Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Note 71 : Aib yang dibolehkan Fasakh Perkahwinan

Note 71 : Aib yang dibolehkan Fasakh Perkahwinan

2073
0
Iklan

Bismillah…
Note 71 : ruj Fiqh Manhaji 3

AIB YANG DIBOLEHKAN FASAKH PERKAHWINAN

1. Fasakh Perkahwinan Kerana Aib:

  Terbahagi kepada dua :-
1.1. Aib yang menghalang persetubuhan, seperti zakar yang terputus, mati pucuk, faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging.

1.2. Aib yang tidak menghalang persetubuhan, yang merupakan penyakit menjijikan atau berbahaya, yang tidak mungkin diterima kecuali sanggup menghadapi mudharatnya, seperti kusta, sopak dan gila.

2. Jenis aib suami isteri :

2.1. Aib yang dihadapi oleh suami atau isteri  seperti kusta, sopak dan gila.

2.2. Aib khusus kepada isteri, seperti faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging.

3. Aib Selepas Akad Nikah :  Mereka tetap berhak menfasakhkan perkahwinan samada aib sebelum perkahwinan sama ada ia berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya.

4. Aib yang boleh Dirawat : Faraj yang tersumbat oleh tulang atau daging boleh dirawat melalui pembedahan dengan persetujuan isteri, maka suami tidak lagi berhak memilih untuk menfasakhkan perkahwinan tersebut.

5. Hak Wali Menfasakhkan Perkahwinan :

i. Wali bagi perempuan berhak menfasakh perkahwinan jika mendapati aib pada suami wujud sebelum akad nikah sama ada perempuan itu bersetuju atau tidak.

ii. Bagitu juga, wali tidak boleh menfasakhkan perkahwinan bagi aib mati pucuk atau zakar yang terpotong semasa akad nikah.

5.1. Fasakh dilakukan dengan segera kerana fasakh disebabkan aib suamisteri hendaklah segera menyatakan ketidakredhaannya dengan membawa perkara itu ke mahkamah dengan menuntut fasakh.

5.2. Permohonan fasakh perlu dikemukan kepada hakim, pihak suami atau isteri tidak boleh menfailkan perkahwinan disebabkan aib tersebut bersendirian.

5.3. Memberi tempoh dalam masalah mati pucuk. Berdasarkan hadith daripada Umar bi  Al Khattab RA, katanya : “Dia diberikan tempoh seoama setahun kalau dia mampu mengatasinya. Jika tidak, kedua dua suamisteri itu akan dipisahkan. Isteri tersebut berhak mendapat mas kahwin dan hendaklah beriddah.”
Riwayat Al Baihaqi : 7/226

5.3.1. Cara menthabitkan mati pucuk dengan pengakuan dan laporan dari doctor.

5.4. Kesan daripada perkahwinan yang difasakh kerana aib :

5.4.1. Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, isteri tidak berhal mendapatkan mas kahwin dan mut’ah.

5 4.2. Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib yang berlaku seiring dengan aqad nikah atau yang berlaku di antara waktu akad nikah dan persetubuhan, yang tidak diketahui oleh suami, maka isteri berhak mendapat mas kahwin mithil.

5.4.3. Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan disebabkan aib juga berlaku selepasnya, isteri wajib diberi semua nas kahwin  yang dinyatakan dalam akad.

6. Mas Kahwin Tidak Boleh Diambil Semula :

  Suami tidak boleh mengambil mas kahwin semula daripada wali atau isteri yang menipunya kerana dia telah melakukan  persetubuhan yang dinilaikan dengan akad nikah.

Komen dan Soalan