Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 66 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 66 (Umum)

245
0
Iklan

 

#NourelChinta

S & J Fiqh Wanita UiTO

 

Soalan 1

Saya ada ucapkan terima kasih pada seorang sahabat kerana memberikan nasihat yang baik pada saya, tetapi di balas dengan kata-kata yang berbunyi ” ucaplah terima kasih kepada tuhanmu kerana dia yang layak di puji” adakah salah ucpan terima kasih saya tu? Sedangkan saya tak memuji dia hanya sekadar ucapan saja.

Jawapan Thtl 1

Ucap terimakasih kpd Allah sahaja
Tidak benar kita tidak boleh berterimakasih kpd manusia yang berbuat budi kpd kita. dalilnya;

Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda,

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi siapa yang tidak berterima kasih pada manusia.” (HR. Abu Daud no. 4811 dan Tirmidzi no. 1954. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).

 

 

Soalan 2

Saya ada soalan yang perlukan jawapan detail mengenai inai rambut.

Bagaimana hukum inai ni untuk kalangan muda yang saja nak letak warna rambut, dan bagaimana pula hukumnya bagi orang tua yang ingin menutupi uban ?

Jawapan 2 Thtl

a) Seputar inai/dye rambut
Di zaman salaf, 1500 tahun dulu, industri dye rambut belum ujud. Isu yang ujud ketika itu ialah uban. Uban adalah aib manusia. Zaman sekarang, industry dye rambut sudah ujud dan umat Islam melihat bangsa kulit putih memiliki rambut yang berwarna, blonde (keemasan), redhead atau merah. Maka mereka ingin memiliki rambut berwarna warni sebagaimana bangsa kulit putih. apakah dibenarkan.
1. Hukum orang Islam asia yg berambut hitam ingin mewarnakan rambut mereka seperti bangsa kulit putih. Kata Dr Saleh al-Fawzan, ahli majlis fatwa saudi, tidak boleh kita berbuat demikian kerana tidak ada keperluan, membazir dan tidak menyerupai kaum yg lain. dalil larangan:

يَكُونُ قَوْمٌ يَخْضِبُونَ فِى آخِرِ الزَّمَانِ بِالسَّوَادِ كَحَوَاصِلِ الْحَمَامِ لاَ يَرِيحُونَ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ (والحديث صححه الألباني في صحيح أبي داود)
“Akan ada di akhir zaman, kaum yang mewarnai rambutnya seperti bulu merpati, maka dia tidak mencium bau surga.” (Hadits disahihkan oleh Al-Albany dalam Shahih Abu Daud)

2. Hukum orang yg beruban rambutnya, rambut asal hitam menjadi putih kerana uban.
Ini yg ada banyak dibahaskan dalam kitab fiqh kerana banyak dalil. Di zaman salaf, Nabi saw yang menyuruh sahabat merubah warna uban kerana kaum yahudi medinah tidak merubah warna uban mereka. Maka Nabi mahu warga emas muslim berbeda dgn warga emas yahudi, dalil:

غَيِّرُوا الشَّيْبَ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ (رواه النسائي، 4986 والترمذي ، 1674)
“Rubahlah (warna) uban dan jangan serupakan Yahudi.” (HR. Nasai, no. 4986, Tirmizi, no. 1674)

b) Dye rambut Bah 2
Isu ke 3: apa warna yang boleh menutup uban?
hadith dalil:

غَيِّرُوا هَذَا الشَّيْبَ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ (رواه مسلم)
“Rubahlah warna uban itu, dan jauhi warna hitam.” (HR. Muslim, no. 2102)
Ia ditujukan utk kasus ayahanda Abu Bakar ra yang sudah lanjut usia ketika Fathul Makkah. Dari dalil ini menjadi khilaf. Dr Yusof Qardhawi berkata, boleh mewarnakan rambut dgn warna hitam jika masih usia muda dan makruh jika sudah lanjut usia atau warga emas. (halal n haram ms 89). Ini juga pendapat Maulana Asri, boleh merubah warna uban kpd hitam secara mutlak tanpa mengira usia.

 

 

Soalan 3

Bagaimana kalau ada datang darah haid tapi tak keluar. mksud saya apbila buang air ada darah keluar sedikit tapi tak nmpak darah pada seluar. situasi ni menjdikn kita confius sama ada haid atau bukan.
mohon pencerahan.

