Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Ar Rahiq Al Makhtum – Perjalanan Insan Agung

Ar Rahiq Al Makhtum – Perjalanan Insan Agung

259
0
Iklan

Sirah Gambaran Kehidupan Dalam Garis Masa

Arab sebelum Nabi SAW

a. Bangsa Arab
b. Struktur Masyarakat
c. Agama
d. Sosial
e. Ekonomi
f. Sifat baik.

Dari garis waktu kehidupan Baginda SAW melalui gambaran sirah kita akan diberi gambaran semua masalah di zaman jahiliyyah di beri petunjuk dan solusi oleh Allah swt.

Antara masalah yang dihadapi adalah:-

  1. Penyakit syirik
  2. Penyakit mengubah teks agama Yahudi dan Nasrani
  3. Penyakit bergantung pada nasib
  4. Penyakit mencipta ibadat
  5. Penyakit percaya ramalan
  6. Penyakit taksub pada pemimpin
  7. Penyakit bangga dengan kabilah
  8. berpuak puak
  9. berperang/bersengketa
  10. penindasan
  11. zalim
  12. perhambaan
  13. mengikut hawa nafsu

Gambaran agama, penulis cuba menggambarkan bahawa sudah tiada lagi agama yang betul untuk berpaut, yang tinggal kebiasaan yang baik merupakan sifat yang diberikan secara fitrah kepada manusia.

Saki baki agama hanif

Islam adalah lanjutan agama hanif yang di bawa oleh Nabi Ibrahim as.

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.(Al-Hajj: 78)

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ ۗ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: “Benarlah (apa yang difirmankan) Allah”. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik.(Ali Imran: 95)

Orang-orang  Arab tahu mereka adalah anak cucu Nabi Ismail as. Asalnya mereka memeluk agama hanif. Mereka mengamal syari’at agama hanif seperti amalan haji; tawaf 7 kali sekeliling ka’abah, mentaqdis baitul-haram, wuquf di arafah, talbiah…orang-orang arab pernah menikmati cahaya iman dan hidup taat kepada Allah SWT..

Setelah masa berlalu, amalan mereka sudah bercampur aduk dengan bidaah-bidaah yang dicipta oleh orang-orang kemudian. Amru b Luhai membawa balik patung yang bernama Hubal untuk menjadi sembahan orang-orang Arab.

Talbiah orang Arab zaman jahiliah, mereka tambah:

إلا شريك هو لك تملكه وما ملك
“Melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang mereka miliki”

Mereka tauhidkan Allah kemudian mereka sekutukan dengan berhala-berhala mereka, dan mereka jadikan berhala itu milik Allah, (riwayat Ibn Hisham)

Gambaran Arab Mekah jurhum -> khuzaah -> quraish.. suku arab yang masih kekal dari zaman Nabi Ismail as. Quraish dari sebelah bapa baginda saw… suku yang robust dan konsisten dalam memberi khidmat kepada baitullah.. mereka boleh membawa barang dagangan yang banyak sejauh beratus kilometer.. bayangkan dari Mekah Port Mukala, Yemen atau dari Mekah ke Port Haifa, Palestin… jika naik 4 wheel drive pun sakit seluruh badan..

Al Siqayah dan Al Rifadah gambaran kebajikan dan khidmat Quraish di garis waktu itu.. mampukah kita memberi minuman di kala air yang terhad.. sanggupkah kita mengutip wang untuk memberi jamuan makan kepada tetamu yang datang ke tempat kita.. kutip wang -> masak makanan -> jamu makanan.. beribu-ribu tetamu..

Kualiti Quraish mengalir dalam darah Rasulallah saw dari sebelah bapa baginda. Allahu a’lam

Gambaran pembuatan di Arab hanya barangan kulit, kain dan barang harian, jadi apakah yang di bawa oleh caravan dalam misi dagang Quraish ke Yaman atau ke Sham (Palestin)? Jika anda ada gambaran yang jelas, cuba visualizekan.

Soalan ini kita akan jawab nanti.. jubah Yaman Rasulallah saw, Syrian cloak, seluar Parsi.. semua pakaian Rasulallah saw. Buah tembikai, anggur, oat untuk talbinah.. semua ini dari mana? cuba gambarkan..

