Utama Bilik (46) Usul Fiqh Definisi Usul Fiqh, Mujtahid Dan Asas Hukum

Definisi Usul Fiqh, Mujtahid Dan Asas Hukum

325
0
Iklan

Susunan: Ustaz Ahmad Azhar

بسم الله الرحمن الرحيم

Definisi usul fiqh:
Usul fiqh makna nya dalil-dalil fiqh

Ia adalah satu rangkaian kaedah yang membolehkan para mujtahid dengan kaedah tersebut untuk mengeluarkn hukum syariah yang praktikal daripada dalil-dalil yang terperinci

هي القواعد التي يتوصل بها المجتهد الى استنباط الاحكام الشرعية العملية من ادلتها التفصيلية

Huraian kepada definisi:
Kaedah: iaitu garis panduan yang menyeluruh secara umum yang mengandungi hukum-hukum yang juz’i

Contohnya: Umumnya arahan mendirikan solat yang menunjukkan bahwa wajib menunaikn solat yang fardhu sahaja..

Mujtahid: mereka yang mempunyai posisi untuk berijtihad yang bolen menggunakn kaedah-kaedah dan mnjadikn nya suatu jalan untuk memahami hukum-hukum dan mengambil faedah dengannya daripada dalil-dalil

Hukum-hukum:ia adalah hasil kepada kaedah dan ia berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang terikat dengan syariat, samada dengan wajib nya kefardhuan

Wajib,haram,harus,sunat dan makruh..nie smua dinamakan hukum syariah yang praktikal maka terkeluar dari sini ilmu mengenai aqidah dan ilmu akhlaq..

Komen dan Soalan