Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Munculnya Puak Khawarij : Sesi Soal Jawab

Munculnya Puak Khawarij : Sesi Soal Jawab

961
0
Iklan

SESI SOAL JAWAB: KHAWARIJ, WAHABI, SAUDI, HASHIMI, JORDAN DAN BRITISH

Jawapan kepada soalan susulan:

يَخرُجُ من ضِئضِئِ هذا قومٌ يَمرُقونَ منَ الدينِ ) .
الراوي : أبو سعيد الخدري المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 4667

“akan keluar dari keturunan dia ni (Zu al-Khuwaisirah) satu qaum yg keluar dari agama, murtad.” HR Bukhari no 4667

Syeikh Thtl,
Zu al-Khuwaisirah ini adalah dari Bani Tamim kan?

Jawapan: Ya, Zu al-Khuwaisirah ni dari bani Tamim

Apakah ada khawarij di Malaysia?
Jawapan: Kalau ada pun ciri-ciri ajela serba sedikit, sebab Malaysia amalkan demokrasi, maka menentang kerajaan yang sah tu hanya di medan PRU dan ia halal dalam demokrasi…

Apakah puak khawarij boleh dibunuh?
Jawapannya Ya, tapi nak isytihar bunuh tu hanya ada pada kerajaan yg berkuasa.

Peristiwa Jirat Cina Keluang: ia bukan siksa kubur dan tanda kecil Kiamat. Team petronas dan geology kena buat kajian dulu, mungkin ada fault line atau gas methane.

Jawapan kepada soalan susulan:
Ya, Zu al-Khuwaisirah ni dari bani Tamim.

Maknanya, bani Tamim ni berbeza dengan bani Tamim yang tolong tentera Mahdi ye syeikh?
Jawapan: Sama, sebab bani tamim ni besar, ada yang baik dan ada yang soleh, macam quraish juga, ada quraish yang baik dan quraish yang kufur. Melayu pun sama, ada melayu yang baik dan melayu yang ahli bid’ah. Syaikh Muhammad Abdul Wahab tu pun Bani Tamim,Syakh ibn Othaimin pun bani Tamim. Abuya tu jawa banjari, saja dia tipu geng arqam dakwa dia dari keturunan bani tamim.

Bermakna seluruh keturunan syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab kalangan ulamanya pada hari ini adalah Bani Tamim.

Thtl memang negara kita demorasis membenarkan berbeza pendapat. Tapi apa yang saya nampak (adalah) buruk sangka yang extreme. Bila kerajaan nak lancarkan projek ni…terus andaikan ini kes songlap…bila kes anwar terus assume komplot politik, bila buat pota terus anggap kerajaan nak jatuhkan pembangkang. Disebabkan buruk sangka yang terlalu extreme ni sehingga semua tindakan kerajaan dianggap salah….saya rasa mereka ni khawarij. Lagipun hanya parti-parti tu saja yang declare siapa melawan mereka, mereka melawan islam

THTL: Kalau extreme tu memang tanda khawarij moden, tapi mereka tidak sampai ke tahap keluar dan memerangi penguasa, mereka mencuba menjatuhkan penguasa dengan cara yang halal, melalui sistem demokrasi.

Zaman dulu berlaku perang pasal tiada sistem demokrasi. Tapi hari ni kita ada sistem demokrasi, sudah tentu mereka tidak mencapai tahap memerangi pemimpin kerana wujud sistem membenarkan mereka menukar kerajaan. Tapi menukar kerajaan kerana perbezaan ideologi berbanding menjatuhkan kerajaan kerana membenci adalah 2 perkara berbeza. Dalam kes ni saya melihat lebih kepada menjatuhkan kerajaan kerana benci memandang kerajaan tidak islamik, penjenayah, semua tindakan kerajaan dilihat semuanya negatif tanpa ada sebarang positif. Malah kadang-kadang dalam statement pemimpin mereka wujud statement ala-ala ayat perang…seperti yang ada dalam amanat hadi yang mendakwa mati melawan umno adalah syahid malah nik abduh pernah cakp bahawa mereka adalah tentera dihantar allah untuk menghapuskan golongan menentang allah. Saya rasa kriteria ni cukup bahawa mereka ni khawarij. Jangan keliru dengan pembangkang yang hanya sekadar berbeza pendapat…dgn pembangkang musuh kerajaan. Kalau pembangkang sekadar berbeza pendapat…amanat hadi tak muncul