Kita adalah insan yang telah ditetapkan dalam garis waktu tertentu.. kenali mereka di garis waktu yang lampau.. kerana sifat manusia sama yang berbeza skrip dan watak yang dimainkannya. Allahu ‘lam.

Sejarah kaum yang berada di sekeliling Mekah dan Yathrib serta hubung kait kabilah yang ada. Seperti dimaklumkan sebelum ini dari bangsa yang mentauhidkan Allah hingga berhala yang di bawa masuk melalui Amru bin Luhay serta berhala-berhala zaman Nabi Nuh a.s yang di gali di Jeddah yang dibawa dari sana, diagih pula kepada kabilah lain, disebar ke kabilah lain.

Dikisahkan bagaimana masyarakat Arab melaksanakan amalan khurafat mereka melalui dukun, anak panah bertuhan undian.

Masyarakat Arab juga banyak di pengaruhi oleh Agama Samawi lain seperti Nasrani, Yahudi serta Majusi. Ia pengaruh beberapa kabilah yang berada hampir dengan kerajaan yang membawa agama ini.

Diceritakan juga bagaimana wanita dipergunakan dan dinikah. Ada 4 cara dan Nabi (selawat ke atas Bagainda) melupuskan semua kecuali cara pertama yang kekal hingga ke zaman sekarang. 

Akhir aspek ekonomi menceritakan utama sumber ekonomi mereka adalah berdagang. 

Banyak perkara yang dilihat tidak kesampaian akal seperti membunuh bayi wanita di zaman jahiliyah namun mereka berpegang juga aspek nilai sosial tinggi. Seperti dermawan, menepati janji, teguh tekad pada kabilah. 

Banyak rujukan dari dua kitab sirah utama seperti Ibnu Hisyam dan Ibnu Ishak, walaupun ada yang mengatakan banyak riwayat Israeliyat di dalam kitab karang Ibnu Ishak. Ini jelas menunjukkan ada percanggahan di dalam beberapa pengkisahan yang juga di maklum oleh penulis. 

Tiada riwayat Israiliyyat dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum. Riwayat Israiliyyat ialah riwayat-riwayat yang dibawa oleh bani Israil yang sebahagiannya boleh diterima dan sebahagiannya ditolak. Biasanya kisah Israiliyyat berkisar Nabi-Nabi dan orang-orang terdahulu kerana mereka mewarisi kisah-kisah itu secara turun temurun. Dan biasanya ada banyak penambahan dan penyelewengan dari kisah-kisah tersebut. Allahu A`lam.

Dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum pendekatannya bukan mengeluarkan ibrah tapi lebih kepada meriwayatkan kisah-kisah. Tapi subhanallah, cara penyusunan Sheikh Safiyyur Rahman secara kronologi itu sangat membantu kita membayangkan dan mengeluarkan ibrah secara sendiri dan otomatik. Apatah lagi diselang-selikan dengan ayat-ayat al-Quran. Sangat mendalam dan ia menyusup masuk ke dalam hati. Dan kisah-kisah dari hadith-hadith yang sohih pula membuatkan kita jadi faham kenapa itu dan ini ia berlaku.

Bacalah kitab ini. Secara bersendiri atau berkumpulan. Jangan laju membacanya. Sabar. Bayangkan keadaan Nabi dan sahabat-sahabatnya. Sungguh ia dapat mematangkan cara kita berfikir dan bertindak..kerana sejarah itu berulang.

Memang membaca sirah perlukan visualisation yang kuat. Itu dapat membantu kita menghayati sirah. 

Sebab itu terdapat beberapa buah buku telah dihasilkan oleh para pengkaji sirah yang diberi tema atlas sirah. Di dalamnya ditunjukkan peta, bentuk muka bumi, foto-foto bangunan dan sebagainya. Ini dapat membantu visualisation.

Sentuh method virtualization, teknik latihan yang mudah adalah bertanya pada gambar..ianya latihan yang menyeronokkan dan jika kita guna kaedah yang sama semasa membaca data dan fakta, bacaan kita lebih menyeronokkan dan menambahkan hype untuk menggali fakta..

Keupayaan visualization, akan menjadikan seseorang melihat sesuatu masalah dan situasi secara menyeluruh ianya sangat penting dalam mengeluarkan fiqh dari Al Quran dan As Sunnah. Allahu A`lam.

Komen dan Soalan