-main bersama anak-anak patungnya dengan mainan kuda bersayap, lalu mereka bergurau senda hingga Nabi SAW tertawa. Kisah ini bertepatan dengan usia remaja Aisyah ketika itu yang menjangkau belasan tahun (sekitar 14 atau 16 tahun) iaitu beberapa tahun sebelum kewafatan Nabi SAW.

Bahkan menurut riwayat Aisyah RA dalam al-Bukhariy dan Muslim sendiri ketika menceritakan perihal permulaan rumah tangganya dengan Nabi SAW bahawa Um al-Ruman datang padanya ketika beliau berusia 9 tahun sedang bermain-main di buaian. Masakan seorang yang berumur lebih 20an atau hampir usia tersebut pada zaman tersebut masih gemar bermain-main dengan anak-anak patung atau buaian??

Isu umur Aisyah RA ini hakikatnya langsung tidak bertentangan dengan fitrah mahupun akal yang waras! Bukan suatu yang pelik Nabi SAW berumah tangga dengan Aisyah RA ketika usianya 9 tahun kerana umur wanita yang baligh berbeza antara satu dan lain, antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Dikatakan di lokasi-lokasi yang panas para wanitanya cepat baligh berbeza dengan perempuan yang hidup di lokasi sejuk yang melambatkan proses balighnya.

Makkah negeri kelahiran Aisyah RA merupakan kawasan yang panas. Begitu juga Madinah yang setengah dari satu tahun bercuaca panas.

Kata Aisyah RA sebagaimana yang direkodkan oleh al-Tirmidziy: “Jika seorang perempuan itu telah mencecah usia sembilan maka dia adalah wanita dewasa”. Tidak dinafikan konteks kata-kata Aisyah RA tersebut dibuat berdasarkan persekitarannya yang mana kaum perempuannya cepat mencapai usia baligh. Maka umur 9 tahun yang sudah baligh ketika itu dianggap sebagai dewasa!

Begitu juga dengan kata-kata imam al-Syafi’iy dalam Siyar al-Dzahabiy dan Sunan al-Bayhaqiy yang mendapati ramai wanita-wanita di Yaman yang telah haid (baligh) ketika usia mereka sembilan. Pada halaman lain dalam Sunan al-Bayhaqiy kata al-Syafi’iy lagi: “Aku pernah melihat di negeri San’a’ (Yaman) nenek yang berusia 21 tahun!” Negara Yaman tidak terlalu jauh lokasinya dengan Madinah atau Makkah yang berada di kepulauan Arab yang sama.

Antara bukti perkahwinan Nabi SAW dengan Aisyah RA pada usia yang sangat muda bukan sesuatu yang ganjil pada masyarakat Arab pada zaman tersebut, tidak pernah kedengaran musuh-musuh baginda dari kalangan musyrikin atau kaum Yahudi dan lain-lain disebalik pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap baginda SAW seperti “penyihir”, “pendusta” dan seumpamanya, mengkritik perkahwinan baginda SAW dengan Aisyah RA…Ia merupakan bukti tradisi masyarakat di sana pada zaman tersebut untuk mengkahwini kaum perempuan tatkala mereka sudah mencecah usia baligh walaupun muda, selain beberapa athar yang menunjukkan bahawa sebahagian para sahabat Nabi SAW seperti yang diriwayatkan dari ‘Umar RA,’Aliy RA, al-Zubayr RA yang menunjukkan berlakunya perkahwinan pada zaman tersebut pada usia yang sangat muda. Direkodkan oleh: ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, Sa’id bin Mansur dalam Sunannya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan lain-lain.

Barangkali ada yang mengatakan kecerdasan yang ditunjukkan Aisyah RA dan ingatannya yang luar biasa ketika itu menunjukkan beliau bukan sangat muda saat bernikah. Ini bukan suatu yang boleh dijadikan hujah. Antara hikmah Nabi memilih Aisyah RA sebagaimana yang disebutkan oleh beberapa ilmuwan ialah kebijaksanaan luar biasa yang ditunjukkan Aisyah RA walaupun ketika masih kecil usianya. Hasilnya beliau menjadi antara sahabat yang paling banyak hadithnya dan paling faqih dalam urusan agama sehingga menjadi rujukan ramai para sahabat..!

Barangkali ada juga yang aneh dengan riwayat-riwayat dari Aisyah RA yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang mana ketika itu beliau masih sangat kecil. Ini bukan sesuatu yang ganjil di kalangan sahabat kerana mereka saling meriwayatkan antara satu sama lain. Dalam suatu kisah yang diriwayatkan oleh al-Bukhariy: ‘Umar bin al-Khattab RA saling bergilir hari dengan jirannya dari kalangan al-Ansar untuk mendampingi majlis Nabi SAW mendengar hadith-hadith baginda (disebabkan faktor pekerjaan dan urusan kehidupan harian). Hari yang giliran ‘Umar turun beliau akan memberitahu pada jirannya apa yang didengarinya pada hari tersebut dari Nabi SAW, begitu jualah yang dilakukan oleh jirannya kepada ‘Umar RA.

Apapun segala hujah, persoalan, kecurigaan, syubhat dan seumpamanya tidak boleh dibanding dengan nilai kenyataan tuan punya kisah sendiri: Aisyah RA yang tiada kecurigaan dan syak berkenaan keabsahannya!

Wallahu a’lam…

وما توفيقي إلا بالله…

#QAUstazKamilin

#ManahijMuhaddithin

#rahiqulmaktum#sirahperjalananinsanagung#ustazazrilismail

 

Komen dan Soalan