Jawapan: kalau PAS follow amanat hadi tu, ia memang khawarij moden tapi rasanya amanat tahun 1980 tu dah tak diterimapakai, sebab pas dah bergabung dengan DAP

Syeikh thtl,
Saya ada baca kalau ikut ulama’ salaf, haram menjatuhkan pemerintah islam selagi tidak terang/jelas mereka kafir atau syirik. Umat diminta bersabar dan istighfar sehinggalah Allah SWT sendiri yang menukarkan pemimpin ini kerana mereka diturunkan Allah sebagai bala’.

Jawapan: Itu kalau sistem yang digunapakai adalah dinasti atau monarki yang absolut, cam hashimiah Jordan, saudi di Hijaz…

Kalau ada parti politik macam baju kuning Thailand sampai melumpuhkan negara, haram tak utz?

Jawapan: Haramla, sebab keamanan tu nikmat yang besar, jangan kita ganti dengan kesusahan untuk semua orang. Lihat yeman, iraq, syria…tiga rukun kaabah, inilah tiga tonggak kekuatan islam silam dan diabadikan sebagai tiga rukun Kaabah.

US dah musnahkan ketiganya.

Apa rahsia nak atasi masalah khawarij ?

Adakah rahsia tu yg Nabi x mau cerita waktu hari baginda nak wafat utz?

Jawapan:
Masa Nabi nak wafat, Umar al-Khattab mencegah Nabi saw dari berwasiat…HR Bukhari. Tak diketahui apa wasiat akhir, kerana Umar halang. Kisah khawarij, nabi saw dah kasi tau lama dah.

Soalan:
Tentang penal dan kertas inilah yang menyebab Umar di fitnah oleh syiah sampai mengkafirkan..

Jawapan:
Kita tak boleh kritik tindakan Umar kerana dia adalah khalifah yang rasyad, sahabat yang besar, adil dan amanah
apa jua spekulasi syiah tak yah layan, memang wasiat khalifah Nabi saw tak pernah sebut tapi cara Nabi lantik Abu Bakar sebagai imam semasa 10 hari gering adala indikasi khalifah.

Soaljawab:
1. Soal kenapa Umar ra menghalang nabi berwasiat.
mengikut Fathul Bari, Umar merasakan nabi di ambang sakratul maut dan dia tidak mahu wasiat dalam keadaan begitu. Ini kerana Nabi telah berwasiat dengan lengkap sebelum itu, antaranya mengekalkan expedisi Osama bin Zaid, mengeluarkan semua orang kafir dari hijaz…dan lain-lain.

2. Soalan tentang gerakan wahabiah memang dah banyak bincang sebelum ni, tapi (untuk) menjawab soalan:

2.1 Soalan Halim, tonggak wahabism ialah Syaikh Muhammad Abdul Wahab + tentera King Saud, mereka memang ekstrim, yakni memerangi kerajaan Hashimiah dan kerajaan lain di utara Hijaz, mereka ingin menyatukan Hijaz di bawah kerajaan Saud dan Wahabism dengan menggunakan senjata, guna senjata tu memang ekstrim. Tapi itulah satu-satunya cara pada zaman dulu untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

