Utama Bilik (30) Tafsir Ibn Kathir Diskusi Tafsir – Al Fatihah

Diskusi Tafsir – Al Fatihah

343
0
Iklan

Nota 5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Surah Al-Fatihah (1:5)

إِيَّاكَ   –  hanya kepadaMu 
نَعْبُد   –  kami menyembah 
وَإِيَّاك –  dan hanya kepadaMu 
نَسْتَعِين – kami mohon pertolongan

Mufrodat Ayat

“إِيَّاكَ” (kepada Engkau) maf’ul bih (objek) dari fi’il “نَعْبُدُ” Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya menukil dari qiro’ah 7 dan jumhur dengan mentasydidkan huruf yaa “إِيَّاكَ”, Amr bin Faayid membacanya dengan takhfif (tanpa tasydid) “اِيَا” dan ini syadz, kerana ertinya adalah sinar matahari. kalimat “إِيَّا” adalah dhomir (kata ganti) munfashil (yang terpisah) untuk manshuub, sehingga huruf Kaaf dalam kalimat tersebut adalah mudhofun ilaihnya yang bermakna “Engkau” yang kembalinya kepada Allah, ini adalah pendapatnya al-Kholiil. Pendapat lainnya adalah ia bukan dhomir, sehingga itu adalah kalimat satu kesatuan yang kembalinya kepada Allah Subhanahu wa Ta’alaa. Ini adalah pendapatnya Imam Al Akhfasy.

Kemudian didahulukannya maf’ul dalam ayat ini memberikan faedah pengkhususan dan pembatasan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya berkata :

وَقُدِّمَ الْمَفْعُولُ وَهُوَ {إِيَّاكَ} ، وَكُرِّرَ؛ لِلِاهْتِمَامِ وَالْحَصْرِ، أَيْ: لَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاكَ، وَلَا نَتَوَكَّلُ إِلَّا عَلَيْكَ، وَهَذَا هُوَ كَمَالُ الطَّاعَة

Didahulukannya maf’ul yakni “Iyyaaka” dan diulang lagi, untuk menjadi perhatian dan pembatasan, yakni maknanya : ‘kami tidak beribadah kecuali kepada Engkau dan kami tidak bertawakal kecuali kepada Engkau’. Ini adalah kesempurnaan kataatan.

“نَعْبُدُ” (kami beribadah) adalah fi’il mudhori dan fa’il (pelakunya) adalah dhomir ‘nahnu’ (kami/kita). Ibadah secara bahasa adalah ketaatan dan ketundukkan. Adapun secara istilah didefinisikan dengan apik oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dengan :

اسم جامع لكل ما يحبه الله ويرضاه من الأعمال، والأقوال الظاهرة والباطنة

Suatu nama yang mencakup seluruh apa yang Allah sukai dan redhai berupa perbuatan dan ucapan baik yang lahir maupun yang batin.

Imam Ibnul Jauzi dalam tafsirnya mengatakan bahwa makna ibadah ada 3 makna iaitu :

Bermakna tauhid, seperti Firman-Nya :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku” (Adz-Dzaariyaat : 56).

Imam Bukhori dalam kitab shahihnya membawakan judul bab untuk penafsiran surat adz-Dzaariyaat dengan :

(إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ ) مَا خَلَقْتُ أَهْلَ السَّعَادَةِ مِنْ أَهْلِ الْفَرِيقَيْنِ إِلاَّ لِيُوَحِّدُونِ

{melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku}  yakni tidak aku ciptakan ahlu sa’aadah dari bangsa jin dan manusia, kecuali agar mereka mentauhidkanku.

Kemudian Al Hafidz Ibnu Hajar menjelaskan dalam“Fathul Bari” siapakah yang menafsirkannya dengan seperti itu, kata beliau :

هُوَ قَوْل الْفَرَّاء ، وَنَصَرَهُ اِبْن قُتَيْبَة فِي ” مُشْكِل الْقُرْآن “

Ini adalah ucapan al-Farraa’, lalu disebarkan oleh Ibnu Qutaibah dalam “Musykilul Qur’an”.

