Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 68 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 68 (Umum)

200
0
Iklan

#NourelChinta

S & J Fiqh Wanita UiTO

 

Soalan 1

a) Kalau menghadiri rumah si mati tapi tak sempat atau tak berpeluang nak tengok jenazah macam mana ?

Jawapan  Thtl

Tak sempat tengok jenazah.
Tengok jenazah bukan wajib, cuma uruf sahaja. yg penting boleh solat jenazah. kalau solat pun missed, solat di kubur.

b) Betul ke syeikh boleh solat di perkuburan?

Jawapan Thtl

Solat jenazah dikubur
dalil:

Ibnu Abbas ra menceritakan bila Nabi saw dapat tahu siak mesjid nabawi meninggal dunia dan dikuburkan tanpa pengetahuan baginda,

فأتى قبره، فصلى عليه، قال: فأمّنا،وصفّنا خلفه، وأنا فيهم، وكبّر أربعا
Lalu beliau mendatangi kuburannya, dan mensalatinya. Kami menjadi makmum dan membentuk shaf di belakang beliau. Saya termasuk diantara mereka dan beliau bertakbir 3 kali.
(HR. Ibn Majah 1530, al-Baihaqi dalam as-Sunan, dan dishahihkan al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil).

Jika terlepas solat jenazah.

 

 

Soalan 2

Apakah hukum makan pil perancang pd bulan puasa agar dpt tunaikan puasa 30 hari ?

Jawapan 2 Thtl

Lawan fitrah dan berlawanan dgn amalan wanita salaf.

 

 

Soalan 3

kalau kasut kita di gigit anjing perlu ke kita sertu kasut tersebut?

Jawapan 3 Thtl

Kasut digigit anjing
lihat anjing apa, kalau anjing liar, maka kena sertu. anjing domestik/jinak/terlatih/perburuan, tak yah. basuh dgn dettol, antiseptik je

 

 

Soalan 4

Boleh terangkan lagi detail apa dimaksudkan istidraj?

Jawapan 4 Thtl

Istidraj=nikmat dan kesenangan sementara bagi orang yg menjauh dr Allah sebagai azab baginya supaya dia tidak mahu bertawbat
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan. (Ali ‘Imran: 178)

kaya dan nikmat bg org mukmin, membawa ia dekat kpd Allah, dapat gi haji dan umrah, bersedekah
kaya dan nikmat ng org yg kufur membawa semakin jauh dari Allah dan mereka berbelanja kpd kemungkaran dan pembaziran.

 

 

Soalan 5

Bagaimana hendak kuatkan hati,kuatkn iman dalam beribadah,
mengawal emosi,penyabar dalam segala hal?

Jawapan 5 Thtl

Dapatkan suami yg beragama, boleh mendidik, ajar AQ, ajar tafsir AQ, ajar sunnah.

 

 

Soalan 6

Kalau kita habis bacaan doa qunut. Sunat atau wajib ke tangan diraup ke wajah?
Ada yang mengatakan tidak perlu meraup tangan ke wajah sehabis bacaan qunut tersebut.

Jawapan 6 Thtl

Tidak perlu raup tangan ke wajah. tak ada nas yg sahih.

 

 

Soalan 7

Adakah boleh check up gyanae dengan doktor lelaki? Sebab banyak pakar untuk wanita adalah dari lelaki dan terdiri juga bukan non muslim.

Jawapan 7 Thtl

Checkup gynae dgn dr lelaki
Harus dalilnya:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ ، فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجِمَهَا
Maksudnya: “Bahawa Ummu Salamah telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW menyuruh Abu Toibah merawatnya.” (HR Muslim, no. 2206)
ada beberapa syarat. antaranya, dharurat
الضرورة يقدر بقدرها

“Darurat diambil sekadar keperluan sahaja.”
الضرورة تبيح المحظورات

“Darurat mengharuskan yang haram.”
dharurat, antaranya: tiada doktor perempuan ketika itu atau tiada doktor perempuan yg setanding dgn doktor lelaki yg ada

 

 

Soalan 8

seorang dan keluarganya dah lama berhijrah ke k.l dan mastautin sini. dikampugnya hanya ada saudaramara sahaja. bukan nenek/ ibu/ ayah. jarang pulang ke sana. jadi bila balik pun tetap kita tak boleh jamak qasar?

Jawapan 8 Thtl

Jika dia merasai kampungnya bukan lagi watan asli, dia rasa asing dan musafir di sana, maka boleh, ini maksud Ijtihad, yakni dia yg menentukan sendiri berdasarkan kesusahan yg dia alami bila berada di tempat tsb.

 

 

Soalan 9

Destinasi kampung kedah. kalau kita niat jamak takhir dah sampai kedah baru solat kira sah tak?

Jawapan 9 Thtl

Jamak takdim atau taakhir disyaratkan sebelum sampai di destinasi. Jika sudah sampai dan masih ada hutang solat, maka itu satu kesalahan. Jika terpaksa, misalnya semua RnR penuh sesak kerana cuti raya puasa misalnya, maka dimaafkan. Jamak itu adalah jamak kerana kesukaran mencari musalla,
dalilnya:

صلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر ، قال أبو الزبير : فسألت سعيداً – أي : ابن جبير – لم فعل ذلك ؟ فقال : سألت ابن عباس كما سألتني فقال : أراد أن لا يحرج أحداً من أمَّته

“Rasulullah saw menjama’kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa’ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn ‘Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran” [Hadith Riwayat Muslim #705].

 

 

Soalan 10

Niat mahu pulang ke Kuala lumpur dah masuk waktu zuhur sebelm bertolaK.Jadi kita jamak taqdim di rumah saudara tadi. Sah tak solat ?

Jawapan 10 Thtl

Jika sebelum bertolak, sudah masuk waktu, maka boleh solat, tapi solat utk waktu itu sahaja, cthnya, ketika nak bertolak, sudah masuk waktu zuhur, maka solatlah zuhur 4 rakaat.
Jika di khuatiri, dia tidak sempat solat asar, atau dia akan menghadapi kesukaran solat asar, maka barulah solat jamak takdim…asar di bawa ke zuhur.

 

 

Soalan 11

Minta penjelasan mengenai hadis ini.saya tak berapa faham.Boleh terangkan.Apa yang dimaksudkan dengan tujuan memenuhi keperluan?

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari jemari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beriktikad selama dua bulan di dalam masjidku ini.”
(HR Al-Hakim)

Jawapan 11 Thtl

Hadith yg anda bawa di atas dhaif.

لأن يمشي أحدُكُم مع أخيهِ في قضاءِ حاجتِه أفضلُ مِن أن يعتكفَ في مسجدي هذا شهرَيْنِ وأشارَ بأصبعَيْهِ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب
الصفحة أو الرقم: 1573 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جدا
★★ وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا
“Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini -masjid Nabawi- selama sebulan penuh.” (HR. Thabrani di dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Al-Albani, hadits hasan, Sahih Al Jaami’ no. 176).
ini versi lain dalam tabrani.
ia dalam bab membuat org lain bahgia. makna sahabat sejati ً

Komen dan Soalan