2.2 Soalan tentang King abdul aziz menubuhkan tentera Wahabi badwi yang dinamakan tentera Ikhwan. Ini ikhwan yang asal, selepas tu baru ikhwan muslimin di mesir. Ia adalah gabungan semua arab badui di nejd kekuatan mereka dalam 60,000 asalnya. Tentera ikhwan ni yang banyak berperang dengan tentera king rashid, sekutu hashimiyah dan tentera kerajaan hashimiah. Tahun 1926 , tentera Ikhwan berpaling tadah dan melawan King Abdul Aziz dan akhirnya King Abdul Aziz memerangi Ikhwan dan berjaya menewaskan mereka semuanya. Memang tentera Ikhwan inilah yang mencemarkan nama baik wahabi kerana mereka adalah tentera badui dan ia memiliki ketua mereka sendiri dan akhirnya kerana mereka terlalu ekstrim, maka ia diperangi oleh King Abd Aziz al-Saud.

Jadi tentera ikhwan inilah yang dimaksudkan oleh penulis-penulis kitab sejarah penentang Wahhabi dengan menyandarkan tentera ini sebagai tentera Wahhabi (Raja Saud). Dicatatkan ada seorang ulama asyairah yang dibunuh oleh kelompok ini dengan menyembelihnya. Adakah ia benar? Sekiranya benar..adakah itu perbuatan para tentera Ikhwan Badwi (ekstrim)?

Jawapan:
Betul, sebab ketika itu memang hijaz dilanda perang saudara…tentera King Saud + tentera Ikhwan lawan tentera King Rashid + tentera Hashimiah yang berkuasa selama 700 tahun sebagai Khadem Haramain. Jika tentera ikhwan sembelih tentera Hashimiah, Tentera Hashimiah pun sembelih juga tentera Saud dan ikhwan, dalam perang memang ada pembunuhan, kalau tidak apa nama perang? Ali bin abi thalib pun sembelih dan bakar puak khawarij di Nahrawan dan perang Ali dan Muawiyah mati 70,000 nyawa, perang, memang akan ada penyembelihan dan mayat yang berkecai. Kita melayu je yang tak pernah lihat perang, tapi di tanah arab, perang ni biasa, sebab tu Allah pilih bangsa ni sebagai bangsa terakhir kenabian, bangsa arab ni berani dan mudah berperang.

Maka benarlah andaian saya selama ini yang itu adalah benar. Sebab saya melihat sejarah daripada kedua-dua sumber, sumber pro dan kontra. Berdiri di antara mempercayai ia adalah fitnah dan kebenaran yang pahit untuk ditelan. Sebab itu kena ada timbang tara daripada kedua sumber supaya kita lebih adil menilai dan menjawab persoalan yang timbul.

Jawapan:
Apa yang anti-wahabi cerita adalah casualites atau kemalangan jiwa sebelah King Rashid dan King Hashimiah sahaja sebab mereka sokong Hashimiyah..kemalangan jiwa sebelah King Saud depa tak cerita.

Ini macam israel punya tektik. Israel, ni kalau dia bunuh 1000 warga arab,dia tutup, kalau 1 orang tentera israel mati, satu dunia dia bising pasal keganasan palestine. Camtu, tektik ni lama dah yahudi ajar. Maksudnya, kalau 100 tentera Saud mati, depa tutup, tapi kalau 2-3 orang tentera hashimiah mati, satu dunia dia habaq…tektik dia sama untuk memburukkan pihak lawan.

Kenapa tiada bantuan dari negara lain tuan…adakah masa tu khalifah sudah jatuh??

Jawapan:
Masa tu khalifah baru dibubarkan di parlimen turki…no man’s land, semua tanah arab direbut oleh penjajah…
9 march 1924, Uthmaniah dibubarkan, masa tu King Abdul Aziz al-Saud melancarkan serangan besar-besaran menawan Madinah dan Mekkah.