Imam Ibnul Jauzi mengatakan bahwa penafsiran ini diriwayatkan dari Ali bin Abi Tholib dan Ibnu Abbas Rodhiyallahu ‘anhumaa.

Bermakna ketaatan, seperti Firman Allah Subhanahu wa Ta’alaa :

لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ

“supaya kamu tidak mentaati syaitan” (Yasin : 60).

Bermakna doa, seperti Firman-Nya :

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari berdoa kepada-Ku” (Ghoofir : 60).

Maka makna kami tidak beribadah kecuali hanya kepada Allah, mencakup ketiga makna ini dan makna-makna lainnya yang bermuara kepada penghambaan kepada Allah.

إِيَّاكَ” (kepada Engkau) yang kedua sebagai maf’ul bih (objek) dari fi’il “نَسْتَعِينُ”. Dan telah disinggung sebelumnya faedah pengulangan kalimat “iyyaka” tersebut. Imam Ibnu ‘Ajiibah menjelaskan dalam tafsirnya :

وكرّر الضمير ولم يقل : إياك نعبد ونستعين؛ لأن إظهارَه أبلغ في إظهار الاعتماد على الله ، وأقطعُ في إحضار التعلق بالله والإقبال على الله وأمدحُ

Mengulangi dhomir (kalimat iyyaka) sehingga tidak mengatakan : “iyyaka na’budu wa nasta’iin”, kerana dengan menampakkannya lagi lebih dapat menjelaskan dalam rangka berpegang kepada Allah, lebih memastikan menghadirkan ketergantungan kepada Allah dan menerima ketundukan kepada Allah serta lebih memuji-Nya.

“نَسْتَعِينُ” (kami meminta tolong) dengan memfathahkan huruf ‘nuun’ adalah qiro’ah jumhur, sedangkan Yahya bin Watsaab dan Al A’masy membacanya dengan mengkasrohkan huruf ‘nuun’ dan ini adalah bahasa Bani Asad, Robi’ah, Bani Tamiim dan Qois. Imam ath-Thobari menafsirkannya dengan :

وإياك رَبنا نستعين على عبادتنا إيّاك وطاعتنا لك وفي أمورنا كلها -لا أحدًا سواك، إذْ كان من يكفُر بك يَستعين في أمورِه معبودَه الذي يعبُدُه من الأوثان دونَك، ونحن بك نستعين في جميع أمورنا مخلصين لك العبادة

Kepada Engkau wahai Rabb, kami memohon pertolongan untuk beribadah kepada-Mu dan mentaati-Mu dalam seluruh perkara, tidak kami peruntukkan kepada seorangpun selain Engkau, yang mana orang-orang yang kafir kepada-Mu meminta tolong dalam semua perkaranya kepada yang disembahnya dari berhala-berhala selain-Mu. Adapun kami hanya kepada-Mu memohon pertolongan dalam semua urusan dengan mengikhlaskan diri kepada-Mu.

Penegasan Tauhid

Ayat ini merupakan petanda bahawa Al Fatihah menegaskan perihal ubudiyyah dan tauhidnya. Perlu ditegaskan bahawa Surah Al Fatihah adalah konklusi kepada keseluruhan intipati kitab samawi termasuk Al Quran. Antara intipati penegasannya ialah perihal tauhid. Disini kita melihat perkataan na’budu iaitu istilah kami sembah. Terma ini menjelaskan tauhid Rububiyyah. Tauhid ini adalah membuktikan bahawa alam maya ini mempunyai suatu pencipta dan raja segala raja lantaran adanya ‘perhambaan’ dan golongan ‘hamba’ tersebut. Manakala penegasan Uluhiyyah terdapat dengan memerhatikan istilah Iyyaka iaitu membawa maksud ‘hanya kepada mu semata-mata’. Klausa ini mematikan hujah bahawa diperbolehkan kita beribadah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa tuhan kita. Tauhid ini adalah penyucian fikrah kita daripada pergantungan kepada sesiapa sahaja termasuk;

* Malaikat
* Raja/pemimpin manusia
* Jin Islam
* Haiwan

WA

Komen dan Soalan