Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Nabi Tawakkal Keluar Rumah: Hadith 82

Nabi Tawakkal Keluar Rumah: Hadith 82

164
0
Iklan

Hadith ke-82

Kesembilan: Dari Ummul Mu’minin Ummu Salamah dan namanya sendiri adalah Hindun binti Abu Umayyahyaitu Hudzaifah al-Makhzumiyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Nabi s.a.w. itu apabila keluar dari rumahnya, bersabda – yang ertinya:

“Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah.”

“Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan kepadaMu kalau-kalau saya sampai tersesat atau disesatkan, tergelincir – dari kebenaran – atau digelincirkan, menganiaya atau dianiaya, menjadi bodoh – tidak mengerti sesuatu – ataupun dianggap bodoh oleh orang lain atas diriku.”

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Termidzi dan lain-lainnya dengan sanad-sanad yang shahih. Termidzi berkata bahawa ini adalah Hadis hasan shahih. Hadis di atas adalah menurut lafaznya Imam Abu Dawud.

«82» التاسع: عن أم المُؤمنينَ أمِّ سَلَمَةَ وَاسمها هِنْدُ بنتُ أَبي أميةَ حذيفةَ المخزومية رضي الله عنها: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيتِهِ، قَالَ:

((بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلتُ عَلَى اللهِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِكَ أنْ أضِلَّ أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ)) حديثٌ صحيح، رواه أبو داود والترمذي وغيرهما بأسانيد صحيحةٍ. قَالَ الترمذي: (حديث حسن صحيح). وهذا لفظ أبي داود.

Komen dan Soalan