Jawapan 3 Thtl

Darah haid yg sedikit
Kitaran haid

تَحَيَّضِيْ فِيْ عِلْمِ اللهِ سِتًا أوْ سَبْعًا كَمَا تَحِيْضُ النِّسَاءُ وَيَطْهُرْنَ
Maksudnya: “Kiralah haid seperti dalam ilmu Allah, enam hari atau tujuh hari, sama seperti haidnya para wanita.
itu wanita yang normal
cara menentukan haid sudah kering?
Aisyah mengatakan:

لاَ تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ القَصَّةَ البَيْضَاءَ
“Jangan kalian terburu-buru, sampai kalian melihat al-Qasshah al-Baidha’.”

al-Bukhari mengatakan: “Maksud Aisyah adalah (jangan buru-buru merasa telah) suci dari haid.” (Shahih Bukhari, 1:71).
qasshah al-baidha’= kapas yang dimasukkan ke dlm faraj itu bersih (tetap putih) tidak ada bekas darahnya.

 

 

Soalan 4

Apa cara terbaik untuk tegur orang yang suka wrnakan rambut?

Jawapan 4 Thtl

Cara terbaik nak tegur org yg suka warnakan rambut
pertama: kedudukan anda dgn org tsb…apa hubungan. ini penting utk menentukan samaada anda ada power of influence atau power of concern. Power of influence, maksudnya apakah anda ada kuasa terhadapnya. Power of concern cuma kuasa prihatin sahaja.
kedua: apakah dia masih single atau isteri orang
ketiga: motif dia mewarnakan rambutnya, tutup uban atau fashionable. tutup uban adalah harus.

 

 

Soalan 5

Saya telah berhutang dengan seorang kawan,tetapi kini dia gagal dihubungi.tetapi saya masih ada no acc nya.saya telahpun bank in hutang tersebut walaupun dia gagal dihubungi.jadi saya nak bertanya adakah saya masih dalam status berhutang kerana dia mungkin tak tau saya telah melunaskan hutang tersebut?

Jawapan 5 Thtl

Status hutang.
Hutang dianggap langsai jika dah masuk ke dalam akaunnya yg masih aktif.

 

 

Soalan 6

saya nak tanya hukum dukung anak/kendong/babywearing ketika solat, ada baca katanya tak sah solat kalau anak/bayi pakai pampers ada najis, kira kita kendong najis dia jadi tak sah solat…betul ye? Kalau buat umrah pun tak sah kalau kendong anak yang pakai pampers ada najis?

Jawapan 6 Thtl

Dukung baby yang pakai pampers
Terbaik, utk khusyu’, solat tanpa mendukung baby
Jika terpaksa, maka ia dibolehkan
Jika baby pakai pampers, pastikan salin dulu baby sblm anda solat, sebab bau dan kerisauan pampers bocor akan mengganggu konsertasi anda.
Jika pampers jenis yg quality baik dan tak pernah bocor sblm ini, maka tak ada masalah. Najis dikira jika nampak ain, sifatnya dan terkena kpd anda secara nyata. Jika ia berada dalam pampers yg gerenti tak bocor, maka ia sah.

 

 

Soalan 7

Apa beza nya bila Kita tulisوالسلم(wassalam) dgn وسلم(wasallam..sabdu atasل)ada berubah makna ke syeikh ?

Jawapan 7 Thtl

Ini ucapan dan tulisan salam yg betul
Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz RH di dalam Fatawa Nur ‘Ala al-Darb menyebut:

ويكون السلام بلفظ التعريف: السلام عليكم، أو السلام عليك، ويجوز أن يكون بلفظ سلام عليك، وإن اقتصر على قوله: السلام، فلا بأس، فإن إبراهيم عليه الصلاة والسلام لما رد السلام على الملائكة حين قالوا: سلاما، قال: سلام أي عليكم سلام، وكذلك الابتداء يقول المسلم: سلام يعني سلام عليكم، أو السلام، يعني السلام عليكم، ولا بأس في هذا
Maksudnya: “Lafaz salam boleh dengan lafaz makrifah iaitulah السَّلَامُ عَلَيْكُم, atau السَّلَام عَلَيْك. Boleh juga dengan lafaz سَلَامٌ عليك. Jika berpada dengan menyebut السلام, tidak mengapa juga, kerana Nabi Ibrahim AS ketika menjawab salam Malaikat kepadanya dengan ucapan: سلامًا, baginda menjawab: سَلَامٌ, iaitulah bermaksud ke atas kamu semua juga keselamatan. Demikian juga memulakan salam dengan mengucapkan سلام, iaitulah bermaksud: Keselamatan ke atas kamu semua. Atau dengan السلام, tidak mengapa.”

