Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Banyaknya Persaksian Palsu: Tanda Kiamat Ke-26

Banyaknya Persaksian Palsu: Tanda Kiamat Ke-26

260
0
Iklan

Tanda Kiamat Ke-26/131
Banyaknya Persaksian Palsu (شَهَادَةُ الزُّوْرِ)

Dalil:

إنَّ بين يديِ الساعةِ تسليمَ الخاصةِ و فشوَ التجارةِ حتى تُعينَ المرأةُ زوجَها على التجارةِ _ و قطعَ الأرحامِ و شهادةَ الزُّورِ وكتمانَ شهادةِ الحقِّ ”’
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 647 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط مسلم

Terjemahan: “Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan, putusnya silaturrahim dan persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yg benar.” HR Ahmad, sahih menurut albani dan hasan menurut syaikh syu’aib al-arnaouth.

Syarah:
Syahadan az-Zurr ialah adalah kebohongan yang disengaja dalam persaksian. Maka, persaksian palsu sebagai sebab pembatalan kebenaran, demikian pula menyembunyikan persaksian.
Ia termasuk dosa besar atau al-Kabair, dalilnya:

Dari Abu Bakrah atau Nafi’ bin al-Harith ra, dia berkata, “Dahulu kami bersama Rasulullah SAW, beliau bersabda:

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَـرِ الْكَبَائِرِ (ثَلاَثًا)؟ اَلإِشْرَاكُ بِاللهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ، وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ -أَوْ قَوْلُ الزُّوْرِ-، وَكَـانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا: لَيْتَهُ سَكَتَ.

‘Maukah kalian aku kabarkan tentang dosa besar yang paling besar?’ (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali), ‘Menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua, persaksian palsu.’” Ketika itu beliau bersandar, lalu duduk, senantiasa beliau mengulang-ulangnya hingga kami berkata (dalam hati), “Andaikata beliau diam. HR Bukhari, no5976 dan Muslim

Syarah 26/131
Persaksian palsu digandingkan tiga serangkai dengan syirik, derhaka kepada ibubapa menunjukkan ia tempat muncul kezaliman dan menafikan hak orang lain. Persaksian palsu bukan sahaja di dalam proses mahkamah, juga merata, di penjawat awam, IPTA banyak kes plagiat dan penipuan sijil-sijil, malah persaksian sesama keluarga.

Inilah amaran Nabi saw:

صحيح البخاري ٦١٨٣: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينِ صَبْرٍ يَقْتَطِعُ بِهَا مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَصْدِيقَ ذَلِكَ { إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ –

Dari Abdullah bin Mas’ud ra menuturkan; Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa bersumpah mengada-ada di depan hakim, dengan tujuan untuk memperoleh harta seorang muslim, maka ia berjumpa dengan Allah dan Allah murka kepadanya, ” kemudian Allah menurunkan ayat yang membenarkan hal ini dengan ayat; ‘Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit’ (QS. Ali’imran 77) hingga akhir ayat.

Sahih Bukhari no6183

Komen dan Soalan