Persoalan saya bagaimana King Abdul Aziz boleh mendapat tentera yang ramai untuk memerangi pemerintah ?? Siapa beliau sebelum tu tuan

Jawapan:
King saud yang pertama memang seorang powerhouse di saudi, dia kuasai kerajaan Di’riyah di Nejd. Ini kerana hijaz tidak berada di bawah Turki secara resmi, ia dibawah kerajaan Hashimiah. Ramai org salah anggap, hijaz di bawah uthmaniah, jawapannya tidak, ia dibawah hashimiah.

Hashimiah berpusat di Makkah dan Madinah pada asalnya kan? Salah seorang pemimpinya Sayyid Hussien bin Ali. Yang terlibat dengan revolusi Arab.

THTL:
Hashimiah memang khadem haramain, selama 700 tahun…kerajaan di’riyah saud di nejd atau Riyadh. Syarif Husin adalah raja hashimiah yang terakhir. Keturunan dia masih ada di hashimiah Jordan sekarang, sekarang king Abdullah al-Husin adalah keturunan Sherif Husin.

Jadi…disebabkan perang Bani Saud dan Bani Hashim ini, adakah ia menjadi faktor sebahagian keturunan Sayid dan Habib di Yaman, Mesir dan sekitarnya tidak menyukai Kerajaan Saud? PerangLampau.

THTL:
Sudah tentu. Termasuk malaya yang banyak terhutang budi kepada sherif Husin. Tok guru pondok malaya pathoni dan indon semua berguru di mekah era Sherif Husin. Bila king saud jadi khadem haramain, pusat pengajian syafi’iyah dan tareqat dihapuskan. Dulu mufti Mekah adalah mazhab Syafi’iy. Macam mana geng malaya tak marah…terus dikafirkan wahabi

Adakah Syarif Hussin dibunuh setelah kalah tuan ??

THTL:
Tak, dia dibawa ke Cyprus oleh UK dan kemudian ditabalkan sebagai Raja Jordan oleh British. Ini menunjukkan sekutu British ialah Hashimiah bukan Saud.

Syarif Hussien dihadiahkan Jordan oleh Kerajaan British.

THTL:
Sebab masa tu jordan milik UK

Bagaimana pula ulama-ulama mazhab yang lain di sana tuan??

THTL:
Mana ada, semua pupus, hanya wahabism-hanbali sahaja,
tanda kiamat jadi wahabism.

Ada Rasulullah beritahu dalam hadith ke pasal wahabi ni?

THTL:
Pergolakan di hijaz ni ada dalam hadith, fitnah akan melanda tanah arab (hijaz)…cuba cek tanda kiamat 1-9, ada hadith akan berlaku 6 perkara…pertama kematianku… Fitnah hijaz bermula dengan pembunuhan Omar, Uthman, perang jamal, perang siffin, perang hurah di medinah, perang mekah ibn zubir dgn al-hajjaj bin yusof…hingga perang hashimiah dan saudiah.

Maksud pupus tu dibunuh atau lari tuan ??

THTL:
Lari. KH Sirajuddin Abbas pun lari, dia bersembunyi di kedutaan Belanda selama 3 tahun sebelum pulang ke Indon.

Soalan: Bagaimana hubungan Kerabat Raja Jordan (Bani Hashim) dan kerabat Raja Saud ketika ini? Adakah hubungan mereka baik secara peribadi?

THTL:
Dah baik sebab raja sekarang semua yang lahir selepas perang 1926, mereka dah lupa. Arab ni sifat mereka, senang perang dan cepat baik. Gaduh depa ni kira settle, (sebab) atuk depa yang perang.

Berapa lama tempoh peperangan sampai selesai tuan??

THTL:
Lama 150 tahun sejak King Saud pertama. Perang tamat tahun 1932. Itulah tahun penubuhan Daulah Saud, 1932, disambut sebagai Hari Wathan setiap 23 september.

Seingat saya hamka pernah menyebutkan dalam bukunya teguran suci dan jujur. Tentang ayahnya Abdul Karim Amrullah pernah ke Mesir menghadiri perhimpunan para ulama. Pada masa yang sama juga di Jeddah, kerajaan Saudi mengadakan Persidangan yang sama akan rancangan menghidupkan semula Khalifah.
Tetapi rancangan Saudi ini tidak dapat sambutan.