 

 

Soalan 8

Apakah solat-solat sunat yang boleh dilakukan secara sendirian & secara jemaah..(sebab byk solat2 sunat yang keluar dari landasan skop sunnah)

Jawapan 8 Thtl

solat sunat munfarid (sendirian) dan berjamaah
fatwa Imam Nawawi rh

جَوَاز النَّافِلَة جَمَاعَة ، وَلَكِنَّ الِاخْتِيَار فِيهَا الِانْفِرَاد إِلَّا فِي نَوَافِل مَخْصُوصَة وَهِيَ : الْعِيد وَالْكُسُوف وَالِاسْتِسْقَاء وَكَذَا التَّرَاوِيح عِنْد الْجُمْهُور
“Boleh mengerjakan shalat sunnah secara berjama’ah. Namun pilihan yang paling bagus adalah dilakukan sendiri-sendiri (munfarid) kecuali pada beberapa shalat khusus seperti shalat ‘ied, shalat kusuf (ketika terjadi gerhana), shalat istisqo’ (minta hujan), begitu pula dalam shalat tarawih menurut majoriti ulama.” (syarah sahih muslim, jld 3)

 

 

Soalan 9

Betulkah solat jaga wudhu, memang ada ?

Jawapan 9 Thtl

Solat sunat wudhuk
Solat jaga wudhuk takde, yg ada solat sunat wudhuk 2 rakaat selepas mengambil wudhuk.

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Maksudnya:
Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159

 

 

Soalan 10

Apa ayat terbaik nak pujuk anak-anak kecil untuk say ‘no’ to tengok wayang.Anak-anak teringin nak tengok wayang – pengaruh cerita kawan-kawan.

 Jawapan 10 Thtl

Cara nak elak anak kecil dari ke pawagam
panggung wayang tidaklah haram. kehalalan bergantung kpd:
1. jenis movie, cthnya filem2 animasi walt disney adalah boleh
2. tidak mengganggu waktu solat
3. tidak dijadikan kebiasaan
Ini pendapat Dr Qardhawi dalam fiqh lahw

 

 

Soalan 11

Trend sekarang, ramai parents hantar anak ke sekolah-sekolah tahfiz,
jika dilihat dari sudut islam/sunnah , apakah keperluan,keharusan atau kepentingan untuk ibubapa berbuat demikian ?

Jawapan 11 Thtl

hantar anak ke sek tahfiz.
itu yg terbaik, ini kerana di tanah arab, spt Hijaz, ianya mmg sistem pembelajaran arab,semasa kecil mereka dihantar utk hafazan AQ dan hadith, selepas itu mereka memilih bidang masing-masing, sains atau arts…Kalau Malaysia boleh menerapkan sistem hafazan org arab, maka ia suatu yang baik sekali.

 

 

Soalan 12

Adakah bermimpi individu yang telah meninggal itu, mainan syaitan…?
Saya bertanya sebab pernah termimpi bapa saudara dalam keadaan berbaju putih compang camping,tanpa dialog.

Jawapan 12 Thtl

Mimpi bertemu orang mati
Possible, dalilnya:
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir”. (AQS 39:42)
Imam Ibn Qayyim dalam ar-Ruh, mmg boleh berlaku org hidup dapat bertemu dgn org mati dalam mimpi.
menurut Ibn Qutaibah, keadaan arwah menunjukkan keadaannya di sana, jika dia dalam keadaan compang camping, maksudnya amalannya amat sedikit…

 

 

Soalan 13

Benarkah wujudnya zaman pra sejarah dengan kewujudan dinasour sebelum datangnya Nabi adam as…(ada sebarang petunjuk @dalil kah…)

Jawapan 13 Thtl

Kehidupan sebelum adam, dinosaur?
Mmg ada, dalilnya:
Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”(Al An’aam : 32)
ayat ini luas, bisa saja merangkumi dinosaur.
keujudan makhluk sebelum Adam:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?”Dia berfirman, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” AQ 2:30
Kata Ibn katsier, sebelum Adam, mmg sudah ada kehidupan yang lain, antaranya jinn

Komen dan Soalan