Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran ERTI ‘EIDUL-FITRI

ERTI ‘EIDUL-FITRI

129
0

ERTI ‘EIDUL-FITRI

 

Ramadhan pergi menandakan tamatnya sesi latihan pemantapan iman.

 

Syawal tiba menandakan kita KEMBALI ke medan realiti.

 

‘Eidul-Fitri menjadi tanda kita telah menerima latihan oleh Allah, menjadikan kita bersedia menghadapi ujianNya, lalu memuji-mujiNya dengan takbir, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

 

Tunjukkan respon yang sebenar dan buktikan hasil latihan yang telah dilalui dengan istiqamah pada amal, kelembutan pada hati, keindahan pada akhlaq.

 

Ramadhan bukan bererti sesi menahan dari maksiat telah tamat.

 

Syawal tiba bukan bermakna pasrah kepada hasutan syaitan dan lemah dari godaan nafsu.

 

Alangkah sedih, jika ‘Eidul-Fitri menjadi saksi diri ‘kembali’ menjadi insan sebelum Ramadhan.

 

Solat jemaah mula terasa berat. Quran mula disimpan kemas. Pergaulan mula tak terkawal. Kesabaran mula menipis. Kemarahan kembali tak terkawal. Kata kesat mengguris mula menjadi zikir di lidah.

 

Mohon kemaafan andai 11 bulan yang bakal dilalui, kesilapan berulang dan gagal menjadi terbaik hasil tarbiyyah Ramadhan.

 

Semoga Allah mengampuni segala kekurangan dan kesilapan kita sepanjang sesi latihan Ramadhan ini.

 

تَقَبَّلَ الله مِنَّا ومِنْكُم صَالِح الأعْمَال

 

Mohon doa agar segala ‘amal sepanjang sebulan sesi latihan ini diterima olehNya, menjadi pemangkin kekuatan di medan sebenar pertempuran.

 

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُم بِخَيْرٍ

 

Semoga sepanjang tahun ini, pada 11 bulan berbaki ini, sehingga tiba Ramadhan seterusnya, kalian dan kita semua berterusan dalam kebaikan. Kebaikan iman dan amal di atas ilmu yang benar.

 

عِيدُكُمْ مُبَارَك 

 

Semoga ‘Eid kalian menjadi ‘Eid yang diberkati.

 

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً

#BroSyariefShares

#HalaqahILMU

#Syawal01

Komen dan Soalan