THTL:
Selepas kamal Attaturk menamatkan Uthmaniah, memang ulama-ulama seluruh dunia gempar kerana wilayah islam kehilangan khilafah. Maka banyak persidangan dibuat untuk mengwujudkan semula sistem khilafah tu…tapi pada masa tu kebanyakan negara OIC masih dijajah. Maka nak tubuh khilafah camna? Maka sebab tu idea khilafah berkubur hingga diambil alih oleh Hizb Tahrir sampai sekarang.

Kesiannya Saudi yang memerintah Hijaz pun usahanya tidak berapa dipandang. Dan kerajaan ini meneruskan monarki sehingga ke hari ini, begitu juga Jordan.
Hijaz bertukar Saudi Arabi

THTL:
Saudi yang asaskan OIC tu, yup milik dia, dia yang perang selama 150 tahun untuk mendapatkan tanah berkat tu. Macam Malaysia, milik 9 sultan melayu…kalau pergi johor atau pahang, memang anda akan rasa negeri tu milik sultan. Kalau datang KSA, and akan rasa ia milik saud.

Nejd bukankah ada kaitan dengan dajjal. Dan sekarang dipanggil Riyadh?

THTL:
Tak, nabi tunjuk dengan isyarat ke Nejd, tapi maksudnya Iraq. Itu ada dalam fathul bari. Geng aswaja yang syarah kata Nejd tu Riyadh.

Maksud rasa negeri tu milik sultan mcm mana? Ada aura ke?

THTL:
Ada aura…semua nak jaga raja saud, kat mana-mana hotel, semua ada gantung tiga foto raja.

Maksudnya penduduk sangat hormat raja?

THTL:
Hormat dan takut, sebab lawan raja bughat. Sebab dah jadi akidah, hijaz ni milik Saud secara nas.

Soalan:
Sejarah mcm ni ada dalam buku bahasa apa? B. Arab atau B. Inggeris?
Dan contohnya?

THTL:
BM pun banyak…al-Barlisi tu bagus, saya lupa title, Jahabersa.

Karya Al-Barlisi tu saya dah baca beberapa kali. Kajiannya teliti. Ilmiah.

THTL:
Patutnya kamu dah tak pening lalat sebab barlisi fokus kepada tuduhan wahabi menjatuhkan Uthmaniah, lihat kat booth jahabersa. Tajuk: Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan “Wahhabiyyah”.

Pengarang: Ibnu Ahmadain al-Barlisi.

Penerbit: Jahabersa. www.jahabersa.com.my
Harga: RM20.00 (soft cover, 279ms).

Harap lepas ni tak ada lagi isu wahabi. Sapa yang dah baca, cuba kasi tahu apakah saya habaq tu salah. Saya belum baca, dah ada, ada orang kasi, tapi tak sempat baca sebab hijrah ke saudi.

Buku tu menjawab sebagaimana yang tuan THTL jawab ke ?

It says there analisis ke atas kerajaan turki uthmaniah. Tapi hakikatnya Wahhabism menjatuhkan hashimiah.
Is it like this ? Or tersilap ?

Tersilap. Wahabi nak jatuhkan Hashimiah. Uthmaniah memang jatuh sendiri, akhirnya dibunuh oleh Mustafa Kemal. Mustafa yang bunuh, wahabi dapat darah, mana ada logik?

Kiranya mustafa kemal dapat durian runtuh

THTL
Ya, durian runtuh dapat turki

No. I mean, buku tu membetulkan persepsi yang salah tu la eh ? I’m gonna find it.

THTL:
Itulah tujuan buku tu, Uthmaniah tak ada kaitan dengan wahabiah malah, hijaz tak ada dalam senarai jajahan takluk Othmaniah pun.kalau ada sila bawa bukti…Uthmaniah tidak masukkan hijaz dalam jajahan takluknya.

