Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 02)

TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 02)

132
0

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini

هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
الجزء (2)

٤- للقرآن هيبة ووقار ، ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس ، فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان

al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة ، وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !

Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surau tersebut. Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Membaca sebahagian itu memutuskan ayat.

٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ، وهذا من تعظيمك لكتاب الله .
#وصايا_أثناء_القراءة

Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun. Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf. Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

(Bersambung..)
____________
Terjemahan BroSyarief

Channel Telegram @BroSyariefShares

Disalin dari https://telegram.me/QtoofQuranih

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan