Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Keluarnya Para Dajjal, Pendusta Yang Mengaku Sebagai Nabi: Tanda Ke-11/131

Keluarnya Para Dajjal, Pendusta Yang Mengaku Sebagai Nabi: Tanda Ke-11/131

1117
1

Tanda kecil Kiamat seterusnya ialah munculnya para dajjal pendusta yang mengaku sebagai nabi. Dajjal pendusta yang mendakwa sebagai Nabi ni muncul sejak nabi masih hidup lagi dan berterusan hingga jumlahnya mencecah 30 orang.

Dalil: Dari Abu Hurayra ra:

ولا تقومُ الساعةُ حتى يُبْعَثَ دجالونَ كذابونَ ، قريبًا من ثلاثينَ ، كلُّهم يزعُمُ أنه رسولُ اللهِ
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3609

“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga dibangkitkan ‘dajjal-dajjal’ pendusta yang jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahwa mereka adalah utusan Allah.”
HR Bukhari no 3609

Dalil #2: Hadith Samurah

وأنه والله لا تقوم الساعة حتى يخرج ثلاثون كذاباً آخرهم الأعور الكذاب

Sesungguhnya -demi Allah- tidak akan terjadi hari Kiamat hingga keluar tiga puluh pendusta, terakhir dari mereka adalah si buta sebelah (picek) sang pendusta (Dajjal).
Dr al-Arifi berkata sanadnya sahih juga al-haithami dan Ibn Hibban

الراوي : سمرة بن جندب المحدث : الهيثمي
المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/344 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح غير ثعلبة بن عباد وثقه ابن حبان

Dalil #3 hadith Tsauban

لا تقومُ الساعةَ حتى تلحق قبائلٌ من أمّتي بالمشركينَ ، وحتى يُعْبَدَوا الأوثانُ ، وإنه سيكونُ في أمّتي ثلاثونَ كذابونَ كلّهم يزعم : أنه نبي ، وأنا خاتَمُ النبيينَ ، لا نبِيّ بعدي
الراوي : ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث : الترمذي
المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2219 خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Terjemahan: ‘Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga beberapa kelompok dari umatku mengikuti kaum musyrikin dan hingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada pada umatku tiga puluh orang pendusta, semuanya mengaku bahwa ia adalah seorang Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi setelahku.
HR Termidzi dan Abu Daud, lafaz Termizi, no 2219, hasan sahih

#4 hadith Hudzaifah, dengan jumlah 27

في أُمَّتِي كَذَّابُونَ ودَجَّالُونَ سَبَعَةٌ وعشرونَ منهم أَرْبَعُ نسوةٍ وإِنِّي خاتمُ النبيين لا نَبِيَّ بَعْدِي
الراوي : حذيفة بن اليمان المحدث : الهيثمي
المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/335 خلاصة حكم المحدث : رجال البزار رجال الصحيح‏‏

Terjemahan:
Ada umatku ada 27 para pendusta, di antara mereka empat orang wanita, dan sesungguhnya aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi setelahku”
HR Ahmad Dan Tabrani, disahihkan oleh al-Haithami

11/131 Syarah dajjal yang mengaku Nabi

Dajjal ni adalah pendusta dan 30 dajjal ni adalah sebelum kemunculan dajjal yang muktamad di akhir zaman. 30 Dajjal ni ciri utamanya mendakwa sebagai Nabi, Ia tanda Kiamat yang berterusan, maksudnya ia bertali arus sejak zaman nabi hinggalah kepada kemunculan Dajjal yang muktamad.

11/131 Syarah 2
Dajjal mengaku nabi yang telah muncul:
1. al-Aswad al-`Ansi (الأسود العنسي ) dari negara yemen, ia muncul di akhir hayat Nabi saw dan berjaya di bunuh oleh pasukan tentera sahabat yang dihantar ke Yaman
2. Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi dari Bani Asad, di zaman Khalifah Abu Bakar, ia melarikan diri ke Syria dan kembali memeluk Islam dan bertaubat
3. Musailamah al-Kazzab di Yaman, Ab Bakar mengutus Khalid alWaleed dan Musailamah di bunuh di perang al-Yamamah. Musailamah di bunuh oleh Wahsyi bin Harb.

11/131 Syarah 3
Senarai dajjal yang mengaku nabi
4. Sajaah bint al-Harith, asalnya kristian dan berkahwin dengan Musailamah di Yaman, bila Musailamah mati dibunuh, dia melarikan diri ke Iraq, kembali memeluk Islam dan mati dalam Islam
5. Al Mukhtar bin Abi Ubaid Ats Tsaqafi, ia muncul mengaku nabi di zaman tabi’in, kemudian di bunuh di Basrah, Iraq.
6. Al Harits bin Sa’id Al Kadzdzab di zaman dinasti ummayah, Ia dibicarakan dan dihukum salib oleh mahkamah.
7. di zaman khalifah abbasiah juga muncul beberapa orang yg tidak disebut oleh alHafiz dalam fathul bari.

11/131 Syarah 4
Masa kini pulak menyaksikan:
8. Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yg mengaku menjadi rasul dan ajarannya di kenali dengan ahmadiah atau qadiani dari Punjab India, meninggal tahun 1906
9. Rashad Khalifa dari Tuscon Arizona USA, mati dibunuh tahun 1990.
10. Indonesia, Lia Aminuddin dengan ajaran Salamullah
11. Sayta Sai Baba di India, juga mendakwa menjadi Nabi
12. Di USA, Bagwan Sri Rajneesh di Oregon, mati 1990
12. Di Malaysia, ada beberapa percubaan menjadi nabi melayu, antaranya Kahar Ahmad dan Ayahpin.

11/131 AKHIR
Hadith Samurah, Kiamat tidak akan terjadi hingga keluar 30 dajjal yang mengaku nabi, maksudnya sebelum kiamat ada 30 nabi palsu. Ya ironinya, mesti ada pengikutnya.

Soalan: Kalau diikutkan org yang mendakwa menjadi nabi ni dah melebihi 30 sejak zaman Nabi saw, (tapi kiamat masih tak datang).
Jawab: yang dimaksudkan dgn jumlah 30 adalah dajjal yang masyhur, yang ada kuasa dan diikuti oleh ramai orang, adapun yang kecil-kecil yang mendakwa menjadi Nabi tidaklah termasuk dalam senarai 30 tersebut. Tamat

1 KOMEN

Komen dan Soalan