Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 49 (Umum)

Fiqh Wanita 49 (Umum)

164
0
Iklan

tumblr_m8np57rtUI1rojxjco1_500

 

#Syafni

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1 dan jawapan Thtl
Nasab anak angkat ia dinasabkan kpd ayah biologinya jika dapat dikesan
dalilnya: “Panggilah mereka (anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang adil di sisi Allah ” AQ 33:05.

a) Apakah maksud ayah biologi, bapa angkat atau bapa kandung?
Ayah biologi = bapa kandung, “jika dapat dikesan.”

b) Kalau macam baby yang menjadi anak susuan , bolehkah dinamakan dengan nama suami ,ibu susuan?
Baby susuan dibinkan kepada suami susuan. Tidak boleh kerana nasab berdasarkan benih dan perkahwinan sahaja.

c) Jika tidak dapat dikesan apa harus dilakukan?
Kalau ayah biologi tak dapat dikesan, maka wali Hakimla kalau nak nikah. kalau utk prosedur bin/binti, maka dibinkan kpd ibu, spt Jesus son of Mary atau Isa bin Maryam.

d) Kalau mereka bernikah menggunakan wali hakim tetapi ayah masih ada apakah status pernikahan mereka?
Kalau bernikah di thailand ..status kena bicara di mahkamah syariah dan biasa sah cuma kena denda rm 1000.

e) Bagaimana jika ayah masih dalam satu daerah dan perlu menikah balik kerana pernikahan tidak sah
 Itu nikah sindiket atau mut’ah , memang x sah

 

 

Soalan 2

Seorang anak D (anak tiri saya) yang mak bapak nya menikah setelah melahirkan D ini, boleh kah di bin kan bapak nya? Mak bapak dah bercerai ketika D umur 4 tahun, tanpa meminta biaya2.
Sekarang D akan menikah, saya melarang suami untuk mewalikan, menurut saya itu sudah menjadi haram dan pernikahan tak sah, salah kah saya melarang nya?
Sampai sekarang saya masih muskil kenapa mereka dapat mem bin kan D dengan nama bapak nya.
Apa yang patut saya buat, sebab jadi bisu di family dan memusuhi saya kerana melarang suami mewalikan?

Jawapan 2 Thtl

Isu anak tidak sah taraf
Jumhur, haram membinkan anak yg lahir di luar perkahwinan kpd si ayah biologi (ayah yg penyebab kehamilan). Ikut mazhab syafi’iy, jika kehamilan itu berlaku dalam masa nikah minima 6 bulan +, maka boleh dibinkan kpd si ayah. Mazhab Hanafi dan fatwa Perlis, boleh membinkan kpd ayah biologi jika si ayah tsb mmg mengaku, itu anaknya atau ujian DNA.
Maka di Malaysia, si anak yg lahir di luar perkahwinan tidak boleh dibinkan kpd si ayah biologi. si anak akan dibinkan kpd ibunya.
Maka jika dibinkan kpd si ayah sekarang dalam MyKad, maka isu wali tidak berbangkit, maksudnya boleh.

 

 

Soalan 3

Bagaimana cara pembahagian harta iaitu barang kemas? Perlu ditimbang emas tersebut atau bagaimana?

Jawapan 3 Thtl

Pembahagian harta barang kemas, ada dua metod:
1. ditimbang dan dinilai harganya, kemudian dibahagikan berdasarkan nilai
2. dijual kesemuanya dan dibahagikan wang hasil jualan.

 

 

Soalan 4

Sekiranya anak perempuan dalam surat beranak tiada binti..bolehkah kita tulis binti abdullah… mohon pencerahan…

Jawapan 4 Thtl

Anak tidak sah taraf, banyak betul kes anak tak sah taraf ni.
Perempuan yang tiada binti dalam surat beranak bermaksud dia adalah anak tidak sah taraf atau anak yang tidak diketahui nasabnya. peraturan baru Malaysia, ia dibiarkan tanpa bapa atau dibintikan kpd ibunya sahaja.

 

 

Soalan 5

Jika barangan seperti handbag, purse, tali pinggang, diperbuat daripada kulit ular, kita boleh pakai atau tidak? Dan jika anak kecil terhisap barangan tersebut, macam mana ya?

