Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita : Nota – Bab Pelaku Bid’ah

Fiqh Wanita : Nota – Bab Pelaku Bid’ah

179
0
Iklan

Soal Jawab Fiqh Wanita : Bab Pelaku Bid’ah

 

Soalan 1

Macamana dengan orang-orang yang melakukan bid’ah dalam urusan ibadah? Sedangkan mereka tidak tahu yang mereka cuma mengikuti ajaran si pelaku bid’ah?

Jawapan 1 Thtl

Orang yang melakukan bid’ah, bid’ahnya ditanggung oleh pencipta asalnya. Bid’ah memang tanggung dosa.

إِنَّهُ مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِي قَدْ أُمِيتَتْ بَعْدِي فَإِنَّ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا ، وَمَنِ ابْتَدَعَ بِدْعَةَ ضَلَالَةٍ لَا يَرْضَاهَا اللَّهَ وَرَسُولَهُ كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَوْزَارِ النَّاسِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang sepeninggalanku menghidupkan sebuah sunnah yang aku ajarkan, maka ia akan mendapatkan pahala semisal dengan pahala orang-orang yang melakukannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Barangsiapa yang membuat sebuah bid’ah dhalalah yang tidak diridhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapatkan dosa semisal dengan dosa orang-orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun” (HR. Tirmidzi no.2677, ia berkata: “Hadits ini hasan”)

Ini maksud tanggung dosa. Siapa buat bid’ah dhalalah, kemudian ada pak turut, maka dosa pak turut akan dipikul oleh pencetus bid’ah.

وليحملن أثقالهم وأثقالا مع أثقالهم وليسألن يوم القيامة عما كانوا يفترون

“Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu. [Al-Ankabut 29:13]

Ini siapa yang mencipta ajaran sesat dan bid’ah dhalalah, siapa yg mengikut ajaran dia, dosa pengikut ajaran sesat akan ditanggung oleh gurunya yang mencipta ajaran tersebut.

Contoh: Syiah, maka pencetus ajaran syiah akan tanggung dosa syiah seramai 60 juta di dunia.

 


 

Soalan 2

Bagaimana org yang melakukan bid’ah sedangkan dia tak tahu ianya bid’ah?

Jawapan 2 Thtl

Ini sudah ada dalam 16 kawaid bid’ah. Dia tidak berdosa, cuma dosanya dibebankan ke atas guru yang ajar bid’ah tersebut.

 


 

Soalan 3

Bagaimana pula dengan yang dikatakan sebagai bidaah hasanah?

Jawapan 3 Thtl

Ada dalam Kawaid 16 bid’ah. Bid’ah hasanah adalah suatu kesilapan yang tidak disengajakan. Macam wujudnya bohong yang baik, tipu sunat, bid’ah hasanah tidak ada, yang ada cuma maslahah mursalah, nota 16 kawaid kena diletakkan di sini.

 


 

Soalan 4

Adakah berdosa juga kalau kita mengamalkannya?

Jawapan 4 Thtl

Bid’ah ni benda jijik, bila diempelkan hasanah, maka ia satu yang tidak patut, merosakkan bahasa, macam bohong sunat. Hasanah = baik, bid’ah hasanah maksudnya kejahatan yg baik, orang yang sebarkan maklumat bid’ah menjadi org yang fasiq.

Dalilnya al-Hujurat 49, ayat 6: Bila org fasiq menyibarkan sesuatu berita.

كفي بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

“Cukuplah seseorang dianggap sebagai pendusta apabila dia menceritakan segala apa yang didengarinya” (HR Muslim).

Maksud hadith, sesiapa yg menyebarkan berita tanpa usul periksa kesahihannya, maka dia adalah geng pendusta.

 


 

Soalan 5

Boleh beri contoh tipu sunnat ??

Jawapan 5 Thtl

Contoh :

  1. Tipu sunat, mendamaikan dua saudara yg berkelahi.
  2. A dan B gaduh, kawan mereka si C, akan reka cerita agar kedua A dan B berdamai.
  3. Rakyat palestine tipu polis israel untuk menyelamatkan dari di bom.

 


 

Soalan 6

Apakah langkah yang perlu dibuat?

Jawapan 6 Thtl

Langkah pertama bila dapat khabar ialah apply rule ahli hadith:

“setiap khabar adalah palsu, kecuali dapat dibuktikan kesahihannya”

Maka tugas pertama, semak dulu source.

Ya, method ahli hadith bila nak semak sesuatu khabar ialah:

  1. Periksa sanad atau rantaian pemberita
  2. Periksa matan atau teks berita, samada ia berbau lemah atau palsu

Yang cipta bid’ah akan tanggung dosa siapa yang buat bid’ah ciptaannya. Dosa lain tok guru tak tanggung.

Contoh:

  • Tok guru X mencipta ratib hu hu hu hu, maka sesiapa yg meratib hu hu hu, maka dosa ratib pengikutnya akan dipikul oleh tok syeikh ratib hu hu hu.
  • Ayatullah Y mencipta ritual memukul badan dan melukai badan ketika hari asyuura. Maka semua org yg melakukan upacara pukul badan dan mandi darah pesta asyuura, akan ditanggung dosa oleh ayatullah Y.

Tanggung dosa ini untuk pencipta ajaran sesat, bid’ah, khurafat dan ada followers, atau fanclubs. Jika followers buat benda dosa, maka pencipta asal dapat.

Contoh: Pencipta Vape atau e-cigarettes atau rokok eletronik. Semua dosa orang yang hisap vape akan turut ditanggung/dipikul oleh pencipta asal vape tersebut.

 

Komen dan Soalan