Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 78

Nota Fiqh Wanita 78

411
0
Iklan

#syafni

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Sebut pasal kucing ni. Kalau kucing peliharaan kita ni selalu bergaul dgn anjing. Dan sukar d kawal. Adakah perlu disamak kalau dia masuk rumah?

Jawapan 1 Thtl

Kucing selalu bergaul dgn anjing
Apa yg ghaib bagi kita tidak perlu diselidiki. Juga berdasarkan kaedah feqah, “Hukum itu berlaku berdasarkan illatnya (sebabnya) ada atau tiada.” Maka jika anda ingin menyamak kucing kena lihat adakah anjing liar yg menjilatnya. Lagipun kucing akan membersihkan bulunya sendiri (Ref: al-Syawkani, Irsyad al Fuhul, 226)

 

 

Soalan 2

Kenalan saya seorang runner utk masuk test kereta ke puspakom, ke jpj…Ada kes kereta tersebut menyalahi undang2 dan pemilik kereta tersebut deal dengan penguatkuasa puspakom untuk membayar sejumlah wang bagi tujuan nak lulus test tersebut (rasuah)…dan upah kenalan saya (runner) untuk membawa kereta itu masuk test…adakah runner dikira bersubahat dan duit upah tu dikira rasuah jugak?

Jawapan 2 Thtl

Rasuah
rasuah/risuah adalah kabair atau dosa besar. orang yg tahu maka sudah tentu dia bersyubahat.

 

 

Soalan 3

a) Orang yang keja makan gaji kena punch in punch out. Apakah hukum kalau kita tolong orang untuk punch card sebab dia datang lambat?

Jawapan 3(a)Thtl

Punch utk org
dosala…dosa itu apa yg jiwa kamu resah bila melakukannya. masa briefing dan majlis induksi kakitangan baru, semua dah brief akan ruling ini, ia serious offence dan menggagalkan sistem majikan

b)Kita datang ofis untuk punch card sebab time untuk punch beberapa minit nak merah, kemudian keluar semula untuk hantar anak. Ketika balik semula ke tempat kerja , waktu kerja sudah bermula. Bolehkah kita ganti balik masa dengan lewatkan waktu balik ikut berapa minit yang kita dah amik pagi tadi?

Jawapan 3(b)

Kes punch card tu kena kasi tau boss, kad merah tak apa, asalkan balik lewat sikit

 

 

Soalan 4

Tentang tahlil arwah. Benarkah tahlil arwah satu upacara memuja?Mohon pencerahan.

Jawapan 4 Thtl

Tahlil arwah pemujaan?
Ya, ia sejenis pooja. dulu namanya adalah “selamatan arwah” atau pooja arwah. arwah tidak senang jika rumahnya sunyi dan jika tidak ada upacara jamuan makan. Maka sebagai pemujaan kpd ruh si mati, maka diadakan kenduri arwah tsb. Bila Islam datang ke nusantara, maka pengisian pooja itu diganti dgn zikir dan tahlil, yapi konsep jamuan itu masih kekal.
ini tidak baik kerana dalam kesedihan,keluarga si mati terpaksa pula berpenat lelah utk memasak kpd pak lebai dan org kampungnya

 

 

Soalan 5

Betulkah apa sahaja usaha anak2 akan diterima arwah. Contoh membaca al Quran, bersedekah dan buat majlis jamuan? Majlis jamuan itu ahli keluarga tidak war2 kan ia ‘jamuan arwah,’ tapi disalah tafsir oleh jemaah yang datang. Jamuan mengunakan wang sumbangan dari orang yang datang menziarah. Apa pendapat syeikh?

Jawapan 5 Thtl

Jamuan sempena kematian
pelik juga kenapa perlu ada jamuan maka kerana kematian…seolah-olah bersyukur sangat dia dah mati…itu cuma budaya lama. kita generasi baru rasa amat bersalah kalau langgar adat. itu je. kalau org zalim mati, logik juga buat kenduri…
Kalau ikhlas nak buat jamuan, sedekah lembu seekor dekat maahad tahfiz

 

 

Soalan 6

Bolehkah anak2 sedekah bahan makanan kepada golongan yang memerlukan di atas nama arwah ibubapa?

