Utama Ucapan khas Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

51
0

الله اكبر الله اكبر الله اكبر

 

Eid fitri begitu bermakna kepada orang-orang beriman setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan. Puasa yg lahir daripada keimanan dan keikhlasan menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.

 

وعنْ أَبي هُرَيرةَ رضيَ اللَّه عنهُ ، عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَاناً واحْتِساباً ، غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذنْبِهِ » متفقٌ عليه .

 

Pada saat ini kita kembali ke fitrah yang suci; fitrah yg redho Allah rabb kita. Kita membesarkan Allah yg lahir daripada kefahaman,  kesedaran dan keikhlasan.

 

Pihak pentadbiran UiTO mengucapkan selamat menyambut eid fitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya mereka yang mendapat faedah daripada institusi ini.

 

UiTO akan terus menjadi wadah terbuka untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan ilmu Islam bersumberkan Al-Quran dan Hadith2 sahih. UiTO juga menjemput sesiapa saja yang ingin memberi sumbangan samada sumbangan ilmu, kemahiran atau material.

 

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.

Surah Yusuf (12:108)

 

 

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ .

 

CR

UiTO

Komen dan Soalan