Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Larangan Bermegah Memperindahkan Rumah

Larangan Bermegah Memperindahkan Rumah

868
0
Iklan

Tanda Kiamat Kecil Ke-53
Rumah-rumah Yang Indah
(زخرفة البيوت و تزيينها)

Tanda Kiamat kecil yang ke-53 ialah munculnya fenomena membina rumah yang besar dan indah di akhir zaman.

Maksud rumah-rumah yang indah ialah hidup mewah, berlebih-lebihan, berbangga- bangga dan takbur dengan rumah-rumah mereka. Amalan hidup lavish ini dicela oleh AQ.

ولا تسرفوا انه لا يحب المسرفين

“Janganlah kamu berlebih-lebihan, kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan” AQ 6: 141

Berlebihanan yang dimaksudkan ialah berlebihan dalam membina rumah dan menghiasi serta berbangga dengannya.

Dalil hadith:

عن ابي هريرة رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال”:« لا تقوم الساحتى حتى يبني الناس بيوتا يوشونها وشيء المراحيل

“Dari Abu Hurayrah, “sabda baginda saw,” tidak terjadi nya Kiamat sehingga muncul fenomena manusia membina rumah yang mereka hiaskan laksana mereka menghias baju.” HR Bukhari dlm Adabul Mufrad , no 279, sahih al-Albani.

Syarah:
Kalau anda berjalan baik dikampung sekali pun, anda akan lihat banyak banglo-banglo yang cantik dan hiasan dalaman yang indah dengan pelbagai hiasan dan perabut yang diimpot.

Hukum: Membina rumah besar, cantik dan mewah bukanlah haram tapi yang dilarang dalam agama ialah berlebihan, rumah juta jutaan, membazir harta dan berbangga dengan rumah-rumah mereka.
Tetapi di zaman kita sudah sampai ketahap yang dimaksudkan. ♻️

Ralat hadith:

لا تقوم الساعة حتى يبني الناس بيوتا يوشونها وشي المراحيل ” .
رواه البخاري في ” الأدب المفرد ” ( رقم 777 ) : حدثنا إبراهيم بن المنذر قال :حدثنا ابن أبي فديك عن عبد الله بن أبي يحيى عن سعيد بن أبي هند عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Dari Abu Hurayrah, “sabda baginda saw,” tidak terjadi nya Kiamat sehingga muncul fenomena manusia membina rumah yang mereka hiaskan laksana mereka menghias baju.” HR Bukhari dalam Adabul Mufrad , no 279, sahih al-Albani.

Komen dan Soalan