Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Wudhuk Bantu Mengurangkan Dosa

Wudhuk Bantu Mengurangkan Dosa

119
0

129. Ketigabelas: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jikalau seseorang hamba muslim ataupun mu’min berwudhu’, kemudian ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu setiap kesalahan yang dilihat olehnya dengan menggunakan kedua matanya bersama dengan air atau bersama dengan titisan air yang terakhir. Selanjutnya apabila ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari kedua tangannya itu semua kesalahan yang diambil – dilakukan – oleh kedua tangannya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir. Kemudian apabila ia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dijalani oleh kedua kakinya itu bersama dengan air atau bersama dengan titisan air yang terakhir, sehingga keluarlah orang tersebut dalam keadaan bersih dari semua dosa.” (Riwayat Muslim)

?Keutamaan wudhu’ dan membiasakan diri melakukannya merupakan saranan untuk mendapat pengampunan dosa.

?Setiap anggota badan bisa berbuat maksiat. Maksiat mata adalah memandang, maksiat tangan berupa pukulan atau pencurian dan seterusnya. Oleh itu, dosa akan mengikuti setiap anggota badan yang melakukannya, dan ia akan keluar dari tiap-tiap anggota badan itu.

«129» الثالث عشر: عَنْهُ: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا تَوَضَّأ العَبْدُ المُسْلِمُ، أَو المُؤمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَينهِ مَعَ المَاءِ، أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ المَاءِ، فَإِذا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيهِ كُلُّ خَطِيئَة كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ المَاءِ، أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ المَاءِ، فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مشتها رِجْلاَهُ مَعَ المَاء أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ المَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوبِ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: فضل الوضوء، وأنه يمحو خطايا الجوارح ويكفر الذنوب

Komen dan Soalan