Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Silsilah Hadith Sohih – Hadits 40 : Pendidikan Anak

Silsilah Hadith Sohih – Hadits 40 : Pendidikan Anak

281
0
Iklan

Silsilah Hadith Sohih – Susunan: Ustaz Adli Khalim

 

Hadits 40: Pendidikan anak

إذا كان جنح الليل، فكفوا صبيانكم، فإن الشياطين تنتشر حينئذ، فإذا ذهبت ساعة من العشاء فخلوهم.

“Apabila kegelapan malam datang, tahanlah anak-anak kalian (yakni daripada keluar dari rumah). Sesungguhnya syaitan pada ketika itu sedang bertebaran. Setelah berlalunya waktu `Isya’, lepaskanlah mereka.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no 3280, Muslim no 2012.

Ulasan:

1. Ini merupakan hadits yang mengajarkan kepada kita adab pada waktu malam.

2. Sebahagian riwayat menyebutkan tambahan:

“Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula wadah minuman dan makanan kalian dan berzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekedar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian.”

3. Walau bagaimanapun, perintah-perintah yang disebutkan dalam hadits ini difahami oleh jumhur `ulama’ sebagai anjuran sahaja (bukan wajib).

 

Komen dan Soalan