Jawapan 6 Thtl

Sedekah atas nama si mayyat
boleh kerana anak adalah hasil usaha si mati. anak soleh ni bukan lahir camtu je, mesti ada usaha dari si mati kasi pelajaran dan contoh teladan, cuma kalau boleh cari yg jenis jariah yg kekal. cthnya derma water filter kat maahd tahfiz, kat rumah anak yatim…
namun, kena ingat sokmo, bila anak adam mati, maka putuslah amalannya. pastikan kita buat semasa hidup, jgn harap sangat org derma masa kita mati. budaya subsidi dan derma ni dah sinonim dgn mentaliti melayu hidup pun nak BRIM, mati pun masih harapkan subsidi pahala orang.

 

 

Soalan 7

Persoalan mengenai niat bulan ramadan…sepertimana yg diketahui bahawa boleh berniat puasa sebulan penuh/niat sekali sahaja untuk sebulan puasa… bagi wanita yang tiba2 uzur masih sah kah niat puasa sebulan penuh tu…mohon pencerahan…

Jawapan 7 Thtl

Niat puasa Ramadhan sebulan atau tiap2 malam,
Khilaf, mazhab jumhur,setiap malam, dikiaskan dgn solat, kena niat setiap waktu maliki, boleh kerana Ramadhan mmg sebulan.
diajukan kpd Ibn Uthaimin akan khilaf ini, beliau memilih pendapat Maliki:
“Cukup dalam seluruh bulan Ramadhan kita berniat sekali di awal bulan, karena walaupun seseorang tidak berniat puasa setiap hari pada malam harinya, semua itu sudah masuk dalam niatnya di awal bulan. Tetapi jika puasanya terputus di tengah bulan, baik karena bepergian, sakit dan sebagainya, maka dia harus berniat lagi, karena dia telah memutus bulan Ramadhan itu dengan meninggakan puasa karena perjalanan, sakit dan sebagainya.” Fatawa Arkanul Islam)

 

 

Soalan 8

Bagaimana kita mendidik anak dan keluarga kita agar selalu memberi sedakah pada orang yang lebih susah dari kita dan apakah kita perlu berniat sebelum bersedakah ?

Jawapan 8 Thtl

Biar anak lihat…qudwah. niat perlu dlm setiap amalan…
إنما الأعمل بالنية

 

 

Soalan 9

Apa hukum bila suami memanggil isterinya,tapi isterinya buat tak tahu je.?

Jawapan 9 Thtl

Jatuh hukum nusyuz

 

 

Soalan 10

Apa hukumnya sekiranya suami meningalkan isteri nya dan juga anak2 nya tanpa sebab dan tidak memberi nafkah bertahun2. Selama bersama istri yang bekerja menanggung perbelanjaan kelurga masa bersama dan juga sekarang sedangkan suami berada di kampung yang berdekatan saja…

Jawapan 10 Thtl

Jatuh talak 1…4 bulan je ikut lafaz taklik

 

 

Soalan 11

Shahihkah? Apabila Allah menghendaki kebaikan kpd hambaNya, maka Dia memberinya madu…maksud Allah membukakan taufik baginya utk beramal saleh menjelang matinya, sehingga org keliling meredhai dia…
Ada riwayat mengatakan dr Aisyah ra jika Allah nak kebaikan seseorang maka sethn before meninggal akan, Allah titahkan malaikat utk bimbing ke jln yg diredhaiNya

Jawapan 11 Thtl

Beri madu tu palsu…yg sahih madu ganti dgn faqih akan agama

 

 

 

IMG_20160418_115934

Soalan 12

Khutbah di atas ni sahihkah?

Jawapan 12 Thtl

Sahih…khutbah haji widak

Komen dan Soalan