Jawapan 5 Thtl

Kulit dari ular atau binatang buas
Ia halal dan suci selepas di tanning atau samakan.
Dalilnya:
( أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ ) رواه الترمذي (1728) وقد صححه البخاري ، والترمذي .
Hadith Ibn Abbas, ” semua kulit jika disamak, menjadi suci” HR Termidzi, disahihkan oleh beliau dan gurunya al-Bukhari

 

 

Soalan 6

Ikut sunnah, sesudah doa, tidak perlu di sapu muka…benarkah?
Bagaimana pula dengan mengangkat tangan ketika berdoa?

Jawapan 6 Thtl

Seputar doa
5.1 hukum angkat tangan ketika berdoa
Hukum umum: Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rh, “Mengangkat tangan adalah termasuk salah satu adab dalam berdoa, yang itu bisa membuat doa mustajabah.” (Lihat Jami’ Ulum Wal Hikam 1/253)
cuma ada ketika diangkat, adsa ketika tidak diangkat.
5.2 sapu muka seusai berdoa
Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah RH (w. 728H) dlm al-Fatawa (22/519) : “Berkenaan dengan Nabi s.a.w. mengangkat tangan ketika berdoa telah ada sejumlah hadis sahih berkenaan dengannya, sedangkan berkenaan dengan mengusap muka dengan kedua tangan, tidak ada hadis berkenaan dalam hal itu, melainkan satu atau dua buah hadis sahaja yang tidak boleh dijadikan hujjah dengan keduanya.
rumusan:
1. angkat tangan berdoa mmg ada hadith sahih
2. sapu muka, tak ada dalil yg sahih. maka jika melakukannya, tidak boleh dikaitkan dgn sunnah Nabi saw

 

 

Soalan 7

Wangian sama sekali diharamkan bagi wanita walaupun sekadar menghilang bau.. bukan niat memikat lelaki?

Jawapan 7 Thtl

Parfum wanita
Ia harus, dalilnya:
إن طيب الرجال ما خفي لونه وظهر ريحه ، وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه

“Wewangian seorang laki-laki adalah yang tidak jelas warnanya tapi tampak bau harumnya. Sedangkan wewangian perempuan adalah yang warnanya jelas namun baunya tidak begitu nampak.” (HR. Baihaqi dalam Syu’abul Iman, no.7564; hadits hasan. Lihat: abu malik kamal, Fiqh Sunnah lin Nisa’, hlm. 387)
kata al-Munawi, wanita yang hendak keluar rumah, boleh memakai parfum yg ringan, ketika bersama suami, boleh memakai yang kuat baunya (syarah syamail)

 

 

Soalan 8

Adakah sah wudhuk & solat seorang wanita yg memakai bedak @ krim ?

Jawapan 8 Thtl

Wuduk ketika ada sisa bedak dan krim
bedak mmg harus dan tidak menghalang air, manakala krim, kena dipastikan dulu samaada ia kalis air atau tidak. Jika menghalang air, kena dihilangkan dulu dgn make-up remover.

 

 

Soalan 9

Sebagai manusia adakalanya susah untuk kita terus menghindari dari perbuatan mengumpat. Bagaimana cara kita utk bertaubat dari dosa itu sedangkan orang-orang yang pernah kita umpatkan sudah tiada lagi? Bagaimana cara terbaik utk merawat diri dari itu?

Jawapan 9 Thtl

Budaya mengumpat
Ianya adalah isu budaya dan di masukkan oleh Imam Ghazali dalam bab Bahaya2 lidah: mengumpat – ianya suatu latihan dan perjuangan, taubat demi taubat.
Jika org yg kita umpat sudah mati, masih bisa dihapuskan dgn taubat nasuha dan banyak bersedekah.

 

 

Soalan 10

Mohon pencerahan secara specific tentang isu G25.

Jawapan 10 Thtl

Kumpulan G25
G25 atau NGO bekas penjawat awam Malaysia yg terdiri dari 25 bekas tokoh terkemuka tanahair, jurucakapnya Datuk Noor Farida Ariffin, bekas duta.
Isu utama G25 ialah menyentuh isu agama dan manhaj atau aliran mereka sama spt sisters in Islam. Isu panas sekarang ialah mereka mengkritik tangkapan khalwat yg dikatakan melanggar hak asasi manusia dan proses keadilan. sebelum ni mereka menyeru Jakim dibubarkan kerana banyak melanggar hak asasi umat Islam.
Masih terlalu awal utk menghukum hala tuju kumpulan ini.

Komen dan Soalan