Wahabi berperang dengan Hasyimiah kerana Hasyimiah juga terlibat dengan Mesir dalam jatuhkan Saud. Mesir masa pemerintahan Ibrahim Basha menggunakan helah untuk jatuhkan Saudi dengan memburukkan Saudi di hadapan Empayar Turki. Lalu Turki bantu Mesir memerangi Saud. Hasyimiah pun ekot join sama. Tapi lepas beberapa dekad, Mesir dan Hasyimiah menentang Turki sehingga Turki tumbang. Itu yang saya faham dari tulisan Barlisi.

THTL:
Memang hashimiah declare merdeka dari turki tahun 1910. Bantuan mesir itu mengalahkan King Saud dan akhirnya king Abdul Aziz melarikan diri ke bahrain. Bila mesir datang, kerajaan saud di riyadh musnah. seluruh hijaz milik Hashimiah.

Seperti disebutkan oleh sejarawan. Sekiranya Turki tidak memerangi Saud, lalu bekerja sama dengan Saud. Mungkin Turki sukar ditumbangkan. Musuh dalam selimut (Mesir) yang disangka rakan, rupanya tikam Turki dari belakang.

THTL:
Tak ada, turki masa tu dah lemah…musuh young turks yang bahaya, pimpinan Mustapa Kemal. Saud ni kuasa baduwi je…tidak dapat membantu turki yang diancam UK dan kuasa penjajah Salib yang dendam dgn Uthmaniah
turki adalah super power yang semakin suram…apa yang berlaku di egypt dan hijaz tidak dapat tolong keadaan empayar tersebut, kumpulan militia kemalis yang lebih merbahaya, kerana ia didalangi oleh UK.

Assalamualaikum…tuan…saya ade soalan nak tanya…askar monggol yang serang orang islam berlaku di mna ek…

THTL:
Baghdad abad ke 7 hijrah,
Moggol meranapkan kerajaan Abbasiyah ler. Zaman Ibn Qayyim tu zaman Monggol.

Reference:
Referensi:
1. kitab Minhajul Firqah An-Najiyah Wat Thaifah Al-Manshurah, edisi Indonesia Jalan Golongan Yang Selamat, Penulis Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu
2. Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan”
3. British in the Middle East Hardcover – April 12, 1979
by Sarah Searight East-West Publications (U.K.) Ltd; 2nd edition (April 12, 1979)
4. Biography and Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab by Jalal Abualrub, dan Alaa Mencke (Medinah publishers)
5. Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab oleh Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008)
6. Dr Abdullah al-Uthaimiin, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhaab Hayaatuhu wa Fikruhu
7. Syaikh Muhammad Basyiir As-Sahsawaani al-Hindi,”Shiyaanatul Insaan ‘an waswasah As-Syaikh Dahlaan” (Penjagaan manusia dari igauan syaikh Dahlan).
8. Mas’ud an-Nadawy, Muhammad bin Abdul Wahab Muslih Mazlum,
9. Abdul Aziz Abdul Lathif, Da’awy Munaawi-iin li Dakwah Muhammad bin Abdil Wahab,
10. Dr Sholeh Fauzan al-Fawzan Min A’laam Al Mujaddidiin

semua pengkaji wahabi kena rujuk kitab induk ni:
11. Tarikh Nejd, Ibn Ghannam, Muhaqqiq, Dr Nasiruddin al-Asad, Darul Syuruq (تاريخ نجد المسمى “روضة الأفكار والأفهام المؤلف: الحسين بن غنام)
12. Uthman bin abdullah bin Bishr, Ibn Bishr, Unwan al-majd fi tarikh Najd (عنـوان المـجد في تـاريخ نـجـد) muhaqqiq: syaikh abdul rahman alu syaikh, pustaka malik abdul aziz, riyadh

Komen dan Soalan