Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 22: Menyayangi haiwan

Hadits 22: Menyayangi haiwan

187
0

#SilsilahShahihah:

Hindarilah kalian daripada menjadikan belakang haiwan kalian sebagai minbar. Sesungguhnya Allah Ta`ala telah menaklukkannya untuk kalian, supaya kalian boleh sampai ke negeri yang tidak mampu kalian sampai melainkan dengan kesulitan. Allah juga menjadikan bumi untuk kalian, maka hendaklah kalian penuhi keperluan kalian di atas bumi.

إياكم أن تتخذوا ظهور دوابكم منابر، فإن الله تعالى إنما سخرها لكم لتبلغكم إلى بلد لم تكونوا بالغيه إلا بشق الأنفس، وجعل لكم الأرض فعليها فاقضوا حاجاتكم

Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 2567, Al-Baihaqi.

Ulasan:

1. Jangan jadikan haiwan tunggangan sebagai minbar, maksudnya apabila kita ada suatu keperluan (contohnya untuk berucap atau untuk berjual beli), jangan lakukannya ketika kita masih berada di atas haiwan tunggangan. Kita hendaklah turun ke tanah untuk melakukan keperluan tersebut. Setelah selesai berucap atau berjual beli, dan ingin berpindah ke tempat lain, barulah kita tunggang kembali haiwan tersebut.

Komen dan Soalan